PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Khamis, Julai 16, 2009

MPP GM Bantah Kenaikan Tambang

BANGI, UKM : Berikutan pengumuman kerajaan untuk menaikkan tambang pengangkutan awam, Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) hari ini membantah cadangan tersebut memandangkan krisis ekonomi yang melanda masih belum lagi pulih sepenuhnya. MPP Umumnya,Hisyamuddin Che Ali ketika dihubungi memberitahu, apa pun alasan kerajaan, tambang pengangkutan awam tidak perlu dinaikkan dalam suasana ekonomi yang menguncup sekarang. “ Apa relevannyanya kerajaan menyokong para pengusaha untuk menaikkan tambang pengangkutan awam?" “ Dalam ekonomi yang menguncup, kerajaan perlu mengutamakan kepentingan rakyat sebagaimana slogan Perdana Menteri, bahawa rakyat perlu didahulukan,” katanya

Beliau mengulas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohamad Nazri Aziz yang berkata bahawa kadar tambang baru bas ekspres telah dinaikkan 2 sen menjadi 8 sen bagi setiap kilometer, manakala tambang bas henti-henti di Kuala Lumpur akan dinaikkan 25 sen hingga 70 sen mengikut zon-zon tertentu. Malahan, Kerajaan dilaporkan bersetuju pada dasarnya memberi kenaikan tambang teksi bagi satu kilometer pertama dinaikkan dari RM2 kepada RM3 mulai 1 Ogos. Caj tambahan 50 peratus bagi perkhidmatan selepas 12 tengah malam masih dikekalkan tetapi ia dihitung sewaktu penumpang turun, bukan sewaktu memasuki teksi.

Selain itu, kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula tarikh yang sama, katanya. Di kawasan bandar, kenaikan tambang dari RM21.10 ke RM27.43 bagi satu kilometer, dan dari RM1.55 ke RM2.02 bagi setiap satu kilometer tambahan.“ Inilah satu kesusahan baru buat mahasiswa dan rakyat jelata yang telah terbeban selama ini dengan kos harga barang yang naik mendadak sejak inflasi melanda negara ini” “ Adakah ini satu keadilan buat saya yang menaiki bas ekspres dari Terengganu ke Kajang, terpaksa membelanjakan wang kira-kira RM 57.20 untuk perjalanan satu hala sedangkan dahulu, harganya adalah RM 42.90 sahaja,” ujarnya.

Hisyamuddin, menegaskan agar menjadi tanggungjawab kerajaan menyerap apa jua kos yang timbul dalam pengangkutan awam dengan memberikan pengecualian dan insentif yang sesuai. Dalam hubungan ini katanya, kerajaan perlu mencari mekanisme untuk membantu syarikat bas tersebut daripada terus dibebankan dengan kenaikan harga minyak dan alat ganti kenderaan yang semakin mahal. ''Kerajaan kita tidak memberi bantuan dan subsidi sebanyak yang diberikan oleh kerajaan di negara-negara maju kepada syarikat pengendali bas dan pengangkutan awam,'' jelasnya.

Hisyamuddin menambah, kerajaan sepatutnya memberikan subsidi minyak ataupun pengecualian cukai kepada pengusaha syarikat bas tanpa had dan ini membolehkan syarikat tersebut dapat menyerap kenaikan kos yang diuar-uarkan oleh mereka itu sejak musim perayaan yang lalu. Tambahnya lagi bahawa tindakan beliau membantah kenaikan tambang bukannya bersifat anti kerajaan, tetapi lebih membantu kerajaan dalam menyuarakan pandangan golongan bawahan terhadap pengumuman terbaru ini.

Rabu, Julai 15, 2009

Jawatankuasa Pemantau MPP Aspirasi ditubuhkan

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada GMUKM hari ini telah mengumumkan Jawatankuasa Pemantau Fakulti yang menyenaraikan 3 MPP UMUM sebagai pemantau kepada Fakulti yang gagal ditawan dalam Pilihanraya Kampus lalu.


Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan MPP GM bersedia dengan isu-isu fakulti bagi dibawa ke meja mesyuarat di Mesyuarat MPP mahupun mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU). Ini adalah bagi meningkatkan kualiti MPP GM dalam berhujah dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan fakulti ‘anak angkat’ masing-masing. Ia juga bertujuan bagi memastikan agar MPP Umum GM bertindak sebagai MPP Bayangan terhadap MPP Aspirasi yang dilihat gagal dalam menjalankan amanah mereka itu.


Jawatankuasa ini dibentuk mengikut 5 Fakulti yang dimenangi oleh Aspirasi antaranya seperti Fakulti Ekonomi & Perniagaan (FEP) (3 kerusi), Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) (3 kerusi), Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) (2 kerusi), Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM) (1 kerusi) dan Fakulti Pergigian (FGG) (1 kerusi) . Manakala Fakulti Sains dan Teknologi (FST) walaupun dimenangi dua kerusi oleh Aspirasi, ia akan dipantau oleh MPP GM FST tahun 3, Saudara Atif Misrol.


Jawatankuasa ini akan dipengerusikan secara bersama oleh MPP Umum tahun3, Saudara Hisyamuddin Che Ali yang akan bertindak sebagai pemantau. Dilaporkan bahawa satu kad laporan prestasi MPP Fakulti Aspirasi ini akan dikeluarkan dalam masa akan datang dan akan didedahkan kepada mahasiswa fakulti terbabit. Berikut merupakan senarai nama MPP dan kawasan angkat masing-masing.


1. Hisyamuddin Che Ali : Fakulti Ekonomi & Perniagaan (FEP) & Fakulti Pergigian (FGG) (1 kerusi)

2. Mohd Faez Mat Zin : Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) & Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM)

3. Mohd Fikah Sanusi : Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB)

Lagi MPP GM Kesal Laporan UKM-Kini

Pengerusi GMUKM, Hisyamuddin Che Ali yang juga Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP Umum) melahirkan rasa kesal terhadap laporan blog ukm-kini yang tidak tepat dengan memutar belit isu berkaitan dengan pergerakan MPP GM “Saya kesal dengan laporan blog terbabit yang telah melakukan fitnah dan jiga dibawa ke muka pengadilan, sudah pasti penulis blog ini akan dihukum dengan undang-undang negara, ” tambahnya.

UKM-kini dalam laporannya sebelum ini menyatakan bahawa MPP GMUKM telah berpecah kerana ada yang pro kepada Aspirasi dan MPP yang mempertahankan GMUKM. Hisyamuddin juga berkata, walaupun ada MPP GM yang bersifat play safe dan bersms dengan MPP Aspirasi, tidak bermakna bahawa MPP tersebut condong kepada Aspirasi dan mengkhianati GMUKM. “Jika ada MPP GM bersifat gunting dalam lipatan, bukan sekadar ukm-kini sahaja yang menulisnya, malah saya sendiri yang akan mengambil tindakan. Masalahnya sekarang ialah laporan ukm-kini itu adalah tidak betul dan berunsur fitnah kerana MPP GM sentiasa bersatu padu malahan kami sentiasa bermesyuarat bersama bagi menyelesaikan hal pengurusan mahupun kebajikan mahasiswa,” ujarnya.

Bagi MPP Fakulti Undang-Undang pula, Phoon Kar Liang yang dihubungi sebelum ini turut melahirkan rasa terkejut terhadap laporan ukm-kini tersebut. “ Mana ada MPP GM berpecah, yang ada hanyah MPP Aspirasi berpecah terutamanya Presiden dan Timbalan Presiden yang gilakan kuasa itu”, tegasnya. “ Sepatutnya ukm-kini membuat laporan tentang isu yang lebih besar lagi, seperti isu harga kolej tinggi, kelemahan Presiden PMUKM dalam forum RTM Suara Siswa, bukannya menimbulkan isu yang tidak betul ini demi kepentingan sempit penulis blog terbabit,” ujarnya lagi.

UKM-kini merupakan sebuah blog yang baru muncul di arena blog mahasiswa UKM yang lebih banyak menulis laporan yang berat sebelah dan tidak bersandarkan fakta yang kukuh. Diperkatakan bahawa penulis blog ini merupakan penyokong GM yang mempunyai agenda peribadi bagi menjatuhkan GM dalam pilihanraya kampus akan datang.

Kenyataan MPP GMUKM Berhubung Artikel ukm-kini.blogspot Bertajuk 'MPP GM Berpecah'

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—



12hb Julai 2009


Kami, pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) GMUKM merakamkan ucapan terima kasih kepada ukm-kini.blogspot kerana berjaya memberikan promosi percuma kepada MPP GM yang dikatakan berpecah. Syabas juga kami ucapkan kepada ‘wartawan’ blog tersebut yang telah menimbulkan polemik kepada politik kampus di bumi UKM ini.


Tulisan tanpa bertarikh ini telah menyaksikan isu perpecahan MPP GM menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari tulisan ini.


MPP GM berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menjelaskan isu ini agar ia tidak menjadi virus fitnah yang boleh menghancurkan kepimpinan yang pro kepada mahasiswa. Kami sebagai MPP yang dipilih secara sah dan menjadi wakil mahasiswa, menafikan sama sekali tulisan tersebut dan menegaskan tiada MPP GM yang bersimpati atau bersatu dengan MPP Aspirasi.


Untuk pengetahuan semua, jelas dan tegas bahawa MPP Aspirasi tidak akan sama sekali bersatu dengan MPP GM atas nama kepentingan mahasiswa. Tiada pelantikan dalam jawatan Exco PMUKM, tiadanya kemudahan asasi seperti duit panjar mahupun bilik, cukup menjadi bukti jelas bahawa MPP Aspirasi tidak akan simpati dengan MPP GM disebabkan keegoan dan arahan pihak HEP yang mahukan Aspirasi sepenuhnya mengawal PMUKM demi kepentingan politik mereka.


Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak Aspirasi untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan mahasiswa terutamanya isu kebajikan.


MPP GM mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen kami sebagai MPP untuk memastikan GMUKM sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin bahawa isu yang ditimbulkan ukm-kini ini, lebih kepada kontroversi untuk menaikkan rating blog tersebut. Kami dengan menafikan sepenuhnya berita tersebut dan menyatakan dengan tegas bahawa MPP GM adalah bersatu padu dan mempunyai iltizam yang tinggi demi memastikan agenda perubahan terlaksana di bumi UKM ini.


Kenyataan bersama yang ditandatangani 12 MPP GMUKM


MPP Umum - HISYAMUDDIN BIN CHE ALI

MPP Umum - MOHD FAEZ BIN MAT ZIN

MPP Umum - MOHD FIKAH BIN SANUSI

MPP- FUU PHOON KAR LIANG

MPP FFARMASI - MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID

MPP FKAB - SARZLIANA BINTI SOAIDIN @ DJUHARI

MPP FPEND - MUHAMAD FAIZ BIN ISMAIL

MPP FPEND - AFFANDI BIN ABDUL RAHMAN

MPP FPI - MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF

MPP FPI - MAHFUZAN GADDAFI BIN MAHMUD

MPP - FPERUBATAN WAN NURUDDIN SHAH BIN WAN JOHAN

MPP - FST MOHD ARIF BIN MISROL

Selasa, Julai 14, 2009

MPP GM buka kaunter di FST


Mahasiswa dijemput hadir ke Hari terbuka ini. MPP FST, Saudara Arif Misrol akan membuka kaunter khidmat semasa hari terbuka ini berlangsung. Jom ramai-ramai, adukan masalah anda kepada MPP GM.

Program MPP GMUKM : Kursus Kahwin


Salam sejahtera,

- Borang Penyertaan bagi Kursus Kahwin telah dibuka.

Tarikh: 5-6 September

Tempat: PPUKM

Anjuran: Wakil Fakulti Perubatan, Wan Nuruddin Shah Bin Wan Johan

Tarikh Tutup Borang: 10 Julai 2009

- Borang boleh didapati di Board MPP Perubatan atau boleh dimuatturun disini

"Nikah: Connecting Lives"


Khamis, Julai 09, 2009

Menilai kebenaran: Suatu pandangan

Salam mahasiswa.

Mungkin tulisan kali ini agak kritikal sedikit memandangkan penulis mendapat maklumat yang perlu kita fikirkan bersama.

Apa pandangan anda sekiranya seseorang pemimpin itu mendakwa sesuatu pencapaian itu adalah berpunca dari hasil usaha mereka sedangkan mereka tidak menyumbang sesuatu dalam usaha-usaha melibatkan kebajikan mahasiswa?

Pandangan saya, ini merupakan suatu tindakan yang tidak bermaruah, hina dan menafikan hak mereka yang melakukan kebaikan tersebut untuk dihargai.

Jika kita tidak membuat apa-apa (jika betul) dalam konteks kebajikan mahasiswa, katakan saja kita tidak berbuat apa-apa sekiranya kita seorang yang berprinsip dan bermaruah. Janganlah disebabkan kegugupan dan gementar kita apabila disoal oleh pensyarah kita tentang apa yang telah kita lakukan sebagai pemimpin yang dipilih oleh mahasiswa (saya tak tahu secara ugutan atau tidak!), kita mengatakan bus stop di FST adalah hasil perjuangan kita.

Prinsipnya cukup mudah. Katakan benar walaupun ianya pahit. Pemimpin yang baik adalah mereka yang mempunyai prinsip.

Hukum karma cukup mudah, hari ini mungkin hari kita. Esok lusa siapa tahu. Keyakinan kita cukup mudah, Tuhan Maha Adil. Maka, Dia jualah yang lebih berhak untuk menentukan apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Semua agama mengajarkan prinsip yang sama.

Tak faham? Aha, sila tanya mereka yang mengambil subjek kimia polimer! Ayuh mengatakan kebenaran!

Bacaan tambahan:
http://vongolax.blogspot.com/2009/07/lu-bikin-gua-panaz.html