PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Khamis, Mei 21, 2015

PIDATO UKM 45

:: VARSITIKU HARI INI ::
"Tanggal 18 Mei 2015 membuktikan usia UKM berusia 45 tahun. PMUKM mengambil inisiatif untuk melancarkan "Kempen UKM Tercinta" bagi memanifestasikan cinta kita sebagai warga UKM kepada universiti ini. PMUKM berharap kempen ini dapat menyedarkan dan menambah rasa kasih dan sayang kita semua kepada universiti tercinta ini."
Alhamdulillah, hari ini PM Ukm berjaya mengadakan PIDATO UKM 45 bersempena meraikan ulang tahun ke -45 UKM. Tahniah kepada para pemidato yang sudi berpencak di Pentas Pidato Mahasiswa (Sudut Pidato, Kiosk FEP) pada hari ini.
Terima kasih kepada pengerusi tetap Pentas Pidato Mahasiswa : Farhana Nuratiqah Redzuan
Tahniah dan terima kasih buat pemidato :
Pertama Siti Zahidah Kosran
Kedua Hasan Elkalantani
Ketiga Fasha Abdullah




Dan penyampaian Sajak nukilan Shafie Abu Bakar daripada kami , MPP Siti Nor Bahijah dan MPP Nurul Syifa Mohd Shukri khas buat UKM heart emoticon


Antara wakil mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya memanifestasikan rasa cinta mereka buat UKM. ‪#‎UKMtercinta‬ ‪#‎DemiUKMtercinta‬
Penubuhan UKM ini telah disulami dengan pasak yang jelas iaitu Falsafah UKM yang menjadi kebanggaan warga Universiti. ‘Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan’ Universiti’ adalah jelas implementasi visi yang jelas yang mudah dihadami setiap warganya agar bergerak seiring dengan hasrat mulia pelopor penubuhan UKM suatu ketika dahulu yang menginginkan sebuah ‘Universiti Islam bercorak Kebangsaan’.
Terima kasih kepada semua yang hadir.




Rabu, Mei 20, 2015

Diskusi Ilmiah : Falsafah UKM

Pujian pertama kepada PMUKM, atas usaha yang murni dan harmoni meneruskan kelangsungan wacana intelektual pada malam ini. Alhamdulillah tiada tangan-tangan yang sudi menyekatnya. Mungkin atas slogan UKM Tercinta yang dibawa oleh PMUKM sempena 45 tahun penubuhan UKM.
Prof Dr Che Husna Azhari, memulakan perjalanan diskusi menceritakan proses pensejarahan tertubuhnya UKM yang didasarkan atas kesedaran untuk mendaulatkan Bahasa Melayu ( bukan Bahasa Malaysia ) di negara ini dan juga meningkatkan nilai ekonomi bahasa ini. 18 Mei 1970, lahirlah Universiti Kebangsaan Malaysia ( bukan Universiti Kelantan Malaysia ), dengan penerapan unsur antaranya menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia yang tunggal, mempererat hubungan antara kaum, penawaran ilmu-ilmu untuk pembangunan negara, pengeluaran siswazah yang berpadangan dan berfikiran luas dan lain-lain.

Mengikut catatan sejarah, Pendeta Za’ba ( pada tahun 1917 ) merupakan cendekiawan Melayu yang pertama (1917) menyarankan penubuhan universiti berbahasa melayu bagi menampung keperluan pelajar-pelajar sekolah melayu. Kemudian, A. Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu pada 1920-an, menyuarakan perlunya sebuah universiti yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Dua tokoh utama, yang sentiasa diulang sebut oleh Prof Husna dalam meniliti pensejarah tertubuhnya varsiti ini.

Prof Wan Mokhtar ( suami Prof Husna ) , turut sama hadir sebagai panel diskusi malam ini, membuat penghuraian yang begitu karismatik dan tersusun berkenaan Falsafah UKM. “ Paduan antara IMAN kepada ALLAH dan ILMU yang bermanfaat serta gabungan antara teori dan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, dan proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti ”. Allah merupakan kalimah utama yang ditekankan dalam perbahasan dan penfsiran falsafah terangung univerisiti ini. Satu kalimah yang jelas menunjukkan keteguhan tanpa segan silu dan malu perlu tertegaknya kalimah tersebut dan persuratannya di muka bumi intelek ini.

Setiap kalimah yang digazekkan pada falsafah yang tertera mempunyai proses kesinambungan maknanya yang tersendiri. Menekankan soal keilmuan dan kaitannya dengan keimanan serta pembinaan dan penghasilan para graduan yang mempunyai semangat setia dan sayang terhadap pembangunan univeristi ini. Antara kritikan yang turut sama dibincangkan dengan disertai ruang “tanya dan jawab” antara panel dan pendegar, adalah melihatkan pendidikan untuk mengenal Allah yang sudah tidak diPerdanakan di UKM. Sebaliknya melihat proses pensekularan (penginjilan dan kristianisasi) yang sedang mencucuk sedikit demi sedikit jarumnya dalam sekitar kehidupan pentadbiran dan mahasiswanya ketika ini.



Ini sekadar perkongsian yang amat ringkas untuk bacaan umum, yang penting harus difikirkan, kemana perginya pembumian erti agung falsafah UKM dalam proses pendidikan, pembelajaran dan pensyarahan oleh para cendekiawan kini di ukm dan nasib minda mahasiswa yang menerima proses pembelajaran tersebut pada ketika ini.


Nukilan : SHABIL MUHAFIZ
Fakulti Pengajian Islam
Tahun 1

Sabtu, Mei 16, 2015

MANIFESTASI HARI PENDIDIK DAN HARI BELIA

Tema Hari Guru 2015 iaitu pada tahun ini adalah “Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”. Amat bertepatan sekali dengan kehendak semasa agar pembentukan akhlak pelajar harus seiring dengan ilmu yang diperolehi di sekolah. Inilah cabaran guru/pendidik di abad ke-21 ini. Tema Hari Guru 2015 tahun ini yang dilihat lebih menumpukan kepada aspek pembentukanakhlak dan sahsiah anak didikan berteraskan ilmu dilihat bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa masyarakat sekarang. Sememangnya kita semua tahu apa guna lahirnya individu yang bijak tanpa ada akhlak yang berkualiti tinggi

Demi melahirkan modal insan yang mampu menjadi pemangkin pembangunan negara pada masa depan, adalah amat penting untuk kita menyedari hakikat keberkesanan input daripada warga pendidik dalam melahirkan individu yang diidamkan. Perkara ini perlu diambil serius, agar insan yang diimpikan bukan sekadar terbentuk di dunia khayalan bahkan secara realiti mampu untuk menggalas tugas memimpin negara pada masa depan. Jika semalam, belia diseru untuk menjadi kreatif dan inovatif, maka hari ini, guru seharusnya membantu dalam usaha mencapai harapan tersebut.

"Bersempena Hari Belia yang jatuh pada 15 Mei dan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun, PMUKM mengucapkan selamat hari guru buat semua warga pendidik dan selamat hari belia buat seluruh warga belia Malaysia. Moga-moga setiap belia mampu untuk menjadi pendidik kepada masyarakat."

Nantikan sambutan kami sebagai tanda penghargaan PMUKM kepada semua warga pendidik UKM.

MUHAMMAD SALLEHUDIN KHALID
YDP PMUKM 2014/2015


#PMUKM
#HARIGURU
#HARIBELIA