UKM Bangi, 20 Mei 2013 – Ekoran banyak
rungutan dan aduan yang dilaporkan kepada pihak PMUKM berhubung dengan
kelewatan pembayaran zakat bagi sesi ini, MPP Tuan Zul Ajma bt Tuan Ahmad telah
mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak Unit Zakat UKM.
Encik Hafizi Mohd Nor Anawar, menjelaskan berkaitan
dengan permohonan zakat pada bulan Mac yang lalu, pembayaran telah dibuat
dengan menggunakan perantaraan akaun bank masing-masing seperti CIMB ,BSN dan
BIMB. Namun begitu, terdapat sedikit masalah dengan cek yang BIMB, oleh itu cek
tersebut terpaksa dipulangkan kembali dan diproses semula. Oleh itu, para
pemohon yang menggunakan akaun Bank Islam perlu bersabar untuk sedikit waktu
kerana proses ini mengambil masa beberapa mingggu. Tetapi pengguna akaun lain
telah menerima bayaran pada awal bulan Mei yang lalu.
Manakala, permohonan pada bulan April juga
mengalami nasib yang sama tetapi ia berhubung dengan masalah sistem dan
pertukaran bahagian beberapa kakitangan di Jabatan Bendahari. Oleh itu,
permohonan pada bulan April, Mei dan baki permohonan pada bulan Mac akan dibuat
pembayaran selewat-lewatnya sebelum peperiksaan akhir semester.
Beliau juga mengingatkan kepada
pelajar-pelajar yang ingin memohon perlu membuat permohonan zakat sebelum
30 Mei 2013.
Selain itu, tahniah diucapkan kepada penerima
zakat Bank Islam Malaysia yang berjumlah 25 orang kerana telah berjaya
ditawarkan zakat dengan jumlah yang agak lumayan. Nama-nama penerima yang
berjaya ditawarkan zakat tersebut akan dihubungi oleh pihak Unit Zakat UKM.
Sekian.
Tuan Zul Ajma Tuan Ahmad
Biro Sukan dan Kebudayaan
PMUKM 12/13