4 Januari 2012 – Baru-baru
ini, sebahagian masyarakat kampus khususnya dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
merungut dengan tahap kebersihan yang begitu kurang menyenangkan kepada pengunjung
di kiosk-kiosk Teres Eko Niaga, FEP. Isu seperti ini tidaklah sebesar mana
namun mampu memberikan impak yang negatif kerana melibatkan imej universiti. Pengurusan
Teres Eko Niaga ini dikendalikan oleh Pengarah Pusat Keusahawanan dan EKS
(CESMED), Prof. Dr. Mohd Fauzi Mohd Jani dan merupakan inkubator perniagaan
untuk pelajar yang bertujuan untuk menyediakan pengalaman dalam dunia
perniagaan yang sebenar.
Mufaddal Mustansir MPP FEP |
MPP Mufaddal Mustansir telah mengambil
inisiatif menangani perkara ini dengan memohon pengemaskinian pengurusan Teres
Eko Niaga melalui surat bertulis. Perincian berkenaan tahap kebersihan dan
kerosakan di kiosk-kiosk Teres Eko Niaga tersebut telah dibuat dan diteliti
oleh beliau. Di samping itu, beliau juga telah membuat permohonan kepada Ketua
Pusat Kesihatan UKM, Dr. Roslan Abd. Jalil untuk melakukan pemeriksaan
kebersihan di sekitar Teres Eko Niaga tersebut.
Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah
Hapsah Syed Hasan Shahabudin,Naib Canselor UKM, Prof. Ir Dr Othman A. Karim,Timb. Naib Canselor Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni (HEPA) UKM,CESMED dan beberapa kakitangan pentadbir yang
lain serta bersama wakil PMUKM melawat
di sekitar kawasan Teres Eko Niaga, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pagi tadi.
Naib
Canselor kesal dengan keadaan persekitaran di Teres Eko Niaga kerana tidak
melambangkan imej universiti. Beliau berhasrat agar pihak pengurusan CESMED
untuk mengambil tindakan yang segera. Selain itu, seperti isu yang dibangkitkan
oleh wakil PMUKM berkaitan dengan penyalahgunaan kawasan sudut pidato. Tan Sri
meminta agar gerai itu dialihkan kerana menganggu masyarakat kampus untuk
menganjurkan Sudut Pidato.
“Ini tempat mahasiswa berkumpul untuk
berpidato dan kita tidak boleh mengganggu kawasan Sudut Pidato mereka.” kata Naib
Canselor, Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Lantai yang berlubang merisikokan keselamatan pelajar |
Kebersihan makanan yang tidak dipantau (lalat termasuk ke dalam makanan) |
Sampah sarap yang tidak diselenggara dengan baik |
Ruang makan yang kurang bersih |
AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI