Khamis, Februari 28, 2013

PERUBAHAN LOKASI PERKHIDMATAN BAS RENGIT,UKM

19 Feb - MPP Mufaddal bin Mustansir dan MPP Mustapha Kamil Husin telah mengadakan pertemuan bersama Penolong Pendaftar Unit Perkhidmatan Pengangkutan, Encik Othman Abdullah di Unit Perkhidmatan Pengangkutan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan perjalanan Bas Rengit dan Bas UKM pada semester ini.

Berdasarkan maklumat dari En. Othman, Bas Trans Rengit hanya beroperasi di Zon 2 dan Zon 6 sahaja dan Bas UKM pula beroperasi hanya di Zon 3 dan Zon U. En. Othman juga mengingatkan pelajar yang akan memerlukan perkhidmatan bas untuk kegunaan program membuat tempahan mengikut kegunaan yang sebenar. Tempahan lebihan bas akan merugikan dan meningkatkan perbelanjaan Unit Perkhidmatan Pengangkutan. Di samping itu, ada kemungkinan perubahan dalam perjalanan bas pada masa hadapan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan bas di UKM. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.

Mufaddal bin Mustansir
Pengerusi
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial
PMUKM Sesi 2012/2013

En. Othman Abdullah, Pen. Pendaftar UPP
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI