—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
12hb Julai 2009
Kami, pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) GMUKM merakamkan ucapan terima kasih kepada ukm-kini.blogspot kerana berjaya memberikan promosi percuma kepada MPP GM yang dikatakan berpecah. Syabas juga kami ucapkan kepada ‘wartawan’ blog tersebut yang telah menimbulkan polemik kepada politik kampus di bumi UKM ini.
Tulisan tanpa bertarikh ini telah menyaksikan isu perpecahan MPP GM menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari tulisan ini.
MPP GM berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menjelaskan isu ini agar ia tidak menjadi virus fitnah yang boleh menghancurkan kepimpinan yang pro kepada mahasiswa. Kami sebagai MPP yang dipilih secara sah dan menjadi wakil mahasiswa, menafikan sama sekali tulisan tersebut dan menegaskan tiada MPP GM yang bersimpati atau bersatu dengan MPP Aspirasi.
Untuk pengetahuan semua, jelas dan tegas bahawa MPP Aspirasi tidak akan sama sekali bersatu dengan MPP GM atas nama kepentingan mahasiswa. Tiada pelantikan dalam jawatan Exco PMUKM, tiadanya kemudahan asasi seperti duit panjar mahupun bilik, cukup menjadi bukti jelas bahawa MPP Aspirasi tidak akan simpati dengan MPP GM disebabkan keegoan dan arahan pihak HEP yang mahukan Aspirasi sepenuhnya mengawal PMUKM demi kepentingan politik mereka.
Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak Aspirasi untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan mahasiswa terutamanya isu kebajikan.
MPP GM mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen kami sebagai MPP untuk memastikan GMUKM sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin bahawa isu yang ditimbulkan ukm-kini ini, lebih kepada kontroversi untuk menaikkan rating blog tersebut. Kami dengan menafikan sepenuhnya berita tersebut dan menyatakan dengan tegas bahawa MPP GM adalah bersatu padu dan mempunyai iltizam yang tinggi demi memastikan agenda perubahan terlaksana di bumi UKM ini.
Kenyataan bersama yang ditandatangani 12 MPP GMUKM
MPP Umum - HISYAMUDDIN BIN CHE ALI
MPP Umum - MOHD FAEZ BIN MAT ZIN
MPP Umum - MOHD FIKAH BIN SANUSI
MPP- FUU PHOON KAR LIANG
MPP FFARMASI - MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID
MPP FKAB - SARZLIANA BINTI SOAIDIN @ DJUHARI
MPP FPEND - MUHAMAD FAIZ BIN ISMAIL
MPP FPEND - AFFANDI BIN ABDUL RAHMAN
MPP FPI - MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF
MPP FPI - MAHFUZAN GADDAFI BIN MAHMUD
MPP - FPERUBATAN WAN NURUDDIN SHAH BIN WAN JOHAN
MPP - FST MOHD ARIF BIN MISROL