Khamis, Mac 26, 2009

Road Show MPP-MAHASISWA ke FKAB


FKAB- Bangi : 25 Mac 2009 – Siri ‘Road Show’ ke fakulti diteruskan oleh MPP-Mahasiswa pada hari ini. Pada jam 1 petang, road show dialog bersama MPP-Mahasiswa telah berjaya diadakan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Dialog seumpama ini diadakan bertujuan MPP-Mahasiswa mendengar sendiri permasalahan, dan luahan hati pelajar di FKAB akan suasana di kampus UKM ini.Dialog ini adalah yang keempat road show MPP-Mahasiswa dengan bermula di FUU.

Semasa dialog, MPP-Mahasiswa diajukan dengan pelbagai soalan yang menyentuh hal kebajikan yang tidak terjamin. Soal yuran pengajian, kolej kediaman menjadi soalan wajib disetiap road show kami, pihak pengurusan UKM mengenakan yuran perkhidmatan wireless di setiap pelajar yang tidak berdaftar juga turut diajukan. Dan yang tidak melepaskan peluang untuk mengetahui perkembangan PMUKM itu sendiri turut menjadi perbincangan dari pelajar-pelajar.

Barisan MPP-Mahasiswa telah menerangkan jalan penyelesaian dengan meletakkan altenatif-altenatif dalam menyelesaikan masalah secara bersama. Namun, MPP-Mahsiswa meminta dari kalangan pelajar FKAB khasnya dan pelajar UKM umumnya bersama-sama memberi sokongan yang jitu dalam menyelesaikan masalah pelajar di UKM.


Turut disentuh juga perkembangan manifesto setiap MPP-Mahasiswa, rata-rata MPP-Mahasiswa telah melaksanakan apa yang telah dijanjikan ketika kempen PRK yang lalu. Dan kami berazam untuk mengotakan janji kami sebelum PRK yang akan datang.

Jadi, Kami juga diperingkat MPP-Mahasiswa mempunyai pendirian tersendiri dalam menyuarakan hak-hak berkaitan isu-isu yang menyentuh hak mahasiswa, bangsa, agama dan negara kita sendiri. Dan dengan ini kita sebagai mahasiswa akan lebih dihormati oleh kalangan masyarakat luar yang melihat golongan seperti kita inilah sebagai agen perubahan kepada negara pada masa akan datang.

Justeru, kami juga memohon sepenuh kepercayaan dan sokongan daripada seluruh mahasiswa UKM untuk terus bersama kami dalam membawa perubahan kepada mahasiswa kearah yang lebih baik dan terpelihara...” SUARA ANDA KEUTAMAAN KAMI” Sekian