Jumaat, Januari 04, 2013

PERATURAN PELEKAT KENDERAAN UKM TAHUN 2013/2014

Kuat Kuasa Penggunaan Pelekat

Pelekat kenderaan UKM tahun 2013/2014 berkuatkuasa pada 01 Januari
2013. Pelekat kenderaan boleh diperolehi seperti berikut :
  •       Kampus Bangi - Pejabat Keselamatan, Wisma Aman
  •      Kampus KKL - Pejabat Keselamatan, KKL
  •      PPUKM - Pejabat Keselamatan, PPUKM

Kelayakan Mendapatkan Pelekat

Harga sekeping pelekat RM2.00. Kelayakan seperti berikut:
  1. Seorang staf UKM - 2 keping pelekat berwarna kuning/merah. (sama ada untuk 2 kereta atau 1 kereta dan 1 motosikal atau 2 motosikal).
  2. Pelajar - 1 pelekat warna biru (kereta atau motosikal)
  3. Pembantu Penyelidik atau ‘Research Assistent’ (RA) - pelekat sementara dikeluarkan mengikut tarikh perkhidmatan (lantikan surat tawaran diperlukan)    
  4.  Pekerja Sementara(pekerja kafeteria, UNIKEB, bank, Pos Malaysia, PALAPES, SUKSIS, SISPA, Kontraktor) – 1 pelekat warna coklat.

Cara Memohon

Pelekat hanya akan dikeluarkan setelah kenderaan didaftarkan melalui
laman sesawang e-trafik kecuali Pekerja Sementara. Dokumen yang
diperlukan untuk mengambil pelekat seperti berikut:

  1.        Staf UKM - Kad Kampus.
  2.      Pelajar dan RA :
a)    lesen yang masih sah.
b)    Kad Matrik dan Kad pemilik motosikal.
c)    Geran Asal atau salinan geran.(Jika geran mempunyai nama tidak
sama dengan pelajar, perlu membawa surat KEBENARAN dari
penama pada geran kenderaan tersebut)




AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI