PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Khamis, Disember 31, 2009

MPP Mahasiswa Cakna Kebajikan Mahasiswa


Assalamualaikum w.b.t. dan salam perpaduan

Terima kasih kepada sahabat-sahabat mahasiswa yang telah menyumbang untuk membantu sahabat kita yang kesusahan. Wakil MPP Fakulti Pengajian Islam, Saudara Mohd Idris Mohd Yusof yang juga Presiden ISIUKM telah bertemu beliau bagi menyampaikan sumbangan daripada mahasiswa/i UKM yang prihatin melalui kutipan yang dibuat oleh pihak Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam (MPP FPI).

Alhadulillah, sumbangan yang telah diterima dan disampaikan sebentar adalah sebanyak RM1013.50, hasil kutipan pihak sekretariat daripada mahasiswa dan RM100 melalui Lajnah Kebajikan dan Akademik, Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM). Setakat ini jumlah sebanyak RM1113.50 telah disampaikan.

Sebelum daripada itu, salah seorang sahabat kita, mahasiswa tahun 2, Fakulti Pengajian Islam menghadapi masalah kewangan. Beliau memerlukan RM1265.00 bagi menjelaskan yurannya yang tertunggak semester lepas untuk meneruskan pengajiannya. Ada dua pilihan untuknya, 1) bayar baki yuran yang belum langsai atau 2) tangguhkan pengajian.

Sahabat kita ini dari Indonesia. Beliau berasal dari keluarga yang agak susah di Indonesia. Ibunya bekerja secara kecil-kecilan untuk menyara dua adik beliau di sana. Hari ini, beliau menyambung pengajiannya di UKM tanpa mana-mana tajaan. Masalah kewangan menyebabkan beliau bekerja sebagai buruh kasar pada hujung minggu atau masa lapang bersama sepupunya.

Justeru, pihak MPP Mahasiswa amat mengalu-alukan jika masih ada yang ingin menyumbang kerana setakat ini, jumlah tadi adalah untuk melangsaikan yuran pengajian beliau yang lepas. Beliau masih memerlukan bantuan untuk membayar yuran semester ini dan akan datang.

Terima Kasih. Semoga ALlah s.w.t. membalas jasa kalian.

Mafhum Hadis :

"Kalau kamu sanggup bangun dari kerehatan untuk menolong seorang sahabat yang sangat berhajat tanpa mengharap balasan dunia, ikhlas kerana Allah, pertolongan ini adalah lebih baik dari kamu beriktikaf di Masjid Nabawi selama sebulan dengan berpuasa di siang hari, membaca al-Quran dan solat sunat".

Rabu, November 18, 2009

Temuduga FELDA

Salam mahasiswa.



Pada 19/11/2009, bertempat di bilik msyuarat FST, temuduga terbuka untuk pelajar pra siswazah tahun akhir, sarjana dan PhD akan diadakan oleh pihak FELDA. Mereka yang berminat, walaupun daripada fakulti lain dialu-alukan untuk turut serta. Butiran temuduga tersebut adalah seperti berikut:

Temuduga FELDA
Tarikh: 19 November 2009 (Khamis)
Masa: Bermula pukul 9 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat FST (Dalam DAM)

Sila bawa resume, salinan asal dan fotostat sijil serta keperluan yang berkaitan.

Maaf kerana saya pun lambat dimaklumkan.

Mohd Arif bin Misrol
MPP FST

Sabtu, September 12, 2009

Mohon Lontaran Cadangan Daripada Seluruh Mahasiswa



Salam Mahasiswa


Majlis Perwakilan Pelajar UKM akan mengadakan Mensyuarat semeja bersama Majlis Pegurusan Universiti seperti yang telah dinyatakan didalam surat diatas. Secara ringkasnya mesyuarat bersama MPU ini adalah mesyuarat yang akan membincangkan perjalanan pengurusan mahasiswa yang diwakili oleh MPP dan juga hal hal lain. Pihak yang terlibat di dalam mesyuarat ini adalah terdiri daripada 4 orng Timbalan Naib Cansellor dan seluruh pegawai pewagai kanan universiti seperti yang tercatat didalam surat.


Justeru kami diperingkat MPP Gabungan Mahasiswa amat mengharapkan cadangan, permasalahan atau lontaran idea daripada seluruh mahasiswa UKM untuk kami bawakan ke mesyuarat berkenaan.


Kami diperingkat MPP Gabungan Mahasiswa akan berusaha untuk menyuarakan segala cadangan dan komen daripada anda semua di dalam mensyuarat berkenaan.


Ikhlas.

Majlis Perwakilan Pelajar GMUKM.

Sesi 2008/09


“Suara Anda Keutamaan Kami”



Sabtu, September 05, 2009

FESTIVAL ILMU 'O9 :Anjuran MPPUKM (Umum) & PERMATA



FESTIVAL ILMU 'O9
8-10 September 2009
Bangunan Pusanika, UKM
" Keintelektualan Asas Kemajuan Mahasiswa"

Diantara program:

Pesta Buku dan Jualan

Perasmian Festival Ilmu '09

Forum Ramadhan

Tajuk:
Ramadhan: Hadirmu Dinanti, Pergimu Ditangisi
Panel:
Saudara Hafiz bin Razak (Moderater)
Ustaz Farhan Abdullah Al-Hafiz
Ustaz Riduan bin Mohd Nor

Bengkel Keusahawanan dan Kerjaya

Motivasi Kepimpinan dan Sahsiah Diri
Motivater: En. Amin bin Idris

p/s: Kepada mahasiswa/i dijemput untuk menghadiri program yang diadakan. Dengan kehadiran kalian semua dapat memberi input yang berguna. Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Faez :0132509738
Halim:0132124817
Tasneem:0132429726

Isnin, Ogos 10, 2009

MPP MAHASISWA MENDOKONG FALSAFAH UNIVERSITI


Bangi, 6 Ogos - MPP Mahasiswa telah melancarkan kempen membaca dan pembudayaan ilmu di Perpustakaan Tun Seri Lanang bersempena dengan Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan 2009. Info berkaitan kepentingan membaca turut diedarkan untuk makluman kepada masyarakat kampus. Hari Bersama Pelanggan tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Hassan Basri, Timb Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.


Beliau menyambut baik kempen membaca yang diadakan dan mencadangkan agar MPP Mahasiswa menjalinkan kerjasama dengan pihak perpustakaan dengan melakukan pelbagai aktiviti untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.

MPP Fakulti Pendidikan, Affandi Abdul Rahman yang ditemui berkata kempen ini adalah sebagai seruan kepada seluruh mahasiswa/i supaya menjadikan membaca sebagai satu budaya untuk mendalami ilmu pengetahuan.

"Pembacaan tidak terhad kepada nota-nota kuliah dan buku rujukan subjek semata-mata, tetapi turut merangkumi pelbagai bacaan ilmiah yang lain termasuk isu semasa dan pengetahuan am."tegas beliau.


Mengulas lanjut, MPP Fakulti Pendidikan Thn 1 & 2, Muhamad Faiz Ismail berkata, sudah tiba masa untuk kita keluar daripada kerangka lama dan fokus untuk melahirkan mahasiswa yang berjiwa negarawan.

"Mahasiswa/i perlu mempelbagaikan bahan bacaan merangkumi pelbagai bidang ilmu sebagai keperluan untuk menjadi pemimpin masa hadapan. Kita tidak harus fokus kepada bidang yang diceburi sahaja hingga mengabaikan pengetahuan dalam bidang yang lain seperti ekonomi dan sosial." katanya.

Khamis, Ogos 06, 2009

Penyertaan Bengkel Latihan Solat Ketika Sakit : MPP GM Perubatan


BENGKEL LATIHAN SOLAT KETIKA SAKIT
9 Ogos 2009
Ahad8.30AM-6.00PM
Dewan Kuliah 1 & 2 Jabatan Kejururawatan, Tingkat 5, Kompleks Pendidikan Canselor Tuanku Ja'afar Pusat Perubatan UKM
Anjuran:MPP GM Fakulti Perubatan & Persatuan Pelajar Kejururawatan (PPK)

PENYERTAAN:
Yuran: RM2.00
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar fakulti perubatan
Terhad 30 penyertaan dari KCKLTerhad
30 penyertaan dari PPUKM
Tarikh tutup penyertaan: 4 Ogos 2009
Format Penyertaan Melalaui SMS:
BEDAH(ruang)NAMA PENUH(ruang)TAHUN(ruang)NO MATRIK(ruang)NO TELEFON
Hantar kepada:Tuo Binti Mamin 013-7028684
Siti Nurul Asyikin 013-2615131

"Ibadah Solat Menjana Kesihatan Rohaniah"

Rabu, Ogos 05, 2009

MPP GM FST Berdialog Dengan Timbalan Dekan



Satu majlis pertemuan antara MPP GM FST, Saudara Arif Misrol dengan Prof Dr Sahrim Ahmad, Timbalan Dekan Prasiswazah, Alumni dan Hubungan Masyarakat telah diadakan baru-baru ini. Perjumpaan itu diadakan untuk mendapat penjelasan tentang beberapa isu sekitar FST. Antara isu yang ditimbulkan adalah hal berkaitan ceramah kerjaya untuk siswa/i tahun akhir dan juga harga makanan di kafe FST.

Pertemuan ini jelas membuktikan bahawa MPP GM bukan sekadar cakap, tetapi mereka melaksanakan amanah yang diberi. Jelas mereka mampu duduk semeja dalam membincangkan soal kebajikan mahasiswa, yang tak lain dan tak bukan adalah untuk kepentingan mahasiswa itu sendiri.

::UKM Pharmacy Counseling Week ( 3rd- 7th Aug 09,HUKM) - MPP GM Pharmacy


The Pharmacy Department of UKM Medical Centre will be organizing a "Counseling Week" with the theme "Medicines and YOU" as part of its community project to promote healthy living and increase awareness regarding all forms of medicine.

Free health screening such as blood pressure, sugar nd body fat composition monitoring will be provided on a first-come-first serve basis. Participants will also have the opportunity to seek specialized counseling on medications, smoking cessation and others from on-duty pharmacist, qualified dietitians and experienced physiotherapist.

Several interesting public forum has also been lined-up at daily for example:

"Know your pharmacist" by Malaysian Pharmaceutical Society (3/8/09)


Exercise demonstrations for the elderly and tips on losing weight by Physiotherapists (4/8/09),

"Know your medicine - your rights as a patient, how to recognize genuine/counterfeit medicine?" by Malaysian Drug Control Authority (5/8/09)


Healthy eating habits by Dietitians (6/8/09).

All participants are encouraged to bring their medications from home when speaking to pharmacists.


Venue is at Main Lobby, UKMMC from 3/8/09- 7/8/09 daily 9am-3pm.
For any queries please contact Ms Mah 03-9145 5400 or suitwan@ppukm.ukm.my

Selasa, Ogos 04, 2009

Video MPP GM

Khamis, Julai 16, 2009

MPP GM Bantah Kenaikan Tambang

BANGI, UKM : Berikutan pengumuman kerajaan untuk menaikkan tambang pengangkutan awam, Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) hari ini membantah cadangan tersebut memandangkan krisis ekonomi yang melanda masih belum lagi pulih sepenuhnya. MPP Umumnya,Hisyamuddin Che Ali ketika dihubungi memberitahu, apa pun alasan kerajaan, tambang pengangkutan awam tidak perlu dinaikkan dalam suasana ekonomi yang menguncup sekarang. “ Apa relevannyanya kerajaan menyokong para pengusaha untuk menaikkan tambang pengangkutan awam?" “ Dalam ekonomi yang menguncup, kerajaan perlu mengutamakan kepentingan rakyat sebagaimana slogan Perdana Menteri, bahawa rakyat perlu didahulukan,” katanya

Beliau mengulas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohamad Nazri Aziz yang berkata bahawa kadar tambang baru bas ekspres telah dinaikkan 2 sen menjadi 8 sen bagi setiap kilometer, manakala tambang bas henti-henti di Kuala Lumpur akan dinaikkan 25 sen hingga 70 sen mengikut zon-zon tertentu. Malahan, Kerajaan dilaporkan bersetuju pada dasarnya memberi kenaikan tambang teksi bagi satu kilometer pertama dinaikkan dari RM2 kepada RM3 mulai 1 Ogos. Caj tambahan 50 peratus bagi perkhidmatan selepas 12 tengah malam masih dikekalkan tetapi ia dihitung sewaktu penumpang turun, bukan sewaktu memasuki teksi.

Selain itu, kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula tarikh yang sama, katanya. Di kawasan bandar, kenaikan tambang dari RM21.10 ke RM27.43 bagi satu kilometer, dan dari RM1.55 ke RM2.02 bagi setiap satu kilometer tambahan.“ Inilah satu kesusahan baru buat mahasiswa dan rakyat jelata yang telah terbeban selama ini dengan kos harga barang yang naik mendadak sejak inflasi melanda negara ini” “ Adakah ini satu keadilan buat saya yang menaiki bas ekspres dari Terengganu ke Kajang, terpaksa membelanjakan wang kira-kira RM 57.20 untuk perjalanan satu hala sedangkan dahulu, harganya adalah RM 42.90 sahaja,” ujarnya.

Hisyamuddin, menegaskan agar menjadi tanggungjawab kerajaan menyerap apa jua kos yang timbul dalam pengangkutan awam dengan memberikan pengecualian dan insentif yang sesuai. Dalam hubungan ini katanya, kerajaan perlu mencari mekanisme untuk membantu syarikat bas tersebut daripada terus dibebankan dengan kenaikan harga minyak dan alat ganti kenderaan yang semakin mahal. ''Kerajaan kita tidak memberi bantuan dan subsidi sebanyak yang diberikan oleh kerajaan di negara-negara maju kepada syarikat pengendali bas dan pengangkutan awam,'' jelasnya.

Hisyamuddin menambah, kerajaan sepatutnya memberikan subsidi minyak ataupun pengecualian cukai kepada pengusaha syarikat bas tanpa had dan ini membolehkan syarikat tersebut dapat menyerap kenaikan kos yang diuar-uarkan oleh mereka itu sejak musim perayaan yang lalu. Tambahnya lagi bahawa tindakan beliau membantah kenaikan tambang bukannya bersifat anti kerajaan, tetapi lebih membantu kerajaan dalam menyuarakan pandangan golongan bawahan terhadap pengumuman terbaru ini.

Rabu, Julai 15, 2009

Jawatankuasa Pemantau MPP Aspirasi ditubuhkan

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada GMUKM hari ini telah mengumumkan Jawatankuasa Pemantau Fakulti yang menyenaraikan 3 MPP UMUM sebagai pemantau kepada Fakulti yang gagal ditawan dalam Pilihanraya Kampus lalu.


Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan MPP GM bersedia dengan isu-isu fakulti bagi dibawa ke meja mesyuarat di Mesyuarat MPP mahupun mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU). Ini adalah bagi meningkatkan kualiti MPP GM dalam berhujah dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan fakulti ‘anak angkat’ masing-masing. Ia juga bertujuan bagi memastikan agar MPP Umum GM bertindak sebagai MPP Bayangan terhadap MPP Aspirasi yang dilihat gagal dalam menjalankan amanah mereka itu.


Jawatankuasa ini dibentuk mengikut 5 Fakulti yang dimenangi oleh Aspirasi antaranya seperti Fakulti Ekonomi & Perniagaan (FEP) (3 kerusi), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) (3 kerusi), Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) (2 kerusi), Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM) (1 kerusi) dan Fakulti Pergigian (FGG) (1 kerusi) . Manakala Fakulti Sains dan Teknologi (FST) walaupun dimenangi dua kerusi oleh Aspirasi, ia akan dipantau oleh MPP GM FST tahun 3, Saudara Atif Misrol.


Jawatankuasa ini akan dipengerusikan secara bersama oleh MPP Umum tahun3, Saudara Hisyamuddin Che Ali yang akan bertindak sebagai pemantau. Dilaporkan bahawa satu kad laporan prestasi MPP Fakulti Aspirasi ini akan dikeluarkan dalam masa akan datang dan akan didedahkan kepada mahasiswa fakulti terbabit. Berikut merupakan senarai nama MPP dan kawasan angkat masing-masing.


1. Hisyamuddin Che Ali : Fakulti Ekonomi & Perniagaan (FEP) & Fakulti Pergigian (FGG) (1 kerusi)

2. Mohd Faez Mat Zin : Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) & Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM)

3. Mohd Fikah Sanusi : Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB)

Lagi MPP GM Kesal Laporan UKM-Kini

Pengerusi GMUKM, Hisyamuddin Che Ali yang juga Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP Umum) melahirkan rasa kesal terhadap laporan blog ukm-kini yang tidak tepat dengan memutar belit isu berkaitan dengan pergerakan MPP GM “Saya kesal dengan laporan blog terbabit yang telah melakukan fitnah dan jiga dibawa ke muka pengadilan, sudah pasti penulis blog ini akan dihukum dengan undang-undang negara, ” tambahnya.

UKM-kini dalam laporannya sebelum ini menyatakan bahawa MPP GMUKM telah berpecah kerana ada yang pro kepada Aspirasi dan MPP yang mempertahankan GMUKM. Hisyamuddin juga berkata, walaupun ada MPP GM yang bersifat play safe dan bersms dengan MPP Aspirasi, tidak bermakna bahawa MPP tersebut condong kepada Aspirasi dan mengkhianati GMUKM. “Jika ada MPP GM bersifat gunting dalam lipatan, bukan sekadar ukm-kini sahaja yang menulisnya, malah saya sendiri yang akan mengambil tindakan. Masalahnya sekarang ialah laporan ukm-kini itu adalah tidak betul dan berunsur fitnah kerana MPP GM sentiasa bersatu padu malahan kami sentiasa bermesyuarat bersama bagi menyelesaikan hal pengurusan mahupun kebajikan mahasiswa,” ujarnya.

Bagi MPP Fakulti Undang-Undang pula, Phoon Kar Liang yang dihubungi sebelum ini turut melahirkan rasa terkejut terhadap laporan ukm-kini tersebut. “ Mana ada MPP GM berpecah, yang ada hanyah MPP Aspirasi berpecah terutamanya Presiden dan Timbalan Presiden yang gilakan kuasa itu”, tegasnya. “ Sepatutnya ukm-kini membuat laporan tentang isu yang lebih besar lagi, seperti isu harga kolej tinggi, kelemahan Presiden PMUKM dalam forum RTM Suara Siswa, bukannya menimbulkan isu yang tidak betul ini demi kepentingan sempit penulis blog terbabit,” ujarnya lagi.

UKM-kini merupakan sebuah blog yang baru muncul di arena blog mahasiswa UKM yang lebih banyak menulis laporan yang berat sebelah dan tidak bersandarkan fakta yang kukuh. Diperkatakan bahawa penulis blog ini merupakan penyokong GM yang mempunyai agenda peribadi bagi menjatuhkan GM dalam pilihanraya kampus akan datang.

Kenyataan MPP GMUKM Berhubung Artikel ukm-kini.blogspot Bertajuk 'MPP GM Berpecah'

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—



12hb Julai 2009


Kami, pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) GMUKM merakamkan ucapan terima kasih kepada ukm-kini.blogspot kerana berjaya memberikan promosi percuma kepada MPP GM yang dikatakan berpecah. Syabas juga kami ucapkan kepada ‘wartawan’ blog tersebut yang telah menimbulkan polemik kepada politik kampus di bumi UKM ini.


Tulisan tanpa bertarikh ini telah menyaksikan isu perpecahan MPP GM menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari tulisan ini.


MPP GM berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menjelaskan isu ini agar ia tidak menjadi virus fitnah yang boleh menghancurkan kepimpinan yang pro kepada mahasiswa. Kami sebagai MPP yang dipilih secara sah dan menjadi wakil mahasiswa, menafikan sama sekali tulisan tersebut dan menegaskan tiada MPP GM yang bersimpati atau bersatu dengan MPP Aspirasi.


Untuk pengetahuan semua, jelas dan tegas bahawa MPP Aspirasi tidak akan sama sekali bersatu dengan MPP GM atas nama kepentingan mahasiswa. Tiada pelantikan dalam jawatan Exco PMUKM, tiadanya kemudahan asasi seperti duit panjar mahupun bilik, cukup menjadi bukti jelas bahawa MPP Aspirasi tidak akan simpati dengan MPP GM disebabkan keegoan dan arahan pihak HEP yang mahukan Aspirasi sepenuhnya mengawal PMUKM demi kepentingan politik mereka.


Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak Aspirasi untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan mahasiswa terutamanya isu kebajikan.


MPP GM mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen kami sebagai MPP untuk memastikan GMUKM sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin bahawa isu yang ditimbulkan ukm-kini ini, lebih kepada kontroversi untuk menaikkan rating blog tersebut. Kami dengan menafikan sepenuhnya berita tersebut dan menyatakan dengan tegas bahawa MPP GM adalah bersatu padu dan mempunyai iltizam yang tinggi demi memastikan agenda perubahan terlaksana di bumi UKM ini.


Kenyataan bersama yang ditandatangani 12 MPP GMUKM


MPP Umum - HISYAMUDDIN BIN CHE ALI

MPP Umum - MOHD FAEZ BIN MAT ZIN

MPP Umum - MOHD FIKAH BIN SANUSI

MPP- FUU PHOON KAR LIANG

MPP FFARMASI - MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID

MPP FKAB - SARZLIANA BINTI SOAIDIN @ DJUHARI

MPP FPEND - MUHAMAD FAIZ BIN ISMAIL

MPP FPEND - AFFANDI BIN ABDUL RAHMAN

MPP FPI - MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF

MPP FPI - MAHFUZAN GADDAFI BIN MAHMUD

MPP - FPERUBATAN WAN NURUDDIN SHAH BIN WAN JOHAN

MPP - FST MOHD ARIF BIN MISROL

Selasa, Julai 14, 2009

MPP GM buka kaunter di FST


Mahasiswa dijemput hadir ke Hari terbuka ini. MPP FST, Saudara Arif Misrol akan membuka kaunter khidmat semasa hari terbuka ini berlangsung. Jom ramai-ramai, adukan masalah anda kepada MPP GM.

Program MPP GMUKM : Kursus Kahwin


Salam sejahtera,

- Borang Penyertaan bagi Kursus Kahwin telah dibuka.

Tarikh: 5-6 September

Tempat: PPUKM

Anjuran: Wakil Fakulti Perubatan, Wan Nuruddin Shah Bin Wan Johan

Tarikh Tutup Borang: 10 Julai 2009

- Borang boleh didapati di Board MPP Perubatan atau boleh dimuatturun disini

"Nikah: Connecting Lives"


Khamis, Julai 09, 2009

Menilai kebenaran: Suatu pandangan

Salam mahasiswa.

Mungkin tulisan kali ini agak kritikal sedikit memandangkan penulis mendapat maklumat yang perlu kita fikirkan bersama.

Apa pandangan anda sekiranya seseorang pemimpin itu mendakwa sesuatu pencapaian itu adalah berpunca dari hasil usaha mereka sedangkan mereka tidak menyumbang sesuatu dalam usaha-usaha melibatkan kebajikan mahasiswa?

Pandangan saya, ini merupakan suatu tindakan yang tidak bermaruah, hina dan menafikan hak mereka yang melakukan kebaikan tersebut untuk dihargai.

Jika kita tidak membuat apa-apa (jika betul) dalam konteks kebajikan mahasiswa, katakan saja kita tidak berbuat apa-apa sekiranya kita seorang yang berprinsip dan bermaruah. Janganlah disebabkan kegugupan dan gementar kita apabila disoal oleh pensyarah kita tentang apa yang telah kita lakukan sebagai pemimpin yang dipilih oleh mahasiswa (saya tak tahu secara ugutan atau tidak!), kita mengatakan bus stop di FST adalah hasil perjuangan kita.

Prinsipnya cukup mudah. Katakan benar walaupun ianya pahit. Pemimpin yang baik adalah mereka yang mempunyai prinsip.

Hukum karma cukup mudah, hari ini mungkin hari kita. Esok lusa siapa tahu. Keyakinan kita cukup mudah, Tuhan Maha Adil. Maka, Dia jualah yang lebih berhak untuk menentukan apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Semua agama mengajarkan prinsip yang sama.

Tak faham? Aha, sila tanya mereka yang mengambil subjek kimia polimer! Ayuh mengatakan kebenaran!

Bacaan tambahan:
http://vongolax.blogspot.com/2009/07/lu-bikin-gua-panaz.html

Selasa, Jun 23, 2009

Pelajar ditemui mati di kolej UKM-UTUSAN MALAYSIA


KUALA LUMPUR 23 Jun — Seorang pelajar wanita ditemui mati berhampiran tempat meletak kereta di Kolej Kediaman Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pagi ini.


Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata mangsa, Siti Farihan Mohd Hassan, 23, ditemui tertiarap oleh seorang tukang sapu kira-kira 7 pagi.


“Seorang tukang sapu yang kebetulan sedang membersihkan kawasan itu ternampak mayat Siti Farihan sebelum menghubungi polis.


“Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat. Dia dipercayai terjatuh dari beranda biliknya yang terletak di tingkat empat bangunan lima tingkat itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Beliau berkata polis tidak menemui sebarang kesan geledah di bilik mangsa dan polis juga telah mengambil keterangan dari rakan sebilik Siti Farihan.


Mangsa yang berasal dari Kelantan ialah pelajar peringkat sarjana jurusan Sains Kimia. – Bernama (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm)


Al-Fatihah khas buat Allahyarhamah Siti Farihan Mohd Hasan

Kami di pihak MPP-MAHASISWA mengucapkan takziah kepada keluarga Siti Farihan Mohd Hasan yang juga seorang pelajar Masters dalam jurusan Sains Kimia Fakulti Sains dan Teknologi atas kembalinya Allahyarhamah ke Rahmatullah awal pagi tadi akibat kemalangan yang berlaku di Kolej Pendeta Za'ba. Punca kemalangan masih lagi didalam siasatan Pihak Polis.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri Rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang orang yang soleh dan solehah.


MPP-MAHASISWA mengambil kesempatan untuk berpesan kepada seluruh warga kampus UKM yang dicintai serta disanjungi ini agar sentiasa menjaga keselamatan diri dimana jua berada.

Al-Fatihah.....khas buat Allahyarhamah Siti Farihan Mohd Hasan.

Selasa, Jun 09, 2009

Sekalung Tahniah dan Syabas..!!!!

Y.Bhg Prof. Tan Sri Datuk Dr.Sharifah Hapsah Binti Syed Hassan Shahabudin

Naib Canselor UKM

MPP Mahasiswa dan seluruh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan sekalung tahniah kepada Naib Canselor UKM, Y.Bhg Prof. Tan Sri Datuk Dr.Sharifah Hapsah Binti Syed Hassan Shahabudin diatas perkenan SPBDYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa galaran TanSri kepada Naib Canselor UKM bersempena ulangtahun kelahiran baginda. Seluruh mahasiswa UKM tumpang berbangga dan bergembira diatas kurniaan ini dan diharapkan ianya akan menjadi batu loncatan kepada UKM untuk menjadi Universiti terkehadapan di Malaysia dan antarabangsa.


"Gemilang UKM untuk Malaysia di Persada Antarabangsa"


Ahad, Mei 17, 2009

Konvensyen MPP Malaysia-MPP GMUKM mara ke hadapan

Batu Pahat-Universiti Tun Hussein Onn(UTHM)- Konvensyen MPP Mahasiswa Semalaysia di UTM telah Berjaya dihadiri oleh 4 MPP Mahasiswa yang terdiri daripada Saudara Ariff Bin Misrol (MPP FST), Saudara Hisyamuddin Che Ali (MPP UMUM TAHUN 3), Saudara Fikah Bin Sanusi (MPP UMUM TAHUN 3) dan Saudara Muhammad Amin (MPP Farmasi).

Konvensyen kali ke-3 selama 5 hari yang bermula daripada 15 hingga 20 Mei 2009 telah mengumpulkan semua MPP Mahasiswa daripada seluruh kampus. Menurut maklumat daripada MPP UKM yang ke sana, mereka menyatakan bahawa pimpinan PMUKM Aspirasi jelas dipandang sipi oleh MPP Universiti lain. Banyak kelemahan PMUKM Aspirasi terdedah di konvensyen tersebut. Dengan kehadiran seramai 10 PMUKM Aspirasi, mereka gagal membawa nama UKM di kacamata MPP lain.

Berbanding MPP GMUKM, mereka berani ke hadapan untuk melontarkan pandangan dan idea. Mereka gagah bersemangat untuk bertanyakan kepada Timbalan Menteri dan para pembentang kertas kerja. Menurut maklumat yang diperolehi oleh pihak editor pm-ukm.blogspot, sesi pembentangan kertas kerja tidak dilakukan oleh Presiden PMUKM, Saudara Nasir sendiri, tetapi dibentangkan ole Saudara Azmer, Wakil KTSN yang juga merupakan Speaker ke-2 PMUKM.

Kelemahanan PMUKM Aspirasi turut terdedah apabila mereka tidak seragam dalam pemakaian dalam majlis. Antaranya adalah kegagalan memakai baju batik seragam semasa majlis dialog bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Saifuddin Abdullah. Sedangkan university lain, mereka memakai baju batik yang seragam dan berprotokol.

Inilah kelemahan-kelemahan PMUKM Aspirasi. Seorang MPP GMUKM yang dihubungi turut menyatakan bahawa kelemahan PMUKM Aspirasi jelas memalukan nama UKM dalam Konvensyen tersebut.

Beliau turut berjanji sebagai MPP Mahasiswa untuk mengharumkan nama UKM yang telah gagal dimainkan perannya oleh pihak Aspirasi PMUKM.

“ Kami sebagai wakil jelmaan mahasiswa UKM akan bertindak secara karismatik dan berkaliber bagi menaikkan nama UKM di mata kampus lain walaupun PMUKM Aspirasi enggan dan gagal berperanan sepatutnya”

“ Ini penting kerana tanggungjawab menjaga nama UKMM adalah tanggungjawab semua kerana kita adalah duta kecil kepada UKM”, ujarnya ketika dihubungi oleh wartawan pm-ukm.blogspot.com

Rabu, April 22, 2009

Yuran Pelajar Masih Tinggi - MPP Farmasi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Masalah yuran tidak selaras telah banyak dilaporkan kepada saya dan telah diajukan kepada pihak bendahari di kampus Kl dan unit kewangan di bangi ,hasil pemerhatian yang dibuat setelah berbincang dengan pihak fakulti dan pihak kolej ,masalah ini terjadi akibat ketidak selarasan pembayaran yuranuntuk sems 1 dan sems 2 serta sebab lain.


Alhamdulillah, saya telah berjumpa dengan Puan Khairun nisa' idris ( penolong bendahari di unit kewangan di bangi) ,masalah ini telah diajukan dan kami telah berbincang. maklumat berkenaan yuran dan ketidakselarasan yuran telah di bincang. diharapkan mahasiswa/siswi mendapat maklumat berguna dari laporan ini. Untuk satu semester, pelajar hendaklah membayar yuran pengajian dan penginapan kolej bagi sesiapa yang tinggal di KTSN


Yuran pengajian bagi fakulti farmasi pengajian fakulti farmasi seunit ialah rm 40 ( sekali bagi setiap sems) pengajian umum seperti TITAS dan kokurikulum seperti khidmat masyarakat seunit ialah rm 30

yuran kesihatan : rm 25 ( sekali bagi satu semester )

yuran Perpustakaan : rm 50 ( sekali bagi satu semester)

tabung kebajikan pelajar dan insuran : rm 20 ( sekali satu sesi)

bayaran majalah ( PMUKM) : rm 10 ( sekali satu sesi)


Yuran penginapan di kolej

yuran penginapan bergantung kepada hari tinggal di kolej ( sekali bagi setiap sems)

yuran Perkhidmatan Jaring : rm 45 ( sekali bagi setiap sems)

yuran Elektrik : rm 25 ( sekali bagi setiap sems)

yuran jaksa : rm100 ( sekali bagi satu sesi)

yuran tambahan juga berlaku apabila pelajar menginap lebih masa dan sebagainya.


Maklumat diatas adalah hasil tinjauan saya dengan unit bendahari berkenaan masalah ini. Dan masalah ini berlaku apabila yuran sems satu di bawa ke sems 2 sebagai contoh masalah yang saya hadapi bayar rm 80 dua kali untuk rm 80 pertama adalah untuk subjek elektif untuk sem 2 dan rm 80 kedua adalah untuk subjek elektif sems 1 hal in berlaku mungkin pendaftaran subjek lambat atau sebagainya


Hal ini juga berlaku apabila pembayaran yuran sepatutnya tidak dimasukkan kedalam akaun untuk sems tersebut tetapi dimasukkan untuk sems berikutnya.


Mahasiswa/siswi juga boleh menyemak bayaran yuran yang dibayar di smpweb atau di unit bendahari . Sebagai contoh pembayaran yuran CJ-20082009/1/1 yuran kesihatan CJ-20082009/2/1 yuran kesihatan nombor yang telah di hitamkan dan diperbesarkan adalah merujuk kepada semester oleh itu, mahasiswa/siswi boleh menyemak sendiri pembayaran yuran yang telah dibayar dan sekiranya ada keraguan dan kesilapan , mahasiswa/siswi boleh berjumpa unit bendahari dan meminta penjelasan atau menelepon unit kewangan di bangi tentang masalah tersebut.

Oleh yang demikian , diharapkan segala permasalahan berkenaan berkenaan yuran, mahasiswa/siswi boleh ajukan dan bertanya di


Unit bendahari KL atau pun berhubung terus dengan unit kewangan pelajar di bangi no telefon : 03-89213180/03-89215090/03-89215037

InsyaAllah, segala masalah berkenaan yuran akan dijawab dan dijelaskan. Diharapkan pelajar dapat maklumat dan sampaikan kepada pelajar lain jika berlaku kesilapan berkenaan yuran yang saya sebutkan sila ajukan kepada saya kerana ia merupakan hasil perbincangan mengenai yuran yang saya telah bayar.


Segala kesilapan haraf dimaafkan


"Bergerak seiringan , memimpin perubahan "



Muhammad hafizul amin khalid

MPP fakulti Farmasi




Jumaat, April 10, 2009

MPP Mahasiswa Terkehadapan Membela Mahasiswa





Dewan Anuar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi – Bicara Siswa bertajuk “ Keselamatan Mahasiswa, Tanggungjawab Siapa ” telah berjaya diadakan dengan jayanya. Program anjuran MPP UMUM Tahun 3, Saudara Hisyamuddin Che Ali dengan kerjasama PERDANA, telah berjaya dihadiri hampir 100 lebih mahasiswa.


Forum yang menampilkan Encik Ramalingam, Pensyarah Fakulti Undang-Undang UKM, Asistant Senior Tolha Abdullah, Timbalan Ketua Balai Polis Daerah Kajang, dan juga Leftenan Bersara (LDM) Saidi Sarop, Timbalan Ketua Wisma Aman UKM. Majlis itu telah dirasmikan oleh Prof Emeritius Datuk Abd Latif dan forum tersebut turut dihadiri oleh Ketua Balai Polis Bandar Baru Bangi, Senior Asistant Zubir Bin Simin.


Forum yang bertajuk ‘Keselamatan Mahasiswa, Tanggungjawab Siapa” itu telah berjaya membuka minda mahasiswa akan kejadian jenayah yang berlaku di UKM dan sekitar Bangi. Juga forum ini turut memberikan satu ilmu kepada mahasiswa untuk mengetahui tentang siapakah yang bertanggungjawab menjaga keselamatan mereka di Kolej. Sama ada pihak Wisma Aman, Polis mahupun mahasiswa itu sendiri.


Menurut Profesor Emiritius Dr Latiff, beliau menyatakan bahawa isu keselamatan amat penting buat mahasiswa dalam menjalani kehidupan di kampus. Tambahnya lagi bahawa semasa beliau belajar di UM dahulu, mahasiswa tidak kisah dengan isu keselamatan bahkan mereka seringkali mencabar pihak berkuasa dengan berdemontrasi dan mengecat papat tanda yang berbahasa inggeris dalam Demontrasi Papan Tanda pada awal 70 an dahulu. Beliau yang juga mantan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi turut berseloroh bahawa zaman dahulu jenayah yang paling banyak berlaku ialah jenayah curi, yang pada ketika itu kecurian barang makanan paling kerap berlaku.


Majlis forum pada malam itu telah dipengerusikan oleh Saudara Mahfuzan Gaddafi Mahmud, MPP Fakulti Pengajian Islam Tahun 3. Sesi forum terbahagi kepada dua iatu sesi penerangan dan soal jawab. Menurut Saudara En. Ramalinggam yang juga merupakan felo di Kolej Ungku Omar, beliau menyatakan bahawa mahasiswa juga merupakan penyumbang utama kepada kejadian jenayah kerana kecuaian mereka menyebabkan berlakunya jenayah. Beliau turut menyatakan bahawa mahasiswa yang mempunyai kesedaran tentang perkara-perkara keselamatan adalah kurang dan mahasiswa pada hari ini lebih berminat kepada aktiviti-aktiviti hedonisme yang menurutnya merupakan pembunuh kepada nilai mahasiswa itu sendiri.


Ahli Panelis kedua, , Asistant Senior Toha Abdullah, Timbalan Ketua Balai Polis Daerah Kajang pula banyak menyentuh tentang kejadian jenayah yang berlaku di sekitar Kajang dan Bangi. Beliau turut menyatakan bahawa jenayah di Kajang masih terkawal tetapi masih wujud gejala-gejala jenayah di UKM yang boleh mengancam keselamatan siswa. Beliau turut mengajak hadirin yang hadir ke forum tersebut untuk mendaftarkan diri sebagai rakan cop.


Dan bagi panelis ke tiga yang merupakan Timbalan Ketua Wisma Aman, beliau menyatakan kekesalan kerana jenayah masih berlaku di UKM walaupun langkah keselamatan telah diperketatkan. Belaiu turut menyeru mahasiswa bekerjasama dengan Wisma Aman untuk bersama-sama membantu dalam membasmi jenayah di UKM ini. Beliau turut memuji aktiviti forum ini kerana dapat membuka minda mahasiswa tentang isu keselamatan. Sambil berkongsi pengalaman bagaimana payahnya memberikan penerangan kepada mahasiswa tentang isu keselamatan ini. Beliau turut menceritakan terpaksa menunggu sehingga setengah jam sebelum sesi penerangan dapat diberikan kepada mahasiswa di Kolej. Itupun hanya dapat mengumpul hadirin tidak kurang 10 mahasiswa.


Bagi penganjur bersama yang juga merupakan MPP Umum Tahun 3, Hisyamuddin Che Ali, beliau menyatakan kegembiraan atas kejayaan forum ini yang dapat memberikan output berguna kepada mahasiswa berkaitan isu keselamatan. Beliau yang juga merupakan pelajar Undang-Undang turut menyatakan bahawa forum ini sebagai batu loncatan untuk MPP Mahasiswa bergerak lebih terkehadapan, dalam menangani isu keselamatan mahasiswa.


Forum itu berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Pengunjung yang hadir menyataka rasa teruja dengan ilmu yang disampaikan oleh ketiga-tiga panelis inia. Mereka turut berharap agar keselamatan mahasiswa akan terus diperjuangkan oleh MPP yang diundi oleh mahasiswa itu sendiri.