Rabu, September 17, 2014

KEBEBASAN AKADEMIK DAN AKTA HASUTAN 1948


Apakah Kebebasan akademik dan Akta Hasutan 1948 ?


Bagaimana impaknya terhadap mahasiswa, ahli akademi dan orang awam ?

Beberapa hari yang lalu Saudara Fahmi Zainol, Presiden PMUM telah mengundang Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) untuk bersama-sama mahasiswa UM menyatakan solidariti berkenaan dakwaan akta hasutan terhadap pensyarah UM, Prof Madya Dr Azmi Sharom

Walaupun terdapat sedikit masalah untuk menghadiri jemputan khas itu, kami diperingkat PMUKM menyatakan pendirian bersama-sama mahasiswa Universiti Malaysia (UM) yang bersolidariti tempoh hari menyokong usaha membantah dakwaan yang dikenakan terhadap PM Dr Azmi Sharom dan ahli akademik yang lain. Dakwaan yang dikenakan ini adalah berikutan usaha mereka dalam menyatakan pandangan sebagai ahli akademik terhadap masalah yang berlaku di dalam negara. Tidak semena-mena akibat lontaran pandangan tersebut, mereka dikenakan hukuman denda dan penjara. Jelas padangan dan hasutan itu suatu perkara yang berbeza dari sudut perkataan mahupun ertinya.

PMUKM amat menyokong kebebasan akademik yang diterapkan di UKM ini. Oleh itu, PMUKM menyeru seluruh mahasiswa UKM, UM dan semua mahasiswa/i lain mengambil langkah proaktif dalam memahami isu ini dengan lebih terperici. 







Syed Najib Syed Yahya

MPP Fakulti Pendidikan
Biro Sukan dan Kebudayaan PMKM Sesi 13/14





::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti ::