ISU KELEWATAN ELAUN OKU KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menurut JPPEL Unit Kebajikan Pelajar, Elaun OKU KPT akan dijangka selesai dalam minggu ini atau minggu berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh Pegawai KPT. Saya mengambil inisiatif untuk pergi sendiri ke Kementerin Pengajian Tinggi untuk mendapatkan penjelasan yang lanjut tentang permasalahan ini. Malangnya, pegawai berkenaan sedang bercuti tetapi dibantu oleh pegawai yang lain. Apa yang dimaklumkan oleh pegawai tersebut, elaun OKU KPT perlu dipohon pada setiap awal semester dan bukannya sekali sahaja seperti PTPTN atau JPA. Pegawai itu mensyorkan supaya permohonan dilakukan terus ke KPT dan bukan melalui Hal Ehwal Pelajar (JPPEL) untuk mempercepatkan proses. Antara dokumen yang perlu dihantar
1. No. akaun BIMB@CIMB
2. Keputusan terkini
3. Resit@Invois (boleh dapatkan dari Jabatan Bendahari)
4. Borang Tuntutan Bayaran Yuran Pengajian Pelajar OKU IPT
5. Borang Pendaftaran (bagi baru mendaftar)
Sebarang masalah boleh hubungi PM saya.
Sekian, harap maklum.
Mufaddal Mustansir
Pengerusi
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI