Selasa, Februari 09, 2010

Perubahan Park & Ride

Dimaklumkan pihak Universiti telah melaksanakan perkhidmatan Letak dan Naik (PLdN) di lingkungan pertama kampus Bangi mulai pada 1 Julai, 2009.Perkhidmatan ini bertujuan memberi kemudahan kepada kakitangan, pelajar dan pelawat untuk masuk dan berurusan di dalam lingkungan pertama kampus Bangi.

Memandangkan kadar penggunaan PLdN adalah pada tahap rendah dan sebagai langkah penjimatan pihak Universiti telah bersetuju untuk membuat perubahan dari segi masa perjalanan dan jenis kenderaan yang digunakan seperti berikut.

MASA PERJALANAN
Perkhidmatan yang disediakan adalah secara berjadual iaitu pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) mulai jam 7.20 pagi hingga 6.00 petang dengan kekerapan 20 minit dan jadual perjalanan seperti Lampiran.

JENIS KENDERAAN
Kenderaan yang digunakan adalah van 12 penumpang.
Keutamaan perkhidmatan adalah diberikan kepada kakitangan, pelajar dan pelawat yang meletak kenderaan di stesen PLdN untuk masuk dan berurusan di dalam lingkungan pertama kampus Bangi.Perubahan perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Februari, 2010.