KL, 5 Feb- MPP Mahasiswa terus mengorak langkah menemui mahasiswa/i perubatan di Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) dan Tanjung Karang. 9 orang MPP Mahasiswa yang terlibat turut mengedar buah limau sempena Tahun Baru Cina dan penanda buku sebagai tanda penghargaan atas mandat yang diberikan oleh mahasiswa.
Mohd Syafiq Aziz, MPP Umum Thn 3, 4 & 5, yang ditemui berkata, usaha yang sedikit ini adalah salah satu langkah untuk memperkenalkan MPP Mahasiswa di samping membina jalinan hubungan yang baik antara pemimpin dan mahasiswa.
" Kita baru sahaja bermula. Banyak lagi agenda yang perlu dilaksanakan sebagai seorang MPP. Jadi, kami amat mengharapkan sokongan dan dokongan yang berterusan daripada seluruh mahasiswa/i UKM", katanya.
Kira-kira jam 6 petang, perjalanan diteruskan ke JKM Tanjung Karang, tempat praktikal bagi mahasiswa/i perubatan UKM. Pada awalnya, MPP Mahasiswa dijadualkan menyertai majlis kesyukuran dan berbuka puasa anjuran penyokong GMUKM di sana, namun disebabkan kesesakan lalulintas, MPP Mahasiswa selamat tiba di tempat program pada jam 9.00 malam.
Kehadiran MPP Mahasiswa disambut meriah oleh mahasiswa yang tetap setia menunggu. Peluang berinteraksi dengan warga perubatan kebanggaan UKM ini digunakan sepenuhnya untuk merapatkan hubungan silaturrahim. Selain berkenalan, aduan dan permasalahan juga disuarakan oleh mahasiswa/i tersebut.
"Jarang pelajar dari kampus Bangi berjaya sampai di sini. Kami berasa sangat terharu dan berbangga kerana MPP Mahasiswa sanggup turun, melihat dan berjumpa dengan kami," luah seorang siswi yang dikenali sebagai Farhana, salah seorang pelajar perubatan di sana.