Sabtu, Februari 23, 2013

MAJLIS MAKAN MALAM : TAHNIAH PAP UKM 19

PMUKM turut meraikan Majlis
Makan Malam.

UKM Bangi, 22 Feb – Majlis Makan Malam anjuran Sekretariat Pesta Ang Pow (PAP) UKM Ke-19 berjalan lancar. Tema Majlis Makan Malam bagi sesi kali ini adalah, “Memartabatkan Kesefahaman Budaya Tiong Hua Ke Arah Integrasi Dan Perpaduan Bersama”.

Selepas upacara perasmian berlangsungnya upacara “Lao Sheng”, iaitu hidangan yang terdiri daripada salad yang berwarna warni serta merupakan tradisi kepada kaum Cina bagi menyambut Tahun Baru. Pelbagai persembahan menarik antaranya penampilan daripada pemain Diabolo, Gendang 24 Musim Sin Ming, Gendang 24 Musim Yu Hua, persembahan tarian, tayangan multimedia, dan artis jemputan. Pada 30 Mac ini akan diadakan Karnival Kebudayaan Amal bertempat di Parkir Lot, DECTAR UKM.

PMUKM berbesar hati mengucapkan tahniah buat Sekretariat PAP ke-19 kerana berjaya menganjurkan program mega ini. Dengan usaha-usaha memelihara kebudayaan Tiong Hua ini, kita akan lebih memahami akan keistimewaan dan ciri-ciri budaya demi mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum khususnya dalam masyarakat UKM. Program mega ini selari dengan pembawakan PMUKM bagi sesi 12/13 iaitu Perpaduan Kaum Dan Integrasi Nasional.

Ketika upacara " Lao Sheng".
Persembahan Gendang 24 Musim Sin Ming.
Contoh persembahan Diabolo.
Autonomi Mahasiswa Merealisasi Falsafah Varsiti