19 Mac 2015- Selesai sudah Pelancaran Pentas Pidato Mahasiswa anjuran PM Ukm yang bertempat di ruangan Sudut Pidato UKM oleh MPP Siti Nor Bahijah Mohd Zaki. Sudut pidato UKM yang kian suram ini cuba dihidupkan kembali rohnya agar menjadi sebuah medan buat mahasiswa melontarkan idea dan komentar seiring menyambut hasrat Naib Canselor UKM yang menginginkan Graduan yang beraspirasi kebangsaan, kompeten dan berdaya saing.
Sehubungan itu, Sudut Pidato ini dihidupkan semula dengan berpandukan beberapa objektif utama iaitu ingin meraikan perbezaan idealisme dalam kalangan mahasiswa dan melahirkan mahasiswa yang berkompeten.
"Pelancaran pada hari ini berjalan dengan lancar dan saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah buat 4 orang wakil mahasiswa kerana berani untuk tampil kehadapan memberikan pidato ringkas dan beberapa cadangan telah diutarakan oleh mereka. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Dipertua PMUKM, saudara Muhammad Sallehudin Khalid diatas perasmian Pentas Pidato Mahasiswa pada hari ini. Sekalung penghargaan juga buatIzwatul Jannah Abd Latif dan Syimah Ibrahim yang merupakan penggerak bersama dalam menjayakan Pentas Pidato Mahasiswa ini."
Harapan saya agar Sudut Pidato Mahasiswa ini akan terus menjadi sudut aktif buat mahasiswa mencorakkan identiti diri sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai pendirian tersendiri. Kerana mahasiswa merupakan generasi emas yang bakal mencorak masa depan negara. Sudut pidato ini juga bukan sebuah platform untuk berpolitik semata-mata, namun ini juga merupakan medan buat seluruh mahasiswa berkongsi kepelbagaian ilmu di bumi UKM ini sendiri.
Pentas Pidato Mahsiswa : Raikan perbezaan idealisme
"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"
oleh :