PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Jumaat, April 30, 2010

RENCANA : kerja sambilan tampung kos sara hidup tinggi

pix_gal0

MAHASISWA yang mendapat pembiayaan kerajaan atau swasta melalui biasiswa dan pinjaman, biasanya menarik nafas lega apabila melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT). Namun, ada juga mahasiswa yang tidak memperoleh sebarang pembiayaan atau pembiayaan tidak mencukupi, sehinggakan ada yang terpaksa berkerja sambilan bagi menampung keperluan ketika di kampus.

Lantas untuk memastikan kelangsungan hidup dan meneruskan pengajian mereka, ramai yang melakukan kerja sambilan seperti membaiki motosikal, komputer, bekerja sambilan di restoran makanan segera atau berniaga di pasar malam. Walaupun pendapatan diraih mereka tidak sebesar mana, namun ia sedikit sebanyak dapat digunakan untuk menampung kos sara hidup mereka.
Dekan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Shukery Mohamed, berkata fenomena pelajar membuat kerja sambilan ini bukan perkara baru dan tidak menjadikan pelajar berkenaan mengabaikan pengajian mereka asal saja pandai membahagikan masa.
“Kerja sambilan dibuat pelajar ini ada yang disebabkan tidak mendapat pinjaman atau biasiswa dan mungkin akibat desakan kos sara hidup yang tinggi. Tidak semua pelajar yang buat kerja sambilan itu tidak mendapat pinjaman, tetapi mungkin atas sebab ingin mencari duit tambahan untuk membeli barangan keperluan lain seperti telefon bimbit atau pakaian berjenama.

“Jumlah pelajar yang tidak menerima pembiayaan kerajaan atau swasta tidak ramai sebenarnya. Jadi, mungkin ada faktor lain yang menyebabkan mereka terus membuat kerja sambilan ini. Ada pelajar yang mengakui ada kemahiran membaiki komputer dan motosikal misalnya, jadi mereka menawarkan perkhidmatan itu di kalangan kenalan rapat saja dan boleh mengisi duit poket mereka,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Beliau berkata, pelajar di IPTA atau IPTS tidak boleh dihalang untuk membuat kerja sampingan asalkan pekerjaan itu tidak menjejaskan nama IPTA dan IPTS serta tidak mengganggu prestasi pengajian mereka.

Katanya, tidak menjadi kesalahan untuk pelajar mencari duit tambahan dan biasanya pelajar turut digalakkan membuat kerja sambilan pada musim cuti semester untuk mengisi masa terluang itu daripada dibazirkan dengan kegiatan yang tidak berfaedah.
“Macam-macam kerja boleh pelajar lakukan sebenarnya. Paling popular dan menjadi pilihan pelajar ialah kerja sambilan di restoran makanan segera, tetapi itu untuk latihan awal saja dan selebihnya mereka perlu mencari kerja sambilan yang lebih hampir dengan bidang kursus pengajian diikuti.

“Paling mengecewakan, ada juga pelajar yang dikatakan membuat kerja sambilan yang kurang sesuai iaitu menjadi pelayan perhubungan pelanggan (GRO), perkara ini saya tidak pasti kebenarannya. Cuma, setakat ini ia hanya dakwaan dilemparkan sesetengah pihak dan belum dibuktikan,” katanya.

Sementara itu, pelajar Tahun Dua, Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Nur Fakhruddin Hassan, berkata kos sara hidup yang tinggi di bandar besar seperti Kuala Lumpur tidak memberi banyak pilihan kepada pelajar yang tidak mendapat pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Mara atau lain-lain biasiswa membuatkan mereka perlu membuat kerja sambilan.

“Kebanyakan IPTA dan IPTS ini berada di ibu negara, ini jelas memberikan tekanan dari aspek kos sara hidup kepada pelajar itu sendiri. Mereka yang memperoleh pinjaman pengajian PTPTN atau Mara juga tidak terlepas daripada mengalami kekangan perbelanjaan, apatah lagi bagi pelajar yang langsung tidak mendapat dana seperti ini.

“Ada rakan saya yang memiliki kemahiran membaiki motosikal dan komputer menawarkan perkhidmatan ini kepada rakan pelajar lain. Perkhidmatan ini pun pada awalnya lebih kepada membantu rakan-rakan saja, namun selepas beberapa ketika, pelajar berkenaan menawarkan perkhidmatan itu sebagai punca pendapatan sampingan mereka untuk menampung kos pengajian,” katanya, ditemui ketika membaiki motosikal rakannya yang rosak, baru-baru ini.

Pendapat Nur Fakhruddin itu turut dipersetujui rakannya, Mohammad Hanif Napi yang mengakui kos sara hidup yang tinggi di ibu negara memaksa sesetengah pelajar membuat kerja sambilan.

Katanya, dana pinjaman disediakan PTPTN diakui tidak mencukupi untuk menampung pengajian mereka sepanjang berada di IPTA.

“Jumlah pinjaman diberikan PTPTN adalah untuk membayar yuran pengajian saja. Jadi, baki untuk pelajar gunakan untuk menampung kehidupan harian tidak banyak. Adakalanya, pelajar perlu juga mengikat perut dan ini boleh memberikan masalah kesihatan.

“Jadi, kebanyakan pelajar perlu mencari sumber pendapatan tambahan untuk menampung kehidupan mereka. Pihak IPTA juga ada menyediakan bantuan namun tidak semua pelajar yang mendapatnya. Sama ada suka atau tidak, mereka perlu dapatkan sumber pendapatan sampingan untuk memastikan pengajian mereka tidak terjejas,” katanya.

Manfaatkan cuti semester ini

Terlebih dahulu MPP Mahasiswa UKM mengucapkan selamat menjalani cuti semester kepada semua rakan mahasiswa. Semoga melalui cuti yang agak panjang ini akan memberikan motivasi kembali kepada rakan-rakan mahasiswa sekiranya perjalanan semester ini agak kurang memberangsangkan.

MPP Mahasiswa ingin mengajak rakan-rakan mahasiswa untuk merenung kembali, selama hampir dua bulan sebagai mahasiswa, sejauh mana kita merancang untuk memanfaatkan cuti kita ini? Adakah kita merancang untuk hanya duduk di rumah menonton televisyen, keluar bersama rakan-rakan, atau sekadar makan tidur di rumah. Ingat, " we plan to fail if we fail to plan! "

Sungguh indah kata-kata hikmah Arab, "
Masa itu ibarat pedang. Sekiranya kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu." Ungkapan ini menerangkan seolah-olah akibat buruk akan menimpa seseorang yang tidak tahu menggunakan masanya. isikanlah masa lapang dengan perkara yang bermanfaat untuk anda pada masa akan datang. Jangan disia-siakan baki cuti yang masih ada.

Masa yang telah berlalu telah menjadi sejarah hidup, masa yang mendatang akan merencanakan hala tuju hidup anda. Sama ada kegembiraan atau tangisan yang akan menemui anda kelak, semuanya bergantung kepada bagaimana anda manfaatkan masa anda.

Allah bersumpah dengan masa dalam Surah al-Asr. Surah ini kita sering baca bila berakhir sesuatu majlis namun isi kandungan diabaikan begitu sahaja. Di dalamnya Allah bersumpah bahawa manusia berada dalam kerugian melainkan empat golongan iaitu orang yang beriman, beramal soleh, golongan yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.

MPP Mahasiswa ingin mengajak rakan-rakan mahasiswa untuk sama-sama merencana aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk diri dan masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, sebenarnya banyak perkara mahasiswa boleh lakukan umpamanya turun kepada lapangan masyarakat. Sekadar contoh,para mahasiswa boleh menyertai program persatuan belia, atau menjadi fasilitator dan urusetia bagi program remaja merupakan peluang yang sangat lumayan untuk berinteraksi dengan masyarakat. Lebih menarik lagi sekiranya dapat menyertai program operasi khidmat masyarakat, atau membantu masyarakat yang kesusahan akibat banjir.

Di akhir kalam , ingin dibawakan sabda Rasulullah SAW yang bertepatan dengan pengurusan masa ini iaitu ;

"Dua nikmat yang dipersia-siakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan MASA YANG TERLUANG."( Riwayat Imam al-Bukhari )

Memang benar dan tepat sabdaan Nabi saw. Masa sihat dan waktu lapang dibiarkan berlalu begitu sahaja. Inilah penyakit manusia pada masa kini. Dengan cabaran kehidupan yang semakin mencabar, ada di kalangan kita yang tidak pernah berusaha untuk memajukan diri berbanding dengan rakan-rakan ain. Terdapat rakan-rakan apabila ditanya apa yang dilakukan sepanjang cuti dengan selamba sahaja dia menjawab tidak buat apa-apa. Hanya baca novel, menonton tv dan lepak-lepak.

Harus diingatkan, masa depan anda untuk menggapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang bermula dari sekarang. Masa sentiasa berjalan, masa tidak pernah berehat dan masa tidak pernah menunggu kita. Sama ada kegembiraan atau tangisan yang akan menemui anda kelak, semuanya bergantung kepada bagaimana anda manfaatkan masa anda. Ingat ! Masa adalah masa depan anda. MANFAATKAN MASA ANDA!

Khamis, April 29, 2010

KENYATAAN MEDIA : PENDIRIAN GAMIS BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID

KENYATAAN MEDIA & PENDIRIAN GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID

Pendahuluan
Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media telah melaporkan bahawa remaja terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun, namun perkara ini dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda untuk melarikan diri dan polis bertindak melepaskan beberapa das tembakan yang seterusnya membunuh Aminulrashid.

Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta ketika kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, rakan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar sebuah kenderaan lain dan terus memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi utama ini juga melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.

Pendirian GAMIS :

Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian :

1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan walaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana yang masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam dan meragut nyawa. Kemungkinan dari kes ini akan menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat dan terancam walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.

2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan sesuatu isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.

3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, perkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.

4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan, bahkan masih ada yang belum dapat diselesaikan sehingga kini. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid ini, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.

Penutup
GAMIS turut bersedih dalam isu ini. Serta ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.

Selasa, April 27, 2010

Permohonan Kolej : Pemilihan Pelajar Meragukan

Isu permohonan kolej bukan isu baru. Setiap tahun isu ini hangat diperkatakan oleh mahasiswa UKM. Para pemimpin GMUKM dan MPP Mahasiswa menerima banyak aduan berhubung isu ini. Justeru, maklumat pelajar dikutip melalui wakil kolej yang dilantik. Rata-rata mahasiswa kecewa dengan apa yang berlaku.

“Saya betul-betul terkejut. Sebelum ni saya diwar-warkan, siapa yang mengundi GMUKM akan dibuang kolej, tapi saya yang mengundi Aspirasi baru-baru ni pun dibuang juga. Kalau nak kata saya tak aktif kolej, tak patut sebab merit saya tinggi. Kenapa perlu dibuang ke Zaaba?”kata seorang mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Joe.

Nabilah Mohd Maiyidin (MPP Umum Thn 3 & 4) berkata bahawa penjelasan yang diberikan oleh pihak pengurusan kolej cukup mengecewakan. Ada yang mengakui terpaksa mengikut arahan, tidak kurang juga yang buat tak endah.

Kita persoalkan mengenai piawaian atau standard yang digunapakai. Merit atau kuasa mutlak pihak pengurusan kolej? Kalau merit yang digunapakai, kenapa ada pelajar yang mempunyai merit yang tinggi dibuang manakala pelajar yang mempunyai merit yang rendah dikekalkan? Pihak pengurusan kolej perlu beri alasan yang munasabah kerana ramai mahasiswa yang keliru,” tegas beliau.

Susulan daripada pembuangan tersebut, MPP Mahasiswa telah meminta mahasiswa terbabit supaya membuat rayuan permohonan kolej. Kemungkinan pihak pengurusan kolej tersilap, mungkin juga ianya konspirasi yang sengaja diwujudkan oleh sekumpulan ‘ketam’ yang mengajar anaknya berjalan betul. Suatu sumber menyatakan bahawa merit hanya sekadar prosedur. Pihak pengurusan kolej tidak ambil kira kerana mereka sudah mempunyai senarai nama yang perlu ‘ditendang’ keluar.

“Kita bangkitkan isu ini bukan untuk mencari salah. Tapi mencari penyelesaian kepada konflik yang dah sekian lama dipersoalkan. Kalau memang ada usaha untuk membersihkan saki-baki pelajar yang tidak ‘sebulu’ dengan pentadbiran, ianya patut dihentikan kerana jelas membuktikan ketidakmatangan dan sikap tidak bertamadun. Tekanan demi tekanan hanya membuatkan mahasiswa semakin sedar bahawa mereka bukan lemah,”ulas Mohd Hafiz Abd Razak, Pengerusi GMUKM.

Wartawan GMUKM turut menerima maklumat bahawa ramai ‘budak-budak surau’ yang dibuang. Wan Ahmad Fahmi (MPP Fpend Thn 1 & 2) yang ditemui berkata, pembuangan ramai budak-budak surau tanpa sebab yang munasabah merupakan suatu bentuk ancaman terhadap kebebasan beragama.

“Takkan imarahkan surau menjadi suatu kesalahan? Salahkah berperwatakan Islamik? Kalau mereka dibuang kerana tak aktif kolej, saya tak kisah. Tapi mereka terlibat aktif dengan aktiviti-aktiviti surau. Ada sijil, ada rekod dalam buku JAKSA. Adakah mereka ancaman kepada pihak kolej? Kalau merit betul-betul digunakan sebagai piawaian, mengapa golongan yang tak aktif dikekalkan? ”ujar Fahmi.

Selain itu, sistem pengesahan juga menjadi pertikaian. Ada pelajar yang diberi pilihan untuk menerima atau menolak. Ada pelajar yang terus disahkan menerima masuk ke kolej yang ditawarkan secara automatik. Masalah teknikal seperti ini merumitkan lagi keadaan. Hal ini kerana terdapat mahasiswa yang berubah fikiran dan bercadang untuk menolak tawaran tersebut kerana dibuang ke kolej yang mengenakan yuran yang lebih mahal berbanding kolej sebelumnya.

Para pemimpin GMUKM dan barisan MPP Mahasiswa memandang serius akan hal ini. Justeru, isu ini akan dipanjangkan ke pihak yang berkenaan. Sokongan mahasiswa keseluruhannya amat penting bagi memastikan isu ini mampu diselesaikan dengan cara yang terbaik.

Seorang lagi MPP Mahasiswa, Muhamad Faiz Ismail turut mengulas berhubung isu ini. Beliau berterima kasih kepada mahasiswa yang peka terhadap hak mereka.

“Masalah mahasiswa menjadi tanggungjawab mahasiswa untuk suarakan. Apabila mahasiswa bersuara, jangan ringan-ringan mulut mengatakan bahawa mereka ‘pembangkang’ universiti. Universiti sepatutnya terbuka menerima kritikan dan pandangan mahasiswa. Lagipun pentadbir bukan orang lain, mereka seperti ibu bapa kita. Mereka punya hak untuk tegur dan nasihat kita. Insyaallah, kita akan cuba diplomasi,”katanya.

Beliau turut mengingatkan tentang amalan penyalahgunaan kuasa.

“Kita tahu pentadbir pun berpolitik. Jadi, kita tak nak ada pihak yang sewenang-wenangnya ‘mencantas’ sesiapa saja yang mereka tak suka, atau pun menyalahgunakan kuasa demi kepentingan kedudukan mereka,”tambahnya lagi.

Sumber - http://www.gm-ukm.blogspot.com

Isnin, April 26, 2010

Isu Buang Kolej: Mahasiswa Mohon Penjelasan

Isu buang kolej bukan isu baru. Setiap tahun isu ini hangat diperkatakan oleh mahasiswa UKM. Para pemimpin GMUKM dan MPP Mahasiswa menerima banyak aduan berhubung isu ini. Justeru, maklumat pelajar dikutip melalui wakil kolej yang dilantik. Rata-rata mahasiswa kecewa dengan apa yang berlaku.

Ahad, April 18, 2010

Kembalikan Roh Universiti - Saifuddin Abdullah

KL, 18 April - "Kita kena bawa kembali roh universiti" ujar Dato’ Saifuddin bin Abdullah, Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi dalam pidatonya di majlis Forum Penyuburan Amalan Demokrasi di Malaysia yang berlangsung di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (FSSSUM) malam tadi.

Beliau yang merupakan salah seorang dari ahli panel program tersebut yang diadakan sempena pelancaran Universiti Malaya Centre of Democracy and Election (UMCEDEL) menyifatkan semangat pindaan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) masih belum difahami oleh semua orang.

Forum tersebut antara lain bertujuan membuka ruang kepada mahasiswa untuk menilai sendiri kesedaran berpolitik dan kesedaran dalam pentingnya menjadi penegur kepada kerajaan dalam kalangan mahasiswa universiti kini.

“Kalau nak difikirkan dalam AUKU hanya ada tiga perkara yang tak boleh, pertama tak boleh menjadi ahli politik, kedua tak boleh menjadi ahli kesatuan sekerja, ketiga tak boleh menyertai pertubuhan yang disenaraikan oleh menteri (menteri Kementerian Pengajian Tinggi) tak boleh. Tapi setakat ini tidak ada persatuan yang disenaraikan tidak boleh oleh menteri (Menteri Kementerian Pengajian Tinggi),” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan mengenai AUKU yang dikatakan masih menyekat kebebasan hak demokrasi mahasiswa.

Forum tersebut mengumpulkan empat orang pemimpin masing-masing dari parti yang berbeza sebagai ahli panel iaitu Dato’ Saifuddin bin Abdullah (Barisan Nasional-BN), Saifuddin Nasution bin Ismail (Parti Keadilan Rakyat-PKR), Salahuddin Ayub (Parti Islam Se-Malaysia-PAS) dan Anthony Loke Siew Fook (Democratic Action Party-DAP).

Ketika ditanya mengenai pihak universiti yang biasanya bersifat ‘pilih kasih’ dalam membenarkan pemimpin-pemimpin dari parti pembangkang untuk masuk ke universiti, beliau memberi jaminan bahawa semua pihak bebas dijemput.

“Boleh panggil wakil-wakil pembangkang dan kerajaan untuk berforum. Dibenarkan. Kalau ada yang halang bagi tahu saya,”jelas beliau.

Antara lain, persoalan mengenai pilihanraya kampus yang biasanya disifatkan tidak bersih dengan campurtangan pihak pentadbiran universiti dan pemimpin parti luar yang menyebelahi satu-satu pihak, beliau menjawab,

“Apa kata, pelajar sendiri yang organize pilihanraya kampus".

Rabu, April 07, 2010

SEMOGA BERJAYA !

MPP Mahasiswa UKM mengucapkan "SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR" kepada seluruh mahasiswa/i UKM.

"Kecemerlangan hakiki insan bergelar mahasiswa/i bukan dinilai terhadap kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi juga kecemerlangan dari segi sahsiah diri"

Sabtu, April 03, 2010

Solat Hajat dan Tazkirah daripada Pemimpin Mahasiswa

KL, 3 APRIL-Roadtour Solat Hajat dan Tazkirah MPP Mahasiswa ke surau kolej-kolej kediaman berakhir di Kolej Tun Syed Nasir, semalam. Solat Hajat diadakan berikutan isu Palestin yang kian dipinggirkan dan juga sempena peperiksaan akhir yang bakal dihadapi tidak lama lagi. Aktiviti yang dijalankan hampir 2 minggu itu memberi ruang kepada MPP Mahasiswa untuk mengimamkan solat dan memberi tazkirah atau peringatan kepada mahasiswa/i yang hadir.

"Pada saat ini, kita tak mampu mengangkat senjata membantu umat Palestin yang ditindas golongan yang tidak berperikemanusiaan. Untuk peperiksaan akhir semester, sememangnya kita mampu berusaha untuk melakukan yang terbaik, namun Allah masih menjadi penentu segalanya. Jadi, mudah-mudahan solat hajat dan doa kita dimakbulkan seterusnya menjadi senjata yang cukup ampuh bagi individu mukmin."kata Nik Syafie, MPP FPI.