SUMBER : Blog GMUKM
Telahan awal Wartawan GMUKM berkenaan 'perkara-perkara pelik' sepanjang MMP nyata kian terbukti dengan beberapa tindakan 'kebudak-budakan' pihak pentadbiran melalui jentera Aspirasi yang bertindak menggunakan platform Pemudah Cara (PC) MMP.
Telahan awal Wartawan GMUKM berkenaan 'perkara-perkara pelik' sepanjang MMP nyata kian terbukti dengan beberapa tindakan 'kebudak-budakan' pihak pentadbiran melalui jentera Aspirasi yang bertindak menggunakan platform Pemudah Cara (PC) MMP.
Antara 'perkara pelik' yang telah dijangka seperti memburuk-burukkan GMUKM sebagai persatuan pelajar tidak sah, berhaluan kiri, radikal, ganas dan tidak mengikut prosedur. Turut dikaitkan bersama persatuan Ikatan Studi Islami Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) yang dikatakan pro-pembangkang dan suka melawan pihak pentadbiran dengan menganjurkan 'program-program sensitif'. Terbaru, ISIUKM dikatakan salah satu 'cawangan JI di UKM' yang kini hangat diperkatakan di media-media massa.
Justeru, sepanjang MMP ini, para Pemudah Cara (PC) diarahkan untuk memantau aktiviti GMUKM di samping mengenalpasti 'figure' yang berpotensi mencetuskan isu-isu mahasiswa. Dan terbaru, Wartawan GMUKM mendapat maklumat, para Pemudah Cara diarahkan 'tidak mempedulikan' MPP Mahasiswa yang mewakili GMUKM dalam Pilihanraya Kampus, awal tahun ini.
Hal ini disahkan Pengerusi Angkatan Siswi Dinamis (AKSIS) , saudari Nabilah bt Mohamad Maiyidin yang juga merupakan MPP Umum yang sempat meninjau perjalanan Minggu Mesra Pelajar (MMP) yang bermula semalam.
" PC-PC seolah-olah diarahkan untuk tidak bekerjasama dengan MPP Mahasiswa. Setiap soalan yang diajukan, dijawab macam acuh tidak acuh saja. Bukan kita pinta untuk dilayan seperti seorang wakil rakyat, tetapi cukuplah kehadiran kita tidak dipandang sepi saja."
" Kami dipilih oleh rakan-rakan dalam PRK lepas. Kami memikul amanah dari rakan-rakan. Kehadiran kami adalah sama-sama untuk membantu pihak pentadbiran melalui PC, bagi melicinkan perjalanan program. Kami bukan hendak bikin kacau program (di) DECTAR. " sambung MPP Nabilah lagi dengan nada kesal semasa dihubungi Wartawan GMUKM.
Dalam pada itu, MPP Wan Ahmad Fahmi yang sempat menghadiri beberapa slot di DECTAR sejak semalam juga memaklumkan kepada Wartawan GMUKM, terdapat beberapa insiden yang jelas PC yang secara tidak langsung tetapi kelihatan sengaja merendah-rendahkan imej GMUKM dan ISIUKM yang dikatakan 'golongan haluan kiri' dan 'selalu melanggar peraturan' dalam sembang-sembang dengan beberapa orang mahasiswa baru. Saudara Fahmi yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian segera menegur PC tersebut untuk tidak berlaku demikian kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah dan persepsi buruk di peringkat mahasiswa yang baru ingin mengenali persatuan di UKM.
GMUKM yang sudah menjangkakan akan terjadi beberapa insiden 'pelik' dan 'kebudak-budakan' kini sedang mengumpul maklumat daripada MPP-MPP Mahasiswa yang hadir dalam slot-slot MMP yang kini sedang berlangsung. Untuk rekod, MPP Mahasiswa menghimpunkan empat belas orang MPP yang dibarisi tujuh orang lelaki dan tujuh orang perempuan. Blog rasmi bagi MPP Mahasiswa boleh dilawati di http://www.pm-ukm.blogspot.com