PPUKM, Cheras – Rombongan MPP Mahasiswa berjaya menghulurkan bantuan yang dihulurkan oleh mahasiswa/I UKM kepada Saudari Norihan Rahim pada 28 Februari lalu. Pada minggu yang lalu, MPP Mahasiswa telah menjalankan kutipan derma di beberapa fakulti dan berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM 764.20. Sumbangan itu diserahkan sendiri kepada Saudari Norrihan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada para dermawan yang sudi menyumbang.
Rombongan MPP Mahasiswa yang bermula pada jam 8.00 malam itu adalah terdiri daripada Saudara Idris Mohd Yusof (MPP FPI Tahun 2), Hisyamuddin Che Ali (MPP Umum Tahun 3), Mohd Fikah Bin Sanusi (MPP Umum Tahun 3), Affandi Abdul Rahman (MPP Fakulti Pendidikan) dan Wakil GMUKM, Saudara Chris Koh Wei.
Menurut Wakil MPP, beliau akan kembali ke UKM dua minggu lagi dan dilaporkan bahawa keadaannya stabil tetapi masih mengalami kesakitan terutamanya apabila lukanya dicuci oleh Doktor. Dilaporkan juga bahawa kaki beliau menjalani pembedahan kali kedua pada 27 Februari lalu untuk membuang sel-sel kaki yang sudah tidak berfungsi.
Wakil MPP Fakulti Pengajian Islam, Saudara Mohd Idris Bin Yusoff yang dihubungi menyatakan bahawa ‘‘ Kami akan terus melaksanakan kerja-kerja kebajikan yang dituntut oleh agama kita sendiri dan tuntutan moral”. Tambahnya lagi bahawa keprihatinan dan kebajikan perlu dihulurkan oleh mahasiswa UKM bagi membantu mereka yang memerlukan kerana konsep bantu-membantu adalah amat digalakkan dalam masyarakat bertamadun.
Sementara itu, Saudara Hisyamuddin Che Ali yang dihubungi turut melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan Saudari Norihan dan berjanji untuk membantunya sedaya yang mungkin. “ Kami di barisan MPP Mahasiswa memandang isu kebajikan mahasiswa sebagai keutamaan kami dan akan bertindak sebagai orang pertama dalam menjaga kebajikan mahasiswa terutamanya mereka yang ditimpa musibah ”, ujarnya. Tambahnya lagi bahawa isu Norihan akan turut dibantu dari sudut perundangan bagi memberikan pampasan sewajarnya terhadap insiden yang dialami oleh beliau. Beliau turut meminta mahasiswa UKM yang mengalami masalah kebajikan dan ditimpa musibah agar menghubungi terus 12 MPP Mahasiswa melalui nombor telefon, email mahupun melalui perjumpaan secara terus dengan wakil MPP ini.
Wartawan GMUKM turut berkesempatan menghubungi Saudara Chris Koh Wei yang turut hadir dalam ziarah tersebut. Menurut beliau bahawa kerja-kerja kebajikan merupakan satu dasar GMUKM yang akan membantu sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan bangsa. “ GMUKM akan terus komited dalam menerajui isu-isu kebajikan dan kami menggesa agar mahasiswa Melayu,