Sarang lebah di Panggung Seni yang dilaporkan. |
UKM Bangi, 28 Mei 2013 – PMUKM telah mendapat aduan
daripada beberapa pelajar UKM berkenaan dengan sarang lebah di bangunan
Panggung Seni UKM. Aduan ini diterima melalui laman sosial rasmi PMUKM. Aduan ini perlu dititikberatkan kerana ia melibatkan keselamatan pelajar terutamanya yang berada berdekatan dengan bangunan tersebut.
MPP Marwan bin Mohd Khir, wakil PMUKM bersama
saudara Jer Shuhn Lee, antara yang melaporkan adua ini pergi mengunjung ke tempat
kejadian. MPP Marwan mendapati terdapat sarang lebah yang sebesar 2 kaki lebih berada di luar tingkap bangunan Panggung Seni UKM.
MPP Marwan menghubungi talian hotline
Bahagian Keselamatan Wisma Aman. En.
Suraimi, wakil pihak keselamatan bergegas datang ke Panggung Seni UKM. Katanya,
“Pihak Keselamatan Wisma Aman akan menyerahkan tugas ini kepada pihak yang
lebih bertanggungjawab iaitu pihak Jabatan Penyelenggaraan & Pembangunan
(JPP) UKM.”
MPP Marwan bersama saudara Jer Shuhn Lee seterusnya
bergegas ke pejabat JPP UKM untuk melaporkan kejadian sarang lebah ini. Pihak
JPP telah mengambil tindakan dengan menghubungi syarikat Plus Care yang
menyediakan khidmat menghapus serangga.
MPP Marwan telah bertemu dengan wakil daripada Plus
Care. Katanya, “Proses penghapusan ini akan dibuat pada waktu malam ini”.
Dengan itu, MPP Marwan berjumpa dengan wakil teknikal Panggung Seni untuk
melaporkan kerja-kerja penghapusan sarang lebah akan dijalankan pada waktu
malam tersebut.
Bagi mahasiswa/i yang mempunyai masalah boleh terus menghubungi mana-mana MPP atau laporkan di laman sosial PMUKM. Jika kecemasan, boleh terus capai ke talian hotline Bahagian Keselamatan Wisma Aman UKM (038-921-4444).
En. Suraimi, wakil Keselamatan Wisma Aman. |
MPP Marwan bersama pegawai JPP UKM. |
Unit Plus Care semasa proses penghapusan serangga lebah. |
Marwan bin Mohd Khir
Pengerusi Biro Penerangan dan Komunikasi
PMUKM 12/13
MPP FST 1/2
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI