PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Ahad, Januari 25, 2015

PERSONALITI VARSITI : MILIKI SIKAP "AMBIL TAHU"

22 Januari 2015 - Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia di dada akhbar, ruangan "Personaliti/Siswa" Berita Harian.

Antara petikan dari akhbar Berita Harian :

[MILIKI SIKAP "ambil tahu"]

"Kehidupan seorang mahasiswa bukan hanya berkisar pada 3K iaitu Kolej, Kedai makan dan Kuliah semata-mata, sebaliknya aktiviti luar kuliah turut membawa untuk menjadi insan produktif, proaktif dan progresif yang cakna terhadap isu semasa, tempatan dan antarabangsa" kata personaliti Varsiti minggu ini, Muhammad Sallehudin bin Khalid.

[Semangat Kerja]

Katanya, mahasiswa juga perlu bijak membahagikan masa untuk aktiviti luar kuliah dan akademik demi memastikan pencapaian seimbang antara kedua-dua bidang.

"Sebagai contoh, pembabitan mahasiswa dalam melaksanakan sesuatu program khususnya yang berskala besar dan berimpak tinggi memberi kesan signifikan terhadap aspek kepemimpinan dan semangat kerja berkumpulan.

"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"

Jumaat, Januari 23, 2015

OPS BANJIR PMUKM : MISI BANTUAN BANJIR KE GUCHIL, KUALA KRAI

Oleh : Usamah Kamarudin
Ketua Operasi Banjir PMUKM

19 - 21 Januari 2015, Kuala Krai - Sukarelawan PMUKM dengan kerjasama Inspirasi Pencetus Ummah dan Imam Muda dengan kekuatan seramai 60 orang terdiri daripada 54 lelaki dan 6 mahasiswi UKM telah bergerak ke Kampung Guchil, Kuala Krai Kelantan. Daripada pihak PMUKM, seramai 5 orang MPP turut serta dalam misi bantuan banjir iaitu MPP Muhamad Sallehudin bin Khalid, MPP Hafiz bin Ismail, MPP Usamah bin Kamarudin, MPP Siti Nor Bahijah Mohd Zaki dan MPP Nur Hanis Abd Wahid. Terdapat beberapa pelajar dari Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah yang turut sama menyumbang tenaga bagi Ops Banjir PMUKM pada sesi kali ini.

Misi Bantuan Banjir ini lebih tertumpu di Kampung Guchil yang merupakan anatara tempat paling teruk dan paling banyak rumah roboh dan hancur. Dimana, bilangan kerosakan yang berlaku lebih teruk dari Manek Urai. Justeru itu, dalam misi kali ini pihak operasi banjir menfokuskan agar melakukan kerja-kerja pembersihan disekitar Kampung Guchil.

 Kawasan-kawasan ini merupakan antara tempat yang mengalami kerosakan teruk terutama kediaman mereka musnah sama sekali serta kemudahan awam termasuk stesen kereta api, sekolah, tadika, balai polis serta tempat permainan kanak-kanak. Kami amat bersyukur melihat reaksi penduduk yang menyambut baik dengan kehadiran sukarelawan ke tempat mereka dan sedikit sebanyak memberi kelegaan apabila menerima bantuan yang amat diperlukan terutama barang masakan, selimut, pakaian, dan bahan mentah.

Alhamdulillah, inisiatif PMUKM dalam menubuhkan ahli sukarelawan ini sedikit sebanyak dapat sama-sama meringankan bebanan masyarakat di luar sana. 

Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh mahasiswa dan sukarelawan dari seluruh negara agar dapat sama-sama membantu mangsa banjir serta terus menghulurkan bantuan kepada mereka agar dapat mengembalikan semula senyuman mereka kelak. Semoga usaha yang dibuat ini akan menjadi teladan buat mahasiswa dan masyarakat diluar sana. 

MAHASISWA PRIHATIN. JOM TURUN KE LAPANGAN !

"MEMPERKASA MAHASISWA, MENERAJU VARSITI"

Gambar di sekitar Misi Bantuan Banjir PMUKM :





Isnin, Januari 19, 2015

SUKARELAWAN BANJIR : TUMPAT, KELANTAN

Oleh : MOHAMMAD FAUZI MOHD ZUBIR
Biro Penyelidikan dan Inovasi


Alhamdulillah,usai sudah saya bersama-sama MPP shukri Johari menjalani aktiviti ziarah kesukarelawanan di Tumpat Kelantan bersama pemimpin- pemimpin mahasiswa dari UIA, UTM, UiTM, UPM dan UMK. Di sini kami bersama-sama bergerak ke Sekolah Kebbangsaan Sri Kampung Laut Tumpat kelantan bagi membersihkan kawasan taman di sekolah terbabit yang mempunyai mendapan lumpur setebal lebih kurang satu kaki.


Seterusnya kami bersama-sama mengedarkan bekalan makanan kepada masyarakat kampung di Tumpat di rumah ketua kampung kawasan terbabit. Kehadiran kami disambut baik oleh masyarakat di sini dan dapat dilihat mereka amat memerlukan barang-barang keperluan asas seperti beras,gula dan susu bayi,seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Madrasah Islamiah Ahbabul Mustafa bagi memenuhi jemputan daripada madrasah terbabit untuk meraikan kami tetamu yang datang dari jauh.

Keterbukaan rakyat kelantan dalam menerima tetamu amat mengembirakan kami. Walaupun ditimpa bah besar,mereka tetap menerima kedatangan kami dengan tangan terbuka, sungguh indah akhlak masyarakat di sini.

19/01/2015, sebelum berangkat pulang ke UKM, saya dan beberapa sahabat meneruskan misi kebajikan di pasar siti khadijah..berbekalkan 2 beg plastik diisi keropok dan jajan. Kami mahasiswa mencari anak-anak kecil di sana untuk memberi hadiah bagi menggembirakan warga Kelantan lebih-lebih lagi anak-anak kecil yang terkesan daripada bah besar.

Diharap pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dapat menggunakan masa cuti yang berbaki ini dengan menyertai aktiviti-aktiviti berfaedah di samping berbakti kepada masyarakat. Teruskan tembakan doa kalian terhadap mangsa banjir.

Terima kasih kepada YAYASAN MINDA, terima kasih BIRO SUMBER MANUSIA DAN KHIDMAT KOMUNITI PMUKM, terima kasih kepada semua mahasiswa yang membantu.

"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"









STUDY TOUR : LAWATAN DARI UNIVERSITAS MULAWARMAN BORNEO-TIMUR, INDONESIA

Oleh : Siti Nor Bahijah Mohd Zaki
Naib Yang Dipertua II 
MPP Umum 3/4
19 Januari 2015, Bangi - PMUKM telah menerima kunjungan dari UNIVERSITAS MULAWARMAN BORNEO-TIMUR, INDONESIA. Seramai 25 orang pelajar bersama 2 orang pensyarah pengiring dalam program lawatan tersebut.

Para pelajar dan pensyarah pengiring tiba ke UKM pada jam 9.00 pagi dan terus berkumpul di bahagian Galeri Canselori untuk dibawa melawat ke Arkib UKM dan Muzium Akademik UKM. Lawatan ke Arkib dan Muziun Akademik UKM diketuai oleh pegawai Muzium sendiri dengan menceritakan serba ringkas sejarah tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia.

Seterusnya, lawatan ke Perpustakaan Tun Sri Lanang yang diketuai sendiri oleh para MPP PMUKM yang juga turut hadir untuk sama-sama melancarkan "study tour" tersebut. Diskusi diantara PMUKM bersama pelajar Indonesia turut diadakan di Bilik Sanggar, PTSL. Perbincangan ringkas daripada wakil MPP iaitu Yang Dipertua PMUKM , saudara Muhamad Sallehudin bin Khalid dan saudara Hazim Putra yang berkongsi berkaitan akademik UKM, sejarah fakulti masing-masing dan kebolehpasaran pelajar luar untuk melanjutkan pelajaran ke UKM. Alhamdulillah, pelajar Indonesia memberikan respon yang baik untuk cuba turut sama melanjutkan pelajaran ke UKM suatu hari nanti.

Ucapan penutup yang diwakili oleh Pensyarah Universitas Mulawarman menamatkan sesi lawatan PMUKM pada hari ini. Semoga perjumpaan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.







"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"