PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Rabu, Ogos 22, 2012

Isu Zakat : Reaksi Mahasiswa OKU

ISU Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam masyarakat negara ini dianggap sebagai isu yang minoriti dan dipandang sebelah mata sahaja oleh pihak tertentu kerana ketidakjelasan keperluan OKU yang akhirnya menjadikan tahap kesedaran masyarakat terhadap OKU dinegara ini masih rendah berbanding dengan negara-negara maju lain.

Baru-bari ini isu keengganan pusat zakat memberikan bantuan zakat kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan kebajikan OKU telah mendapat pelbagai reaksi dari semua pihak yang terlibat.

Bermula dengan pendedahan eksklusif dari NGO-NGO di dada akhbar Sinar Harian yang bertarikh 10 Ogos lalu melalui ruagan diskusi Isnin akhbar berkenaan sikap pusat zakat yang dilihat sebagai institusi Islam yang tidak proaktif untuk membantu NGO Islam membela nasib OKU di negara ini.

Selain itu, kepincangan yang berlaku terhadap pengurusan zakat negara ini sehinggakan wujud kritikan-kritikan kepada institusi agama. Kritikan yang diberikan dilihat berasas apabila institusi agama memberi layanan kurang mesra terhadap golongan OKU di negara ini.

Ahad, Ogos 12, 2012

AWAS!!! Lubang bahaya di Kolej Rahim Kajai?



PMUKM telah menerima aduan melalui email dari seorang penghuni Kolej Kediaman Rahim Kajai berhubung dengan lubang bahaya yang terdapat di kawasan blok K 16 B,  bahagian blok lelaki. Menurut pengadu, beliau pernah terjatuh ke dalam lubang yang tidak tertutup itu ketika melalui kawasan tersebut  pada waktu malam. Hal demikian ini kerana keadaan tempat tersebut sangat gelap dan tidak mempunyai sebarang tanda amaran yang menunjukkan keadaan berbahaya di sekitar tersebut.