Menteri turun padang |
Alhamdulillah, dalam minggu ini sahaja, UKM telah menerima kunjungan mesra daripada Timbalan Perdana Menteri (TPM) Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Kunjungan mesra ini jelas membuktikan kesungguhan kerajaan hari ini dalam merealisasikan apa yang pernah diungkapkan oleh Perdana Menteri (PM) Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak, "Era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir".
Sesi ramah mesra bersama TPM, dengan ruang soal jawab yang ada, kesungguhan TPM menjawab setiap pertanyaan dan persoalan yang diajukan, menunjukkan kepada kita betapa kerajaan hari ini seboleh-bolehnya mahu rakyat jelas dengan setiap isu yang berlaku dalam negara terutamanya isu berkaitan dasar kerajaan dan tindakan kerajaan dalam melaksanakan dasar.
Selayaknya kerajaan hari ini menjelaskan setiap polisi dan dasar yang telah disusun dan dirangka. Selayaknya juga rakyat mengajukan persoalan, kritikan dan cadangan berkenaan pelaksanaan dasar-dasar tersebut. Apa yang rakyat mahukan, bukanlah dasar yang memberi keuntungan dan kebaikan kepada kumpulan yang tertentu, tetapi dasar yang menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
Perlu diakui, rakyat (masyarakat sivil) punyai peranan yang sangat besar sebagai ejen perubahan yang tidak menjadikan kepentingan politik sebagai satu objektif.
Ahmad Shukran Shaharudin
Presiden PMUKM
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI