Secara keseluruhan masalah yang diajukan oleh pihak MEP, PMF dan Anak Negeri adalah berkaitan masalah prasarana di kolej dan fakulti. Hal ini disebabkan, kebanyakan fakulti masih menggunakan infrastruktur lama. Di samping itu, masalah lampu di sepanjang jalan UKM yang tidak berfungsi sehingga membahayakan pelajar khususnya siswi untuk berjalan pulang ke Kolej atau Fakulti.
Selain itu, terdapat aduan berkaitan kafe yang berada di fakulti tidak dapat memenuhi keperluan mahasiswa. Surau juga menjadi salah satu masalah kepada pelajar di Fakulti kerana tempatnya yang kecil dan menyebabkan tidak ramai dapat menunaikan solat dalam waktu yang sama.
Tambahan, masalah pelajar kurang upaya turut diajukan agar diberikan penekanan kepada pelajar OKU yang tidak mendapat keperluan mereka secara sepenuhnya. Seterusnya, masalah berbangkit berkaitan isu jalan, isu air, binatang liar dan sebagainya.