Satu memorandum telah diserahkan oleh pimpinan MPP Mahasiswa kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dato’ Mohammad Razak pada 27 Februari 2009 lalu. Serahan memorandum itu susulan daripada aduan mahasiswa kepada MPP Mahasiswa berkaitan dengan Karnival Kolej Pendeta Za’ba, Kolej Keris Mas dan Kolej Dato’ Onn. Antara aduan yang diterima adalah suasana bising di kampus, percampuran lelaki dan perempuan, kehadiran orang luar yang berpakaian tidak sopan dan berpeleseran. Juga konsert tersebut mempunyai unsur-unsur hedonisme.
Antara 4 tuntutan mahasiswa dalam memorandum tersebut ialah menghalang program-program bercorak negatif dan berunsur hedonisme, menapis dan mengawal artis-artis jemputan yang dibawa oleh pihak penganjur, menguatkuasakann had pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan serta menguatkuasakan etika pemakaian UKM dan perkara tersebut perlu dititikberatkan semasa berlangsungnya setiap aktiviti.