Bangi, 6 Ogos - MPP Mahasiswa telah melancarkan kempen membaca dan pembudayaan ilmu di Perpustakaan Tun Seri Lanang bersempena dengan Hari Bersama Pelanggan Perpustakaan 2009. Info berkaitan kepentingan membaca turut diedarkan untuk makluman kepada masyarakat kampus. Hari Bersama Pelanggan tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Hassan Basri, Timb Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.
Beliau menyambut baik kempen membaca yang diadakan dan mencadangkan agar MPP Mahasiswa menjalinkan kerjasama dengan pihak perpustakaan dengan melakukan pelbagai aktiviti untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.
MPP Fakulti Pendidikan, Affandi Abdul Rahman yang ditemui berkata kempen ini adalah sebagai seruan kepada seluruh mahasiswa/i supaya menjadikan membaca sebagai satu budaya untuk mendalami ilmu pengetahuan.
"Pembacaan tidak terhad kepada nota-nota kuliah dan buku rujukan subjek semata-mata, tetapi turut merangkumi pelbagai bacaan ilmiah yang lain termasuk isu semasa dan pengetahuan am."tegas beliau.
Mengulas lanjut, MPP Fakulti Pendidikan Thn 1 & 2, Muhamad Faiz Ismail berkata, sudah tiba masa untuk kita keluar daripada kerangka lama dan fokus untuk melahirkan mahasiswa yang berjiwa negarawan.Beliau menyambut baik kempen membaca yang diadakan dan mencadangkan agar MPP Mahasiswa menjalinkan kerjasama dengan pihak perpustakaan dengan melakukan pelbagai aktiviti untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.
MPP Fakulti Pendidikan, Affandi Abdul Rahman yang ditemui berkata kempen ini adalah sebagai seruan kepada seluruh mahasiswa/i supaya menjadikan membaca sebagai satu budaya untuk mendalami ilmu pengetahuan.
"Pembacaan tidak terhad kepada nota-nota kuliah dan buku rujukan subjek semata-mata, tetapi turut merangkumi pelbagai bacaan ilmiah yang lain termasuk isu semasa dan pengetahuan am."tegas beliau.
"Mahasiswa/i perlu mempelbagaikan bahan bacaan merangkumi pelbagai bidang ilmu sebagai keperluan untuk menjadi pemimpin masa hadapan. Kita tidak harus fokus kepada bidang yang diceburi sahaja hingga mengabaikan pengetahuan dalam bidang yang lain seperti ekonomi dan sosial." katanya.