Rakyat Malaysia telah manyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 56 pada 31 Ogos lepas. Akan datang, 16 September 2013, kita akan menyambut Hari Malaysia ke 50.
Buktikan rasa sayang dan cinta kepada negara. Bagaimana? Anda yang tentukan. Malaysia sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi. Gunakan ruang yang ada sebaik mungkin.
Rakyat yang cintakan negara sentiasa mengimpikan negara ini ditadbir oleh pemimpin yang sangat berwibawa, bebas rasuah dan bebas daripada sebarang penyelewengan. Rakyat yang cintakan negara juga adalah rakyat yang sentiasa melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai rakyat dengan baik.
Ahmad Shukran bin Shaharudin
Presiden PMUKM 12/13
Ahmad Shukran bin Shaharudin
Presiden PMUKM 12/13
#MovingForward
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI