Isnin, April 06, 2015

ISU PEMANSUHAN MINGGU MENGULANGKAJI PELAJARAN BAGI SEMESTER 2 SIDANG AKADEMIK 2014/2015

Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia.

Berikutan dengan isu pemansuhan ini, di peringkat Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, kami telahpun membawa perkara ini ke pengetahuan TNC Hal Ehwal Akademik.

Untuk itu, pihak Biro Pembangunan Intelektual Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil satu inisiatif dengan mewujudkan satu borang soal selidik bagi mendapatkan pandangan dan suara dari mahasiswa/i UKM berkenaan dengan isu ini.

Saya mewakili rakan-rakan di dalam Biro Pembangunan Intelektual Mahasiswa PMUKM memohon jasa baik mahasiswa/i UKM (prasiswazah) untuk mengisi ruangan dalam soal selidik ini. Berikut merupakan pautan ke borang soal selidik atas talian: (Maklumat diri anda akan dirahsiakan. Sila sertakan maklumat yang perlu diisi supaya pihak PMUKM dapat membuat laporan rasmi dengan lengkap dan tepat untuk dihantar ke TNC HEA)

http://goo.gl/forms/Qg3bBp9R5q

Hasil daripada kajian soal selidik ini, satu laporan khas dari pihak PMUKM akan dibentangkan kepada Timbalan Naib Canselor Akademik UKM untuk tindakan selanjutnya.

Saya harap dengan usaha ini, ianya dapat membantu mahasiswa/i UKM untuk mendapatkan kembali minggu mengulangkaji pelajaran pada semester 2 sidang akademik 2014/2015.

"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"