Sabtu, September 20, 2014

PMUKM TURUN KKM PANTAU ISU KEBAJIKAN PELAJAR

14 september 2014, UKM Bangi - PMUKM bersama beberapa orang rakan PMUKM telah turun melawat ke Kolej Keris Mas bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat berkenaan beberapa isu kebajikan yang sedang melanda warga kolej tersebut. Terima kasih diucapkan kepada lebih 100 orang responden KKM yang telah memberi kerjasama yang baik dalam lawatan PMUKM tersebut.








Hasil daripada sesi pemantauan kebajikan ini sememangnya telah memberi maklumat yang solid bagi pihak kami mendapatkan kepastian kata-kata daripada Pengetua KKM iaitu Prof. Madya Dr. Muhammad Hussin. Beliau yang sebelum ini menyatakan bahawa majoriti warga KKM bersetuju dan berpuas hati terhadap peraturan baru yang ditetapkannya nyata begitu bercanggah dengan maklumat yang kami perolehi.



Penurunan harga sewa kolej dilihat merupakan petanda baik daripada pihak pentadbiran kolej. Namun, dengan penurunan tersebut, kami yakin pelajar-pelajar tidak akan mudah kabur dan bersetuju dengan bayaran-bayaran lain yang mereka perlu lakukan.



Kami di pihak PMUKM akan terus berusaha membantu warga Kolej Keris Mas agar tidak terbeban dengan peraturan-peraturan yang dilihat tidak relevan serta menyusahkan pelajar. Apatah lagi sekiranya peraturan tersebut dilihat terang-terangan banyak menyeluk saku pelajar KKM.


Seterusnya, segala maklumat ini akan kami bawa dalam perbincangan bersama Felo serta MEP KKM yang akan diadakan secepat mungkin. Diharapkan, mereka turut memberikan kerjasama yang baik bagi kesejahteraan warga KKM khususnya.

Tindakan susulan daripada : 
 1SISTEM PINTU BERPALANG TIDAK RELEVAN, PMUKM TUNTUT PENANGGUHAN
 2. ISU PINTU BERPALANG KKM : PMUKM SAMPAIKAN PADA NC UKM DAN PENGETUA KKM





Mohd Salehuddin Bin Khalid
MPP Umum Tahun 3/4
NYDP 1 PMUKM Sesi 13/14






::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::