Selasa, Disember 03, 2013

HARI OKU : KECEMERLANGAN ANDA, KEBANGGAAN KAMI


Hari Orang Kurang Upaya Kebangsaan disambut pada 3 Disember tiap-tiap tahun selaras dengan pengistiharan Hari Kebangsaan Orang Kurang Upaya oleh Resolusi Bangsa-bangsa Bersatu.

Objektif : 

  • Memberi kesedaran di kalangan orang ramai bahawa orang kurang upaya (OKU) sebagai anggota masyarakat mempunyai hak dalam masyarakat dan tidak menganggap mereka sebagai kurang berkebolehan serta tidak berguna.
  • Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab mereka terhadap OKU dan seterusnya menggerakkan komuniti supaya meningkatkan kemudahan-kemudahan untuk OKU.
  • Mempertingkatkan kebolehan, keupayaan, kemampuan serta kemahiran golongan OKU ke arah pencapaian yang cemerlang dan sekaligus manfaatkan pembangunan negara.
  • Merapatkan lagi hubungan kerjasama di antara Kerajaan dengan pertubuhan sukarela serta sektor korporat dan komuniti di dalam usaha mewujudkan pelbagai kemudahan untuk orang kurang upaya.
  • Mendedahkan kepada orang ramai akan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan dan pertubuhan sukarela bagi OKU.
Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan asset Negara tidak ternilai. Tidak dinafikan mereka mempunyai peluang selari dengan mahasiswa lain. PMUKM akan berusaha menyediakan peluang latihan, bengkel bagi meningkatkan keyakinan dan kebolehpasaran mahasiswa OKU. Kami juga komited untuk menjadikan UKM sebagai pusat rujukan universiti cemerlang dalam menjaga kebajikan OKU.

PMUKM mengajak mahasiswa/i untuk sama-sama peka dengan rakan istimewa kita. Hormati hak-hak mereka dan yang penting sedikit bantuan anda, sangat besar maknanya.  Jom, prihatin !!

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::