30 Mei 2013, satu
Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Pelajar(MJKP) Bil 2/2013 telah diadakan. Mesyuarat
itu dipengerusikan oleh Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Sharifah Hapsah
Syed Hasan Shahabudi. Mesyurat juga dihadiri oleh TNC HEPA Prof. Dato’Ir.
Othman A. Karim dan wakil dari pusat-pusat yang berada di UKM.
Tujuan mesyuarat
pada kali ini adalah untuk menyemak semula tindakan yang telah diambil keatas
aduan berkenaan kebajikan pelajar semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan
Pelajar Bil1/2013 pada 4 Januari 2013 dan membincangkan penyelesaian isu-isu kebajikan pelajar yang muktakhir.
Tuan Hj. Musa
Zainal Abidin Othman telah membentangkan
tindakan yang telah diambil keatas aduan yang lepas MJKP Bil1/2013 antara aduan
tersebut ialah:
- Yuran
Penginapan Kolej (Yuran ekor)
- Kemudahan
Pelajar Kelainan Upaya (OKU)
- Perkhidmatan
Bas Kampus Transrengit
- Pejabat
HEP di Kolej Kediaman (Kampus KL dan PPUKM)
- Jalanraya
berlubang
Alhamdulillah dan bersyukur pihak UKM
menyambut baik cadangan yang telah diutarakan dan melihat permasalahan ini penting
dan telah pun bertindak atas usaha pemurnian dan penyelesaian yang berkesan
untuk setiap aduan. Prof. Tan Sri sendiri juga telah mengemukakan
penambahbaikkan dengan menegaskan agar senantiasa memikirkan keselesan para
pelajar dalam apa jua keputusan.
Agenda mesyuarat diteruskan lagi dengan
pembentangan MPP Mufaddal Bin Mustansir, mengetengahkan isu-isu kebajikan
pelajar yang baru iaitu
- Dana
kecemasan kematian keluarga
- Cadangan penyelesaian: pihak kami telah mencadangkan supaya UKP menyediakan dana
kecemasan bagi kes-kes seperti ini. Oleh itu, jika berlaku kecemasan mahasiswa boleh terus menghubungi UKP.
- FPEND: Latihan
Industri dan Latihan Amali (tesis) serentak
- Cadangan penyelesaian: Prof Tan Sri meminta pihak Fakulti Pendidikan
untuk meneliti latihan amali di fakulti
lain dan fakulti pendidikan di universiti yang lain.
- FSSK:
Yuran LI FSSK
- Cadangan penyelesaian: Pihak pentadbiran menyatakan bahawa ini
adalah masalah teknikal dan akan diselesaikan oleh pihak Bendahari dengan
mengenakan yuran Latihan Industri pada semester awal bukan lagi pada semester
akhir
- FEP: Kebersihan Teres Eko Niaga
- Cadangan penyelesaian: pihak PMUKM yang diwakili oleh MPP Mustapha
Kamil Hussin dan Mufaddal Mustansir mencadangkan agar pihak CESMED melaksanakan
sistem pengredan kebersihan bagi setiap kiosk dan membaiki prasana setiap
kiosk. Selain itu, Prof Tan Sri meminta menyemak semula fungsi pegawai Teras Eko
Niaga, dan pastikan dia menjalankan tanggungjawab yang sebenarnya.
- PAP:
akhir-akhir ini kerap berlaku perubahan dasar yang mengelirukan pelajar dan beberapa gangguan pada sistem
SPI.
- Cadangan penyelesaian: Dr Adi menjelaskan bahawa medium
pemberitahuan dalam bentuk video tutorial sedang dalam proses pembinaan dan akan
dimuatkan di laman media pada masa akan datang. MPP Mustapha mencadangkan
supaya menyiarkan video tutorial ini semasa Minggu Mesra Pelajar.
- PTM: Kemudahan internet yang kurang memuaskan
- Cadangan penyelesaian: Pihak PMUKM mencadangkan supaya pihak
PTM menyelenggara router yang secara
berperingkat-peringkat.
- JPP: Lampu
jalan terutama PTSL & Kawasan Rahim Kajai tidak berfungsi dan pengurusan sisa sampah yang tidak
sistematik.
- Cadangan penyelesaian: Pihak PMUKM menyarankan supaya pihak JPP
menyelenggara lampu yang rosak dan mereka akan melakukannya secara berperingkat,
manakala urusan pengurusan sampah akan disemak semula, pihak pentadbiran mencadangkan
agar PMUKM menjalankan program kelestarian bersama pelajar
Aduan kebajikan yang diberikan mendapat
sambutan yang baik daripada wakil-wakil yang berkenaan, perbincangan yang
melibatkan MPP,PMUKM dan Pentadbiran Tertinggi UKM ini sangat menggalakan dengan sokongan daripada Naib Canselor, Prof.
Tan Sri Dato’ Seri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, hal-hal berkenaan
kebajikan pelajar dapat diketengahkan dengan sempurna dan membuahkan jalan
penyelesaian secara sinergi dan efektif.