Isnin, April 06, 2015

KEMPEN SISWI SIHAT UKM

6 April 2015 - Kempen Siswi Sihat dibawah seliaan MPP Siswi PMUKM, saudari Siti Nor Bahijah berjaya diadakan pada hari ini bertempat di Taman Tasik Titiwangsa dengan kerjasama ISIUKM. Turut hadir MPP Nazihah Mohamad dan Pimpinan Isiukm.

Kempen Siswi Sihat mendapat sambutan dan dilancarkan selepas selesai aktiviti menunggang kuda. Justeru itu, kempen ini merupakan salah satu inisiatif kepada para siswi UKM terutamanya untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara.Gaya hidup sihat didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.





Aktiviti hari ini sekaligus dapat memberikan impak positif kepada para siswi UKM agar dapat aktifkan diri dalam aktiviti luar kampus. Selain menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar harus diingat agar menjaga kesihatan diri itu penting dengan mengamalkan aktiviti beriadah di waktu lapang.


Tahniah ISIUKM dan Para Siswi yang hadir !

Majulah Siswi Untuk Universiti

"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"