PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Jumaat, Januari 31, 2014

RANKING DAN UNIVERSITI


30 Januari 2014, UKM Bangi -  Warga Universiti Kebangsaan Malaysia mendapat khabar gembira apabila UKM dinobatkan oleh QS World University Ranking sebagai satu – satunnya universiti di Malaysia yang berjaya berada di tangga 50 teratas untuk universiti yang ditubuhkan dibawah 50 tahun. Selain beberapa universiti yang terkeluar daripada ranking tersebut setelah genap 50 tahun penubuhannya, beberapa faktor lain turut menyebabkan UKM berada dikedudukan yang lebih baik. Pada tahun ini, UKM berada di kedudukan 19 berbanding di kedudukan 23 pada tahun lepas.

Sempat saya bertanyakan pandangan beberapa orang pensyarah UKM berkenaan tentang prestasi tersebut. Kejayaan UKM ini sedikit sebanyak disebabkan oleh “paper” ataupun “tulisan ilmiah” yang dihasilkan oleh warga akademik UKM. Status “Research University” yang dianugerahkan kepada UKM menjadi rahsia disebalik kejayaan tersebut. Elemen penyelidikan yang diterapkan melalui senergi pensyarah, pelajar siswazah dan prasiswazah juga telah menyumbang kepada pencapaian tersebut. Senergi ini direalisasikan melalui projek-projek tahun akhir yang dikaitkan dengan projek-projek yang dijalankan oleh pelajar “master” dan PhD. “Projek awak ini meyumbang pada pencapaian universiti jadi pastikan awak buat elok-elok” tegur pensyarah tersebut kepada saya.

Hakikatnya UKM juga bakal menggenapkan 50 tahun penubuhannya dan selapas genap umur tersebut, QS World Ranking ini tidak akan memberikan sebarang nilai kepada UKM. Cabaran dan permasalahan baru perlu dihadapi oleh semua warga UKM agar mampu memastikan UKM terus terkehadapan dan berkemampuan untuk bersaing dengan universiti-universiti lain di dunia. Beberapa aspek perlu diteliti semula, graduan yang dihasilkan perlu lebih “competent”, kajian dan tulisan ilmiah yang diterbitkan perlu lebih kritikal tanpa mebezakan bidang samada sains, teknologi, ekonomi dan juga sastera. Paling penting, suasana universiti perlu “Bertaraf Dunia” bagi memastikan segalanya dapat direalisasikan.

InsyaAllah pada 3 Februari 2014, PMUKM akan bertemu dengan Naib Censelor UKM, Prof. Datuk. Dr. Noor Azlan Ghazali bagi berbincang dan juga bekerjasama dalam segenap lapangan untuk memastikan Universiti Kebagsaan Malaysia yang merupakan universiti kebanggaan rakyat Malaysia terus maju sebagaimana hasrat rakyat diawal zaman 70-an semasa mula-mula UKM ditubuhkan. Perlu diingat ranking yang diberikan hanyalah angka semata, namun nilai dan falsafah sebuah varsiti akan kekal dan terus menyumbang dalam melahirkan manusia kelas pertama. Akhir sekali, marilah kita sebagai entiti UKM berbangga dan terus bekerjasama dalam membangunkan universiti ini.






Mustapha Kamil Husen Bin Abdul Kadir
MPP Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
YDP PMUKM Sesi 13/14





::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Rabu, Januari 29, 2014

PERPADUAN : SELAMAT TAHUN BARU CINA


        Tahun Baru Cina (Chinese New Year) merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Pada tahun 2014 ianya merupakan tahun kuda. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. 
        
         Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. 
        
          Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.
        
          Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. 
         
          Dikesempatan ini kami barisan MPP UKM  mengucapkan Gong Xi Fa Cai atau Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga UKM yang berbangsa cina dan selamat bercuti.



::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::


JALINAN KERJASAMA : LAWATAN PENANDA ARAS MPP UiTM CAWANGAN SARAWAK DI UKM

28 Jan 2014, UKM Bangi - Satu lawatan penanda aras mpp dari Mpp Uitm Cawangan Sarawak telah diadakan di Bangunan Pusanika, Ukm. Lawatan ini dihadiri oleh 26 MPP dari universiti berkenaan bersama seorang pegawai iringan yang diketuai oleh Saudara Mohamad Zharif selaku ketua program. 

Lawatan sekitar 5 jam ini dimanfaat sepenuhnya oleh kedua dua pihak dengan mengadakan proses suaikenal dan perbincangan serius mengenai pembawakan perwakilan pelajar dalam membentuk mahasiswa minda kelas pertama. Yang Dipertua MPP Uitm Sarawak





iaitu Saudara Iqbal telah menyeru agar pimpinan kali ini lebih terbuka dan bersedia dalam memikul tanggungjawab dan sentiasa maju keterhadapan dalam melahirkan mahasiswa minda kelas pertama. Perkara ini disambut baik oleh Yang Dipertua PMUKM, Saudara Mustapha dengan menyatakan bahawa mpp itu sendiri perlu memahami dan mempunyai sifat kesedaran dalam menjalankan amanah yan dipikul.

Selain itu, tambahan idea turut dikongsi oleh NYDP II PMUKM, Saudari Afifah dengan menyatakan bahawa mahasiswa pada era pimpinan kali ini sendiri perlu menelusuri perwatakan holistik yang berterusan dalam melahirkan minda kelas pertama kerana pembentukan minda kelas pertama bukan sekadar terbina secara serta merta bahkan sesuatu yang bersifat secara berterusan sepanjang hayat.

Mengambil idea tokoh yang mencetuskan minda kelas pertama iaitu Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dalam pembentangan beliau dalam RMK Ke-9, pembentukan minda kelas pertama atau pembangunan modal insan ini ditekankan kepada tiga elemen penting iaitu peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, pengukuhan keupayaan sains, R&D dan inovasi, dan pembentukan masyarakat berbudayadan memiliki kekuatan moral. Dalam mencapai ketiga tiga elemen ini, pelbagai program yang berbentuk ilmiah dan santai diadakan untuk mendidik mahasiswa di universiti agar memahami tujuan sebenar mengapa pembentukan minda kelas pertama ini sangat penting dalam kalangan mahasiswa dalam membantu pihak universiti mengangkat martabat IPT yang lebih hebat.

Justeru, kami di pihak PMUKM sangat berbesar hati dengan kunjungan yang diterima dan berharap perkongsian idea yang dijalankan membuahkan hasil serta sedikit sebanyak dapat membantu pihak MPP Uitm Sarawak. Sesungguhnya, universiti adalah sebuah gedung ilmu yang perlu dimanfaatkan oleh seluruh mahasiswa untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu yang ada dan tidak hanya memfokuskan kepada ilmu formal seperti kuliah semata mata bahkan terlibat sama dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 






::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Rabu, Januari 22, 2014

KE MANA HALA TUJU MESYUARAT TNC HEPA IPTA KALI KE 189

Pada 20 Januari 2014, UKM akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Seketariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor/ Timbalan Rektor (HEPA) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ke 189. Mesyuarat ini akan dihadiri oleh semua TNC HEPA seluruh IPTA di Malaysia bersama-sama wakil daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. PMUKM menyambut baik kehadiran seluruh perwakilan tersebut serta berharap mesyuarat tersebut akan berjalan dengan lancar.

PMUKM menegaskan agar mesyuarat tersebut tidak lari daripada fokus utama dalam membincangkan hal ehwal pelajar di IPTA. Dakwaan bahawa mesyuarat tersebut hanya membincangkan soal menghalang kegiatan pimpinan mahasiswa bukan pilihan HEPA dan soal strategi-strategi campur tangan dalam urus tadbir pimpinan mahasiwa selama ini diharap tidak benar.

Agenda utama yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat ini seharusnya berkenaan kegiatan aktiviti pelajar yang menjamin kompetensi dan kehendak industri. Lambakan program di dalam universiti perlu diteliti kerana terlalu banyak program warisan yang tidak memberikan impak dalam proses pembinaan sahsiah pelajar. Apabila dikaji dan diselidik semula, majoriti program-program berbentuk warisan ini hanya membazir kewangan serta keringat. Sumber-sumber kewangan yang ada seharusnya dilaburkan kepada kegiatan aktiviti pelajar yang bersifat “self-govern” dan setaraf dengan aktivisme mahasiswa sedunia.

PMUKM berpandangan adanya beberapa isu kebajikan mahasiswa yang lebih penting untuk dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Antaranya ialah isu yuran universiti yang dijangka akan meningkat pada sesi akan datang. Perkara ini tidak dapat dinafikan berikutan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. PMUKM melihat kenaikan yuran ini akan menganggu perbelanjaan harian mahasiswa/I terutama mahasiswa yang bergantung kepada pinjaman. Selain itu, isu kenaikan harga makanan di dalam kampus yang menjadi bualan hangat dalam kalangan mahasiswa perlu dititik beratkan.

PMUKM mengharapkan agar hasil daripada mesyuarat ini, dapat memberi solusi yang baik terhadap isu-isu mahasiswa tersebut. PMUKM mencadangkan agar perancangan kawalan harga makanan di seluruh IPTA perlu dijalankan dan dikuatkuasakan dengan segera bagi membanteras sebarang kenaikan harga makanan secara mendadak di dalam kampus. Selain itu, sekiranya benar berlaku kenaikan yuran universiti, PMUKM menyarankan kepada pihak pengurusan Universiti agar menyediakan “Blue Print” dalam peningkatan penyediaan kemudahan pelajar atas kenaikan yuran tersebut. Namun, adalah lebih baik sekiranya yuran tersebut mampu dikekalkan.

PMUKM akan mengaturkan perjumpaan bersama TNC HEPA UKM, Prof. Dato’ Ir. Othman A. Karim sejurus selepas mesyuarat tersebut selesai bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting berkenaan isu mahasiswa yang perlu ditangani dengan segera. Justeru, PMUKM mengajak seluruh Presiden/YDP Persatuan Mahasiswa/Majlis Perwakilan Pelajar IPTA agar segera bertemu dengan TNC HEPA masing-masing bagi mendapatkan respon mereka.




Mustapha Kamil Husen Bin Abdul Kadir
MPP Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Tahun 3/4
YDP PMUKM Sesi 13/14

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

PENGANTARABANGSAAN : BERSAMA PIMPINAN MAHASISWA UNIVERSITI KYUNG-IL, KOREA

Sesi perkongsian ilmiah.
20 Januari 2014, UKM Bangi - Satu sesi perkongsian ilmiah di antara Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) bersama wakil pimpinan mahasiswa Universiti Kyung-IL telah diadakan. Sesi perkongsian ini dikelolakan oleh Pusat Hubungan Antarabangsa UKM (PHA UKM). Perkongsian ini juga dihadiri oleh Puan Noor Salini, wakil daripada Jabatan Pembangunan Pelajar (JPPeL), UKM.

Slot perkongsian dimulakan dengan ucapan alu-aluan JPPel dan pembentangan berkenaan sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya, Pengurus Delegasi, Encik Ryu Jang-Ho menyatakan ribuan terima kasih kepada pihak UKM kerana sudi menerima kunjungan mereka. Beliau turut menjelaskan bahawa tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengetahui perlaksanaan pengajian bahasa di Malaysia untuk diguna pakai di Universiti Kyung-IL, dan berpendapat UKM merupakan universiti yang terbaik dalam bidang tersebut. Beliau turut berkata, kepimpinan mahasiswa di Universiti Kyung-IL juga ingin berkongsi dan mempelajari kepimpinan mahasiswa di UKM.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kyung-iL, Saudara Kim Gun-Oh berkongsi tentang pergerakan  persatuan mahasiswa disana. Beliau juga memberi penjelasan lanjut mengenai  aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dan suasana pilihanraya kampus di sana. Seterusnya, Yang Dipertua PMUKM, Saudara Mustapha Kamil Husen dijemput untuk  berkongsi pembawaan PMUKM selama satu sesi, dan memberi penjelasan lanjut  tentang beberapa aktiviti yang telah berjaya diadakan. Pimpinan Mahasiswa Universiti Kyung-IL menyatakan pendirian bahawa penting untuk  mahasiswa terlibat sama dalam merespon isu-isu nasional selain aktif dan produktif dalam menyelesaikan isu mahasiswa di dalam kampus.

Hasil daripada perkongsian ini, PMUKM dapat menyimpulkan bahawa tidak berlaku jurang perbezaan  besar dalam konteks pembawaan pimpinan mahasiswa antara Universiti Kyung-iL dengan PMUKM. Semoga perkongsian ini dapat memberi impak yang positif untuk kedua-dua belah pihak. PMUKM mengucapkan selamat maju jaya buat delegasi Universiti Kyung-iL.




::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Sabtu, Januari 18, 2014

JALINAN KERJASAMA : PENGIKTIRAFAN KEPIMPINAN PMUKM



17 Januari 2014, UKM Bangi - Satu perjumpaan diantara Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) bersama- sama Majlis Perwakilan Pelajar, Darul Quran (MPP DQ) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah diadakan dengan jayanya. Perjumpaan tersebut merupakan satu “benchmarking” daripada MPP DQ terhadap PMUKM berkenaan pembawaan PMUKM sepanjang sesi 2013/2014.

Perjumpaan dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri diantara PMUKM dan MPP DQ, seterusnya YDP PMUKM, Saudara Mustapha Kamil Husen Abd Kadir memberi penjelasan  berkenaan sejarah dan latar belakang penubuhan PMUKM dan perubahan corak kepimpinan yang berlaku bermula dari tahun 1970 sehingga sekarang. Seterusnya YDP MPP DQ, Amirul Rahim menjelaskan agenda yang ingin dibincangkan termasuklah kaedah menguruskan ahli-ahli MPP, pengurusan kewangan dan kaedah menangani isu-isu mahasiswa/i.

Selain itu, pihak PMUKM turut memberi penerangan dan  sedikit nasihat kepada semua barisan MPP DQ agar memberi penekanan dan mendapatkan kefahaman yang jelas berkenaan  dasar atau pembawakan dalam gagasan yang mereka ingin bawa dalam sesi kepimpinan kali ini. Tambahan pula, mereka juga disarankan agar turut serta bersama-sama dalam isu masyarakat agar mereka turut cakna dalam hal kebajikan bukan hanya dalam kampus bahkan juga luar kampus. 

Barisan kepimpinan MPP DQ  turut menyatakan hasrat agar PMUKM mampu memberikan tunjuk ajar dan bantuan kepada mereka terutamanya dalam mengurus organisasi kepimpinan. PMUKM bersedia untuk menjadi “mentor” dan berharap kerjasama yang terjalin mampu menghasilkan feadah bersama.

PMUKM mengucapkan selamat maju jaya kepada MPP DQ.




::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::


Jumaat, Januari 17, 2014

SELAMAT PULANG DAN BERCUTI BUAT MAHASISWA/I UKM

Selamat Bercuti diucapkan kepada semua mahasiswa/i

Gunakanlah masa yang terluang untuk berbakti kepada ibu bapa anda dengan sebaiknya. Jadilah permata yang bersinar bukan sahaja dalam pelajaran, bahkan kaya dengan nilai akhlak yang mulia dan suka membantu antara satu sama lain. Sesungguhnya apa yang kita lakukan pada masa terluang adalah cerminan kepada peribadi kita. Berhati-hatilah menuju ke destinasi masing- masing.

10 TIPS PENGURUSAN MASA :- 

1) Set Matlamat dan strategi
Pastikan apa matlamat kita dalam jangka sama panjang dan pendek. Dengan merancang matlamat tersebut, kita akan tahu apa perlu dicapai dan mengapa perlu kita capai matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat keputusan perkara penting yang perlu diselesaikan.
 

2) Fokus matlamat .
Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan.
 

3) Buat Jadual masa.
Bukankah mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan? Set tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.


4) Utamakan matlamat asal
Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti.


5) Mewujudkan sistem pemfailan
Apabila kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk kita mewujudkan sistem dalam pengurusan masa. Salah satu sistem yang boleh kita wujudkan adalah sistem pemfailan yang teratur, pengurusan maklumat dan komunikasi.


6) Realiti Pengurusan masa kita
Sentiasa renung kembali kepada pencapaian yang kita buat. Sama ada kita melakukan dengan berkualiti atau sebaliknya. Bahagi-bahagikan matlamat yang dicapai dengan matlamat yang belum dicapai boleh memudahkan kita menentukan matlamat mana yang lebih penting.


7) Kerjasama
Apabila melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat terhasil apabila bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih menjimatkan masa, boleh memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh mengembangkan kemahiran masing-masing

8) Pencapaian Lalu
Lihat kembali pencapaian kejayaan kita yang lalu dalam sesuatu kerja. Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai. Bayangkan kita kerja hari ini kerana kita perlu bercuti pada esok hari.


9) Kehidupan harian
Rancang jadual aktiviti harian juga amat penting kerana kehidupan kita ini adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita.


10)Selesaikan tugas hari ini
Cuba selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh. Dengan menyelesaikan tugas pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula. Sebelum meninggalkan tempat kerja, kita perlu rancang apa tugas yang perlu kita lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas yang perlu dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok sebelum balik dari pejabat.

Setiap orang mempunyai bilangan masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Jangan katakan kita tidak mempunyai masa yang cukup kerana dengan pengurusan masa yang bijak memastikan kita boleh bekerja, bersama-sama keluarga serta berehat dan tidur dengan cukup.



Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti