PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Isnin, April 20, 2015

SISWI : EKSPLORASI SISWI UKM 2015

20 April 2015, Melaka - Eksplorasi Siswi anjuran NYDP II ( Siswi PMUKM ) berjaya dijalankan pada 18 - 19 April yang lalu  bertempat  di Redtma Recreation Sport Centre, Melaka bersama para siswi UKM yang begitu lasak melaksanakan pelbagai aktiviti di sana. Seramai 36 orang peserta siswi bersama 9 orang Ahli jawatankuasa menyertai program Eksplorasi Siswi selama 2 hari 1 malam. Program ini merupakan inisiatif  awal untuk membentuk stamina dalam diri seseorang mahasiswi melalui sukan dan riadah yang telah dijalankan.

Program Eksplorasi Siswi bertemakan "Gather The Girls and Get Fit" adalah untuk meraikan mahasiswi UKM yang aktif mahupun pasif dalam bidang kepemimpinan dan melibatkan diri dalam aktiviti lasak agar siswi UKM sentiasa aktif dan kekal sihat. Antara aktiviti yang di jalankan dalam tempoh 2 hari 1 malam adalah "Abseiling", Memanah, Rakit, "River Crossing", Senamrobik, dan "Night Walk". Kesemua aktiviti ini diketuai oleh pihak Redtma sendiri dengan penyediaan langkah keselamatan yang lebih lengkap. Aktiviti sukan ini bukan sahaja dapat membina keberanian peserta tetapi disamping membina tahap keyakinan dan kepimpinan sesebuah kumpulan.









Selain itu, bagi menguji tahap pemikiran peserta siswi,kami telah mengadakan slot debat dengan membawa tajuk "Relevankan wanita sebagai pemimpin". Amat mengujakan apabila setiap peserta amat aktif dalam menyuarakan pendapat dan seorang demi seorang bangun dalam memberikan pendapat yang berbeza-beza. Ada di antara mereka yang bersetuju dan ada yang memberikan pendapat tidak kerana masih memerlukan lelaki sebagai pemimpin yang lebih berwibawa. Alhamdulillah semua aktiviti berjalan dengan lancar dan dapat dihabiskan dalam masa dua hari.

Di pihak PMUKM mengucapkan tahniah dan terima kasih buat peserta siswi UKM kerana sudi menyertai aktiviti ini. Siswi UKM Awesome !

"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"


Disediakan oleh :


Isnin, April 06, 2015

KECURIAN DI KAMPUS UKM KL

3 April 2015 - Assalamualaikum dan salam sejahtera, makluman kepada semua UKM KL, pada petang tadi terdapat dua kecurian yang berlaku agak serentak di perpustakaan Kampus UKM KL kira -kira dalam pukul 2.45 petang tadi. Anggaran masa antara kedua-dua kes tersebut lebih kurang sama.

Kecurian tadi melibatkan 2 orang pelajar perempuan FSK.. Seorang pelajar perempuan dari program optometri tahun 2 telah menyatakan bahawa dia telah kehilangan begnya sewaktu ingin ke tandas dalam perpustakaan di tingkat 1 berdekatan surau. Barang peribadi dalam beg tersebut ialah dompet, telefon dan sebagainya.Menurutnya lagi, hnya selang beberapa minit dia keluar, beg tersebut sudah tiada. Mengikut laporan dari beberapa orang pelajar yg berada kat sana, mereka ada ternampak seorang lelaki yang membawa beg tersebut. tambahan lagi,mengikut pihak perpustakaan, setelah melihat imbasan CCTV,memang ternyata ternampak seorg lelaki tetapi samar..yang pasti itu adalah bukan student kita mungkin orang luar..


seorang lagi pelajar perempuan speech tahun 1 juga telah kehilangan netbook yang berwarna hitam semasa berada di perpustakaan di tingkat tiga. Menurut kawannya, dia juga ada ternampak lelaki yang mencurigakan dikawasan tersebut tapi tidak menjangkakan perkara ini berlaku.

Pihak keselamatan telah cuba untuk mengesan pencuri tersebut namun pencuri bagi kedua dua barangan tersebut tidak dapat dikesan kerana lambat melaporkan kes tersebut.Di peringkat MPP Ukm kl, kami akan cuba mengkajì balik masalah ini dan tindakan susulan akan diambil. Kedua dua pelajar tersebut telah melaporkan hal nie kepada balai polis berdekatan

Peringatan buat pelajar!!!

1.pastikan selepas ini anda menjaga barangan peribadi anda
2. jangan tinggalkan barangan peribadi sembarangan
3. jangan mudah percaya pada orang yang tidak kenal
4.letakkan barang anda di tempat yang terang dan selamat
5.laporkan dengan segera jika terdapat sebarang keadaan mencurigakan.

sebarang masalah amat dikesali.


CADANGAN KEMUDAHAN WATER DISPENSER DI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

31 Mac 2015 (Selasa), saya telah berjumpa Mr Eric Lai, Marketing Manager daripada Itsaso Marketing SDN. BHD. bagi mengadakan perbincangan mengenai jenis water dispenser dan tempat yang sesuai diletakkan di FST.
InsyaAllah, pelan cadangan water dispenser ini akan saya ketengahkan kepada pihak pentadbiran FST dalam masa yang terdekat. Diharap, permohonan ini mendapat kelulusan daripada pihak pentadbiran demi kemudahan serta kebajikan mahasiswa/i FST khususnya.

"Memperkasa mahasiswa, Meneraju Varsiti"


STUDY WEEK

Saya bersama MPP Hazim Putra telah berjumpa dengan TNC Hal Ehwal Akademik Dan Antarabangsa Prof Dato' Ir Dr Riza Atiq Abdullah sebentar tadi untuk membincangkan isu pembatalan Minggu Ulang Kaji (Study Week ) bagi semester ini.

Punca masalah adalah disebabkan berlaku kesilapan pada kalendar Akedemik laman web E-Pelajar lama. Rujuk gambar dibawah. Hasil perbincangan Kami dengan Dr Riza adalah,

1. PMUKM akan mengumpulkan nama-nama pelajar yang telah menempah ticket penerbangan atau bas untuk pulang ke kampung halaman kerana merujuk kepada kalendar lama.


2. PMUKM akan mengumpul data mahasiswa/I yang telah menempah ticket penerbangan dengan merujuk kalendar Akademik Baru.

3. PMUKM juga akan bertanyakan pendapat mahasiswa/I mengenai pembatalan Minggu Ulang Kaji.

4. Selepas pengumpulan data , laporan dan surat permohonan akan dihantar oleh pejabat PMUKM kpd Lembaga Pengurusan untuk dibincangkan dalam Dewan Senat.

Beliau juga menyatakan Lembaga Pengurusan adalah berhak mengembalikan Minggu Ulang Kaji bagi semester ini

"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"


ISU PEMANSUHAN MINGGU MENGULANGKAJI PELAJARAN BAGI SEMESTER 2 SIDANG AKADEMIK 2014/2015

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia.

Berikutan dengan isu pemansuhan ini, di peringkat Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, kami telahpun membawa perkara ini ke pengetahuan TNC Hal Ehwal Akademik.

Untuk itu, pihak Biro Pembangunan Intelektual Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil satu inisiatif dengan mewujudkan satu borang soal selidik bagi mendapatkan pandangan dan suara dari mahasiswa/i UKM berkenaan dengan isu ini.

Saya mewakili rakan-rakan di dalam Biro Pembangunan Intelektual Mahasiswa PMUKM memohon jasa baik mahasiswa/i UKM (prasiswazah) untuk mengisi ruangan dalam soal selidik ini. Berikut merupakan pautan ke borang soal selidik atas talian: (Maklumat diri anda akan dirahsiakan. Sila sertakan maklumat yang perlu diisi supaya pihak PMUKM dapat membuat laporan rasmi dengan lengkap dan tepat untuk dihantar ke TNC HEA)

http://goo.gl/forms/Qg3bBp9R5q

Hasil daripada kajian soal selidik ini, satu laporan khas dari pihak PMUKM akan dibentangkan kepada Timbalan Naib Canselor Akademik UKM untuk tindakan selanjutnya.

Saya harap dengan usaha ini, ianya dapat membantu mahasiswa/i UKM untuk mendapatkan kembali minggu mengulangkaji pelajaran pada semester 2 sidang akademik 2014/2015.

"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"


SHARING SESSION PROJECT PAPER SHARING

1 April 2015 - Objektif program ini adalah untuk mendedahkan mahasiswa Tahun 1 dan 2 FUU terhadap penulisan kertas projek (tesis). Selain itu, program ini juga bertujuan membantu mengasah bakat para mahasiswa menulis kertas akademik dengan baik sekaligus menyahut seruan universiti bagi menjadi universiti penyelidikan yang lebih baik. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan mahasiswa senior dengan mahasiswa junior kerana program ini dijalankan dan digerakkan oleh saya dan dibantu oleh mahasiswa tahun 4 FUU untuk membantu mahasiswa junior.

"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"


BULETIN PMUKM 2014/2015


Alhamdulillah, tahniah kepada MPP Izzul Islam Shuhaimi sebagai editor buletin ini. Koreksi diri daripada perkara yang telah dicapai dalam tempoh yang lepas. InsyaALLAH, masih banyak lagi perkara perlu diperjuangkan dalam tempoh yang ada demi kebajikan mahasiswa. Usaha tersebut turut memerlukan semangat dan usaha warga UKM sekalian agar ia dapat direalisasikan.

Beberapa isu yang tidak dapat dimuatkan antaranya bantuan pasca banjir bersama pentadbiran seperti sumbangan buku kepada sekolah, kempen siswi sihat dan lain-lain lagi. Buat seluruh mahasiswa, beberapa program telah dirancang untuk pergerakan seterusnya antaranya ialah Dewan Siswa, Bengkel Kepimpinan PMUKM dan lain-lain lagi. Skim Dana Persatuan masih dibuka bagi membantu anda. Seabarang cadangan dan lontaran idea boleh disalurkan kepada kami.


"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"


KEMPEN SISWI SIHAT UKM

6 April 2015 - Kempen Siswi Sihat dibawah seliaan MPP Siswi PMUKM, saudari Siti Nor Bahijah berjaya diadakan pada hari ini bertempat di Taman Tasik Titiwangsa dengan kerjasama ISIUKM. Turut hadir MPP Nazihah Mohamad dan Pimpinan Isiukm.

Kempen Siswi Sihat mendapat sambutan dan dilancarkan selepas selesai aktiviti menunggang kuda. Justeru itu, kempen ini merupakan salah satu inisiatif kepada para siswi UKM terutamanya untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara.Gaya hidup sihat didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.





Aktiviti hari ini sekaligus dapat memberikan impak positif kepada para siswi UKM agar dapat aktifkan diri dalam aktiviti luar kampus. Selain menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar harus diingat agar menjaga kesihatan diri itu penting dengan mengamalkan aktiviti beriadah di waktu lapang.


Tahniah ISIUKM dan Para Siswi yang hadir !

Majulah Siswi Untuk Universiti

"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"


PENTAS PIDATO MAHASISWA 2.0

2 April 2015 - Alhamdulillah, selesai berpencak di Pentas Pidato Mahasiswa pada hari ini dengan membawa tajuk "Hak Mahasiswa" dibawah seliaan NYDP II PM Ukm.

Mahasiswa sebagai masyarakat intelektual dan sekaligus sebagai warganegara tentu saja memiliki hak dan tanggungjawab yang tidak ringan.Disebabkan idealnya mahasiswa dituntut bukan hanya untuk berjaya dalam pelajaran, tetapi lebih daripada itu juga harus kritis terhadap isu-isu semasa yang berlaku.
Tahniah dan terima kasih buat wakil pemidato hari ini :
1. Asheeq Ali - Fakulti Undang-undang
2. Nabihah Basri - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
3. Nik Amri Syahirran - Fakulti Pengajian Islam
dan terima kasih Pengerusi pidato hari ini, iaitu saudari Farhana Nuratiqah Redzuan.









Justeru itu, dapat disimpulkan berkaitan pidato hari ini adalah berkaitan hak mahasiswa. Sebagai seorang mahasiswa, sudah pasti kita mempunyai pelbagai hak dan juga tidak terlepas daripada tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Jadilah seorang mahasiswa yang berani dan tidak hanya terperuk di celahan rimbun "atasan". Antara hak mahasiswa yang biasa menjadi bualan :

1. Menggunakan kebebasan akademik secara bertanggungjawab untuk menuntut dan mengkaji ilmu sesuai dengan lingkungan akademik.


2. Memperoleh pengajaran sebaik-baiknya dan layanan bidang akademik sesuai dengan minat, bakat, kebenaran dan kemampuan.


3. Mengikut serta dalam kegiatan organisasi mahasiswa Universiti.
dan sebagainya.







"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"