PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Jumaat, Julai 18, 2014

MPP FKAB 1/2: MANIFESTO BERJAYA DI MANIFESTASIKAN


18 Julai 2014, UKM Bangi - MPP Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina tahun 1/2 merangkap Biro Media dan Penerangan PMUKM, Ahmed Amri Bin Zulkafli telah berjaya melaksanakan manifestonya. Pada 3 Julai 2014 lepas, MPP FKAB 1/2 telah membuat perjumpaan dengan Timbalan Dekan Prasiswazah dan Alumni, Prof. Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Ihsan untuk membincangkan berkaitan kebajikan pelajar FKAB.


       Pada jumpaan ini juga dengan secara rasminya, pihak pentadbiran fakulti telah meluluskan permohonan bilik perbincangan untuk kegunaan pelajar. Sehubungan dengan itu, bilik perbincangan ini akan dibuka untuk kegunaan pelajar pada semester depan. "Dengan adanya bilik perbincangan ini, gunakanlah dengan baik dan bertanggungjawab" kata Prof. Dr. Ahmad Kamal Ariffin. 


       Terdapat 2 bilik perbincangan, salah satunya boleh memuatkan seramai 9 orang dan satu bilik lagi 5 oramg. Selain itu, terdapat satu ruang bacaan yang boleh memuatkan banyak buku rujukan. Tempahan dan masa pengunaan bilik ini akan diuruskan oleh Exco PEMATRA.  






   
           Selain itu, MPP Amri juga telah memohon kepada unit ICT fakulti untuk meluaskan liputan wifi tetamu hingga ke DK5 dan DK6 untuk kemudahan pelajar. Menurut unit ICT fakulti "access point " wifi tetamu di DK5 dan DK6 telah lama rosak. Penyelenggaraan wifi tetemu sedang dilakukan oleh unit ICT.


Ruang bacaan



Ruang perbincangan





Ahmed Amri Bin Zulkafli
MPP Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Tahun 1/2
Biro Media dan Penerangan PMUKM Sesi 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Selasa, Julai 15, 2014

PETUNJUK DARIPADA NUZUL ALQURAN

15 Julai 2014, UKM Bangi - PERISTIWA Nuzul al-Quran adalah antara perkara penting yang harus diingat dan direnung oleh setiap Muslim. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad saw.

        Bermula dengan peristiwa inilah, zaman jahiliah yang diliputi kegelapan disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah kepada bertuhankan Allah yang Esa. Dalam erti kata lain, peristiwa Nuzul al-Quran menjana perubahan dan membina peradaban umat. Allah berfirman dalam surah al-Anbia, ayat 108, bermaksud: "Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."

        Mafhum daripada ayat ini menjelaskan bahawa, melalui utusan Nabi Muhammad yang diangkat oleh Allah sebagai Rasul, Baginda menjadi rahmat bagi seluruh alam kerana membawa petunjuk (al-Quran) yang memandu manusia ke jalan yang selamat dan sejahtera. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Disebabkan keutamaan inilah, al-Quran berbeza daripada kitab lain yang diturunkan kepada nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad.

       Sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat terbesar yang dianugerahkan Allah kepada Rasulullah dalam menghadapi cabaran ketika menyebar dan menegakkan syiar Islam. Ketabahan Baginda berjaya mengubah bangsa Arab yang suatu ketika dulu hidup tanpa pedoman, jauh daripada hak dan kebenaran dengan meniupkan roh semangat al-Quran. Peristiwa Nuzul al-Quran perlu diingati dengan penuh keinsafan oleh umat Islam. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah daripada tempat yang terletak di sebelah atas ke tempat di sebelah bawah. ‘Al-Quran’ pula bererti bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia.

       Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu, terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muammalat dan sebagainya. Peristiwa Nuzul al-Quran mengubah dan membina peradaban umat. Perkara ini kerana al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu adalah perkara benar dan tidak perlu diragui oleh manusia.

         Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq. Firman Allah bermaksud: "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia yang mengajarkan (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

          Sehubungan itu, peristiwa Nuzul al-Quran seharusnya dihayati oleh umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah. Bahkan, ia dilihat sebagai asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad serta keyakinan bahawa Islam itu adalah agama benar, satu-satunya agama yang diredai pada sisi Allah. Dengan berlakunya Nuzul al-Quran, hala tuju kehidupan manusia menjadilebih kemas dan jelas dengan berpandukan petunjuk dan pedoman yang diwahyukan oleh Allah. Banyak keterangan dalam al-Quran dan hadis bahawa al-Quran adalah kitab petunjuk atau pedoman ke arah mencapai darjat muttaqin, iaitu orang yang bertakwa. Firman Allah yang bermaksud: "Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa." (Surah al-Baqarah, ayat 2).

           Al-Quran diturunkan oleh Allah bukan sekadar untuk dibaca atau dilagukan semata-mata, tetapi apa yang lebih utama menjadikannya sebagai panduan dan pedoman sepanjang hayat. Itu sebabnya al-Quran dikatakan sebagai iman bagi umat Islam. Al-Quran, di samping membawa maksud kitab bacaan, juga dikenali sebagai al-Nur, al-Furqan, al-Zikr dan sebagainya secara tidak langsung menunjukkan peranannya yang sangat istimewa. Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Justeru, bagaimana seharusnya sikap kita agar al-Quran itu boleh berperanan sebagai cahaya menerangi hidup dan pembeza antara hak dan batil serta memberi peringatan? Bolehkah al-Quran berperanan sebagai cahaya penerang dan pembimbing hidup jika kita tidak memahami isi kandungannya?

         Kalau tujuan utama manusia dijadikan oleh Allah untuk memperhambakan diri kepada-Nya iaitu dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya, maka penghambaan kita kepada Allah tidak akan sempurna tanpa memahami kehendak-Nya. Demikian juga penghambaan kepada Allah tidak akan sempurna melainkan selepas difahami dan diamalkan kehendak-Nya kerana semua kehendak Allah itu tercatat dalam al-Quran.




Siti Nor Bahijah Mohd Zaki
MPP Umum Tahun 1/2
Biro Penerangan dan Komunikasi PMUKM Sesi 13/14


::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Rabu, Julai 09, 2014

GAZA MENANGIS DAN BERDARAH LAGI

9 Julai 2014, UKM Bangi - Jalur Gaza adalah sebuah wilayah di Palestina, luasnya sekitar 365 km persegi, dihuni oleh sekitar 1.5 juta orang, sangat terkenal kerana perjuangan rakyatnya yang gigih dan tidak kenal lelah melawan penjajah Zionis Israel.

sekian waktu,
engkau menangis lagi,

merintih, memohon keajaiban berlaku
Ya Allah, bantulah rakyat palestin daripada cengkaman Yahudi si penjajah laknatullah.
Gaza bermandi darah lagi!
terdengar jeritan di sana sini.

Israel kian angkuh dengan penindasan yang dilakukannya terhadap bumi Gaza dan rakyatnya. Ketegangan semakin meningkat hingga ke hari ini ekoran berita serangan udara Israel di Gaza. Perjuangan Palestin akan terus menghadapi serangan zionis terhadap bangsa Palestina di Tebing Barat dan Gaza. Mewakili mahasiswa, kami menyeru kepada pimpinan Palestin dan Liga Arab serta dunia Islam dan masyarakat antarabangsa untuk menekan penjajah zionis agar menghentikan serangan mereka dan mengembalikan hak-hak Palestin kepada pemiliknya.



Kepada seluruh Mahasiswa, ayuh bersama-sama menunjukkan kecaknaan anda terhadap isu sensitif ini. Kagum dengan mereka yang turut merasai kehangatan kekejaman Israel. Namun saya masih bimbang akan kita yang diserang, telah diserang sejak sekian lama, dan sentiasa diserang dengan pelbagai ideologi. penjajahan pemikiran, emosi, sikap kita dan hati kita. Mungkin kita terpaksa menghitung diri kita semula selepas ni? serangan saraf yang lebih berbahaya dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Renungan.

Ketika Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawwuf yang masyhur) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepadanya?

Beliau menjawab : kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hak-Nya
2. Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya
4. Kamu telah makan nikmat-nikamat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya
5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tapi kamu tidak lari daripadanya
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tapi kamu tidak bersedia baginya
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Siapakah yang mahu menghibur rakyat Jalur Gaza yang sedang menangis agar dapat tersenyum? Siapakah yang mahu menghapus linangan “air mata darah” yang membasahi bumi para Nabi?



Siti Nor Bahijah Mohd Zaki
MPP Umum Tahun 1/2
Biro Penerangan dan Komunikasi PMUKM Sesi 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::





PT3 BUKTI KERAJAAN MASIH TIDAK BERSEDIA

9 Julai 2014, UKM Bangi - PT 3 yang memerlukan pelajar Tingkatan 3 di Malaysia untuk menjalankan “Kes Kajian” bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi telah dimulakan pada 1 hingga 18 Julai 2014. Sistem ini diperkenalkan seawal 2011 yang mana PMR akan digantikan dengan PBS. Kerajaan telah melaksanakan beberapa penambahbaikan terhadap PBS setelah didesak hebat oleh rakyat dengan harapan kes sedemikian tidak akan berulang kembali. Namun, PT 3 yang disahkan pada 31 Mac 2014 memberikan kejutan besar buat pelajar-pelajar, para cikgu dan ibu bapa. Justeru, persoalan “kesediaan kerajaan” menjadi tanda tanya semula.

Tidak dinafikan sistem tersebut merupakan langkah yang baik untuk menjamin kualiti pendidikan negara pada masa akan datang. Namun, perlaksanaannya melalui makluman yang sangat lewat mendatangkan permasalahan besar terhadap pihak yang terlibat. Sebagai contoh, para cikgu memerlukan masa untuk memahamkan sistem tersebut kepada para pelajar, para pelajar perlu didedahkan dan dibiasakan untuk memahami kaedah soalan dan pemarkahan. Selain itu ibu bapa perlu mendapatkan kefahaman agar mereka berupaya memberikan bantuan secukupnya kepada anak mereka yang terlibat.


PMUKM bersama MPP ITPA/S lain dan beberapa IPGM telah menyempurnakan kertas kerja untuk dibentangkan semasa Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan pada bulan Mei 2014. Kertas kerja tersebut bertajuk PPPM: Kesediaan Malaysia ke arah Mencapai Pendidikan Berkesan dan telah dibentangkan di hadapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin. Kertas kerja tersebut memohon agar kerajaan mampu mengemaskini sistem pendidikan dengan lebih sistematik dan teratur agar “kes-kes ekor” seperti permasalahan PBS tidak akan berulang kembali. Respon YAB pada waktu itu mengatakan kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang telah diselaraskan di dalam PPPM 2013-2025.


Justeru, maklum balas awal yang berjaya dikesan seperti mana yang telah disenaraikan oleh Ahli Parlimen Serdang Dr. Ong Kian Ming 1 menunjukkan kerajaan sedia ada masih gagal dalam membuktikan kesediaannya bagi mengepalai transformasi pendidikan negara. Saya meyakini, pelbagai syor dan cadangan telah diutarakan kepada kerajaan dalam hal ini. Diharapkan agar kerajaan memandangnya sebagai satu “penyelesaian universal”. Kerajaan diharapkan agar tidak sambil lewa dalam melaksanakan perubahan dasar semata-mata mengejar “date line” PPPM, namun serlahkanlah anugerah akal yang dikurniakan untuk memimpin rakyat yang telah memperjudikan harapan terhadap kerajaan.


STOP TREATING OUR STUDENTS AS GUINEA PIG AND ENSURE THE PROPER IMPLEMENTATION ON PT3

TINTA YDP PMUKM
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Selasa, Julai 08, 2014

ISU ANTARABANGSA : CHINA LARANG MUSLIM BERPUASA

8 Julai 2014, UKM Bangi - Setiap manusia mempunyai pegangan agama yang tersendiri mengikut kepercayaan masing-masing. Menyekat sesetengah masyarakat yang hidup dalam pelbagai kaum untuk mengamalkan agama yang telah dipercayai adalah satu perkara yang tidak semestinya berlaku dalam sesebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.


Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang sangat mulia bagi umat Islam. Pada bulan ini juga Umat Islam diwajibkan untuk menunaikan Ibadat Puasa sebagaimana firman Allah SWT : 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.


(Surah al-Baqarah: 183)


Selaku mahasiswa, saya amat kecewa apabila mendengar masalah yang dihadapi oleh umat Islam yang tinggal di Xinjiang. Mereka telah dihalang untuk melakukan ibadah puasa oleh pihak pemerintah. Peristiwa ini secara tidak langsung menunjukkan satu ancaman dan sekatan secara terbuka bagi menyekat kebebasan beragama dalam masayarakat majmuk. Walaupun umat Islam disana merupakan golongan minoriti namun jangan sesekali menyekat umat Islam untuk mengamalkan Ibadat yang telah diperintahkan oleh agama mereka. Sesungguhnya Islam itu tidak menyekat mana-mana agama untuk mengamalkan ibadat mengikut kefahaman masing-masing sebagaimana yang ditunjukkan didalam pemerintahan Rasulullah SAW.


Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda :

بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ


Maksudnya: “Islam dibina atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya selain Allah, dan Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan ibadah haji, dan puasa di bulan Ramadhan.”


Kepada seluruh Mahasiswa/I UKM marilah sama-sama kita mendoakan semoga umat Islam di Xinjiang dapat melaksanakan ibadah puasa sebagaimana yang kita lakukan di bumi yang tercinta ini.



Muhammad 'Ammar Bin Azlan
MPP Fakulti Pengajian Islam
Speaker PMUKM Sesi 13/14







*****

8 Julai 2014, UKM Bangi - Kebebasan beragama merupakan salah satu hak asasi manusia yang sepatutnya dihormati oleh pihak kerajaan tidak kira apa jua pegangan politik kerajaan tersebut. Rakyat jelata sepatutnya mempunyai kebebasan untuk mengamalkan ajaran-ajaran agama yang dianuti tanpa diganggu pihak pemerintah sekiranya tidak menjejaskan ketenteraman masyarakat. 


Kebelakangan ini, kita mendapat tahu bahawa kerajaan China telah melarang golongan Muslim di Xinjiang untuk berpuasa sebagaimana yang diajar oleh rukun Islam selama ini. Tindakan ini merupakan sejenis diskriminasi kepada golongan minority Islam di negeri China dan dilakukan secara sengaja. Penindasan terhadap kebebasan mengamalkan ajaran agama ini turut mengancam hak yang patut dinikmati oleh rakyat China. 


Bagi pendirian Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, kami dengan tegasnya membidas tindakan kerajaan negeri China yang begitu tidak sensitif kepada pegangan agama penganut agama Islam di Xinjiang dan sikap mereka yang tidak menghormati kepada amalan golongan tersebut. Kami turut menyeru mahasiswa mahasiswi sekalian untuk bersolidariti dan menyokong golongan tersebut yang ditindas oleh kerajaan China. 


Adalah penting untuk kita sebagai mahasiswa untuk mengambil berat dan peka terhadap isu antarabangsa selain fokus kepada isu yang berlaku dalam negara kita. Isu ini sedikit sebanyak juga telah mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa mengutamakan keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan harian dengan rakyat kita yang berbilang kaum dan agama. 


Kita semua bersaudara, kita sekeluarga.





Jason Ng Thien Yeong
MPP Fakulti Undang-undang
Biro Sukan dan Kebudayaan PMUKM Sesi 13/14

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

Jumaat, Julai 04, 2014

UNIVERSITI KITA TIDAK LAGI RELEVAN

4 Julai 2014, UKM Bangi -  Berita berkenaan jawatan Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan sebagai Pengarah untuk Pusat Universiti Malaya bagi Demokrasi dan Pilihan Raya(UMcedel) yang tidak diperbaharui telah menimbulkan persoalan besar sama ada universiti kita masih relevan ataupun tidak. Spekulasi yang mengatakan berlaku campur tangan pihak luar serta pencabulan terhadap prinsip Academic Freedom mengeruhkan keadaan. Perletakan Datuk Saifuddin Abdullah sebagi felo penyelidik bagi menunjukkan solidariti seolah-olah membenarkan spekulasi tersebut namun kenyataan Ketua Setiausaha II Kementrian Pendidikan Malaysia Prof Dato’ Sri Ir. Zaini Ujang kembali mengembalikan berjaya mengaburi kedaan ini. Justeru dikhabarkan pada 4 Julai 2014, sekumpulan mahasiswa UM akan mengadakan protes bantahan demi mempertahankan Academic Freedom bertempat di UM sendiri. Pesanan saya, semoga berjaya.


Benar!! Universiti kita tidak lagi relevan sekiranya prinsip asas seperti Academic Freedom tidak lagi diraihkan. Sesebuah universiti sepatutnya membincangkan isu berkenaan pembangunan negara secara bebas dan tanpa sebarang perasaan takut kerana perbincangan tersebut adalah berdasarkan satu kajian yang sangat kukuh. Adakah perkara tidak ini diluar pengatahuan para intelek di universiti kita? Jawapanya, Tidak, saya ambik contoh di UKM,

“Kod ini adalah bertujuan untuk menjamin kebebasan akademik semua pelajar untuk meneroka dan menyelidik,belajar dan bersuara di khalayak ramai secara telus mengikut suara hati yang jujur tanpa perasaan takut akan dipersalahkan atau kemungkinan diambil tindakan” Kod Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatakelakuan Aktiviti Politik Pelajar dan Badan Pelajar)

Walaupun contoh yang diambil memfokuskan kepada kegiatan pelajar, ini juga mencerminkan polisi yang diamalkan secara bersama (common principle) terhadap semua lapisan masyarakat universiti iaitu pensyarah,pengurusan dan pelajar. Saya juga yakin kod dan polisi sedemikian wujud di setiap unversiti. Lalu persoalan timbul, siapakah manusia durjana yang telah mecabuli prinsip Academic Freedom tersebut? Saya tidak mampu memberikan jawapan mutlak tetapi yang pasti telah beraku keruntuhan “daulat ilmiah” dalam universiti kita ini. Para intelek telah mendapat AMARAN keras dan ketakutan akan terus dan terus mengkerdilakan suara dan idea mereka daripada didengari.

Walaubagaimanapun, setelah berkurun lama tuntutan terhadap Academic Freedom ini diperjuangkan dan selepas beberapa pindaan didalam AUKU sedikit kebebasan telah diberikan. Dengan sedikit kebebasan ini, berlaku beberapa tuntutan di universiti yang sedar akan kepentingan tersebut. Di UKM tuntutan ini dimulakan sekian lama dan hanya ketika sesi kepimpinan PMUKM 2010/2011 tuntutan tersebut semakin lantang. Akhirnya setelah pertukaran tampuk kepimpinan UKM kepada Naib Censelor yang baru iaitu, Prof Datuk Noor Azlan Ghazali konsep “Persada Censelor” diperkenalkan. Ia seakan-akan seperti “Suara Kampus” yang merupakan inisiatif PMUKM tetapi yang penting kita perlu mengiktiraf sebarang usaha untuk menjunjung kebebasan akadamik. Namun adakah benar kebebasan akademik diutamakan atau hanya sekadar syarat? Saya masih sangsi. Sekiranya pemimpin ASEAN yang didakwah “rasuah” dibenarkan berucap dan hanya isu-isu sampingan yang dibincangkan manakala isu-isu besar dan orang-orang yang dikatakan berhaluan kiri dan mengugat “mereka yang di Putrajaya” masih tidak diberikan peluang sewajarnya, ia tidak memberikan makna yang besar terhadap nilai Academic freedom tersebut.

Akhirnya, sepertimana kata – kata NC UKM yang sering kali diungkapkan beliau, “kita mesti melaksanakan perubahan untuk memastikan universiti kita terus relevan” maka saya akan sentiasa mengimpikan dan memastikan perubahan tersebut, bukan sahaja di UKM tapi diseluruh universiti kita. Saya yakin bukan sekadar 3 orang professor sahaja yang bertaraf dunia ada di Malaysia ini. Akan muncul lagi berpuluh malah beribu professor sekiranya benar-benar dimanfaatkan dan natijahnya kita berupaya merelevankan universiti kita.



TINTA YDP PMUKM
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::