PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Khamis, Mac 19, 2015

PENTAS PIDATO MAHASISWA -PPM- 1.0



19 Mac 2015- Selesai sudah Pelancaran Pentas Pidato Mahasiswa anjuran PM Ukm yang bertempat di ruangan Sudut Pidato UKM oleh MPP Siti Nor Bahijah Mohd Zaki. Sudut pidato UKM yang kian suram ini cuba dihidupkan kembali rohnya agar menjadi sebuah medan buat mahasiswa melontarkan idea dan komentar seiring menyambut hasrat Naib Canselor UKM yang menginginkan Graduan yang beraspirasi kebangsaan, kompeten dan berdaya saing.

Sehubungan itu, Sudut Pidato ini dihidupkan semula dengan berpandukan beberapa objektif utama iaitu ingin meraikan perbezaan idealisme dalam kalangan mahasiswa dan melahirkan mahasiswa yang berkompeten.

"Pelancaran pada hari ini berjalan dengan lancar dan saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah buat 4 orang wakil mahasiswa kerana berani untuk tampil kehadapan memberikan pidato ringkas dan beberapa cadangan telah diutarakan oleh mereka. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Dipertua PMUKM, saudara Muhammad Sallehudin Khalid diatas perasmian Pentas Pidato Mahasiswa pada hari ini. Sekalung penghargaan juga buatIzwatul Jannah Abd Latif dan Syimah Ibrahim yang merupakan penggerak bersama dalam menjayakan Pentas Pidato Mahasiswa ini."



Harapan saya agar Sudut Pidato Mahasiswa ini akan terus menjadi sudut aktif buat mahasiswa mencorakkan identiti diri sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai pendirian tersendiri. Kerana mahasiswa merupakan generasi emas yang bakal mencorak masa depan negara. Sudut pidato ini juga bukan sebuah platform untuk berpolitik semata-mata, namun ini juga merupakan medan buat seluruh mahasiswa berkongsi kepelbagaian ilmu di bumi UKM ini sendiri.

Pentas Pidato Mahsiswa : Raikan perbezaan idealisme


"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"

oleh :


Ahad, Mac 15, 2015

KEPIMPINAN : PROGRAM MOTIVASI BERSAMA PELAJAR SEKOLAH DAN JELAJAH UNIVERSITI

14 Mac - 15 Mac 2015, PMUKM telah mengadakan program motivasi bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Junjung yang diberi nama "Kembara Sejarah Dinamika Sufi". Seramai 4 orang wakil MPP PMUKM yang diketuai oleh MPP Izzul Islam bersama MPP Siti Nor Bahijah, MPP Hafiz Ismail dan MPP Nurul Syifa' telah menjalankan program ini dengan jayanya. Jumlah peserta seramai 80 orang bersama 6 orang guru pengiring.

                                                                                                                                                  PMUKM mengetuai slot "Aku yang sekarang, Bukan yang dulu" yang mana slot ini memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang dunia Universiti dan cabaran yamg akan dilalui oleh mereka sebelum mengecapi kesenangan. Selain itu, berlaku juga "Sharing Moment" kehidupan MPP sewaktu sekolah sehingga dapat berdiri teguh di dunia universiti. Kami membahagikan kepada beberapa kumpulan agar dapat mendekati mereka dan mengetahui sendiri keinginan yang mereka inginkan. Semasa sesi luahan hati bersama pelajar, ramai diantara mereka mengatakan mereka tidak gemar belajar dan suka bermain sambil belajar. Jadi sebagai fasililator, kami menggunakan pendekatan santai agar mereka tertarik dengan cara penyampaian. Alhamdulillah komunikasi dua hala dapat dijalankan diantara peserta dan fasilitator.

Program Jelajah Universiti yang diketuai oleh MPP Zaki Shukor pula berjalan dengan lancar. Jelajah bermula dari Canselori UKM, Pusanika dan berakhir di Perpustakaan Tun Sri lanang UKM. Jelas tergambar keceriaan peserta apabila dapat melihat sendiri gambaran Universiti yang menjadi idaman kebanyakan pelajar. Alhamdulillah tepat jam 12.30 pm, program kepimpinan ini tamat dan para peserta bersama guru selamat pulang.

Program kepimpinan yang diterajui oleh saudara Izzul Islam Shuhaimi akan dilakukan dari semasa ke semasa. Jiwa kepimpinan ini perlu diterapkan agar para mahasiswa dapat membina keyakinan diri untuk terus terkehadapan.

Galeri gambar :









"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"

Disediakan oleh :

Sabtu, Mac 14, 2015

KEBAJIKAN UKMKL : PERKHIDMATAN BAS HUJUNG MINGGU (PBHM)

13 Mac 2015 - KTSN, saya telah berjumpa dengan Encik Salleh bagi membincangkan tentang perkhidmatan bas hujung minggu kepada semua pelajar KTSN.

Satu kertas kerja cadangan telah disiapkan oleh team suk MPP FSK dan dihantar kepada En Salleh. Penghasilan kertas kerja cadangan ini merupakan kesinambungan kepada soal selidik online yang telah dilancarkan di Voices Of UKM KL pada Disember 2014 yang lalu.
Dapatan soal selidik merupakan antara intipati kertas kerja ini.

Untuk makluman rakan-rakan mahasiswa sekalian,
Perbincangan mengenai PBHM mendapat respon positif En Saleh berkenaan permohonan ini. Beliau akan membawa hal ini dalam meeting bersama pentadbiran nanti.

Selain itu, saya juga telah menyuarakan hal ini kepada TNC HEPA, Prof Datin Aziah berkenaan permohonan bas hujung minggu. Disebabkan kesulitan kita dalam mendapatkan teksi, beliau akan mempertimbangkan hal ini dan cuba mendapatkan perkhidmatan bas hujung minggu untuk memudahkan pergerakan pelajar.



"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"


Disediakan oleh :

KEBAJIKAN : MESYUARAT KHAS KEBAJIKAN BERSAMA PMF, MEP DAN ANAK NEGERI


2 Mac - 4 mac 2015 - UKM Bangi, Mesyuarat khas kebajikan diteruskan bersama wakil PMF, MEP dan Anak Negeri di Kampus Bangi. Mesyuarat ini merupakan salah satu platform kepada PMUKM untuk mendengar sendiri masalah di peringkat mahasiswa. Ini juga merupakan titik permulaan kerjasama diantara PMUKM bersama pihak MEP, PMF dan Anak Negeri.

Secara keseluruhan masalah yang diajukan oleh pihak MEP, PMF dan Anak Negeri adalah berkaitan masalah prasarana di kolej dan fakulti. Hal ini disebabkan, kebanyakan fakulti masih menggunakan infrastruktur lama. Di samping itu, masalah lampu di sepanjang jalan UKM yang tidak berfungsi sehingga membahayakan pelajar khususnya siswi untuk berjalan pulang ke Kolej atau Fakulti.


Selain itu, terdapat aduan berkaitan kafe yang berada di fakulti tidak dapat memenuhi keperluan mahasiswa. Surau juga menjadi salah satu masalah kepada pelajar di Fakulti kerana tempatnya yang kecil dan menyebabkan tidak ramai dapat menunaikan solat dalam waktu yang sama.


Tambahan, masalah pelajar kurang upaya turut diajukan agar diberikan penekanan kepada pelajar OKU yang tidak mendapat keperluan mereka secara sepenuhnya. Seterusnya, masalah berbangkit berkaitan isu jalan, isu air, binatang liar dan sebagainya.

"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"

Disediakan oleh :


KEBAJIKAN : MESYUARAT KHAS KEBAJIKAN KAMPUS KUALA LUMPUR

MESYUARAT KHAS
BIRO KEBAJIKAN DAN PRASARANA PMUKM
BERSAMA PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI, MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KAMPUS KUALA LUMPUR
SESI 2014/2015

22 FEB 2015- Kolej Tun Syed Nasir, pertemuan pertama bersama wakil Majlis Eksekutif Pelajar, Persatuan Mahasiswa Fakulti Kampus Kuala Lumpur bagi membincangkan berkaitan isu kebajikan di sekitar UKMKL. Seramai 15 orang MPP PMUKM dan beberapa orang wakil daripada pihak UKMKL. Mesyuarat khas kebajikan ini dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Yang Dipertua PMUKM, Saudara Muhammad Sallehudin Khalid.




Perbincangan mengenai isu kebajikan di Kampus Kuala Lumpur :

1) Pencerahan mengenai zakat UKM : diajukan oleh wakil PMF Sains Kesihatan
Terdapat beberapa masalah yang timbul berkaitan zakat UKM iaitu seperti tidak ramai pelajar mendapat makluman mengenai zakat UKM dan zakat lambat dikreditkan kepada pelajar.

2) Masalah Perkhidmatan : diajukan oleh YDP PMF Pergigian
Disebabkan semasa waktu cuti pelajar FSK, FFAR, FGG masih tinggal di kolej dan ini menjadi masalah kepada pelajar apabila tiada perkhidmatan bas dan tiada kafe dibuka.

3) Prasarana surau di fakulti dan kolej : diajukan oleh YDP PMF Farmasi
Surau perempuan yang terlalu sempit dan dicadangkan agar adanya penambaikan di surau Fakulti Sains Kesihatan dari segi penghawa dingin dan langsir.

4) Kes kecurian : YDP PMF Farmasi
Masalah kecurian sering dihadapi oleh pelajar Fakulti Farmasi yang kerap kehilangan dompet dan hampir RM6000++ hilang di dalam akaun bank. 

5) Masalah berbangkit : Yuran pengajian, cetakan slip peperiksaan.

Penutup 
Biro Kebajikan dan Prasarana PMUKM akan cuba mencari jalan penyelesaian secepat mungkin berkaitan isu terdekat seperti surau dan zakat.

Mesyuarat berkala kebajikan akan diadakan dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai masalah yang timbul.
"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"