Kampus Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi kini digemparkan dengan berita kehilangan beberapa buah komputer
riba mahasiswa UKM di Kolej Kediaman, Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH). Isu ini
kian meruncing setelah beberapa siri aduan yang dikemukakan mahasiswa UKM
kepada pihak Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM).
PMUKM telah membawa isu
keselamatan ini kepada peringkat atasan malah mereka turut maklum akan hal ini.
Makluman awal yang diterima daripada peringkat pentadbiran adalah dengan
memperketatkan kawalan di pintu keluar masuk UKM.
Sebagai langkah berjaga-jaga,
PMUKM mencadangkan agar mahasiswa UKM prihatin terhadap isu ini. Isu keselamatan
ini memerlukan perhatian setiap mahasiswa. Kemungkinan besar perkara ini tidak
terjadi pada sebilangan orang, namun dengan perhatian yang diberikan mampu
menyalurkan maklumat yang sangat berharga.
PMUKM turut berharap agar
mahasiswa UKM memastikan keselamatan bilik terjaga dengan mengunci bilik dengan
rapi. Meskipun hanya keluar menuju ke bilik air yang jarak hanya selang
beberapa bilik. Kedua, sila laporkan kepada felo kolej kediaman serta kepada Jawatankuasa
Kebajikan Siswa/I (JAKSA) kolej kediaman,
sekiranya melihat sebarang tindak tanduk individu yang mencurigakan.
Makluman terkini yang dilaporkan
oleh Setiausaha Agong PMUKM, saudara Mohamad
Ezuan Mohd Saad, pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan UKM (JPP UKM) akan
mula menambah second bolt lock di
setiap pintu bilik IZISH.
Sehubungan itu, pihak keselamatan
UKM turut membuat pantauan serta meningkatkan operasi keselamatan di pintu
utama UKM bermula petang tadi. PMUKM turut mendapat makluman bahawa ada
segelintir mahasiswa yang mencemuh serta memarahi pihak keselamatan berikutan
sekatan kawalan tersebut. PMUKM turut kesal diatas perkara yang berlaku.
PMUKM optimis terhadap respon
yang diberikan oleh mahasiswa UKM terhadap isu keselamatan ini. PMUKM turut
melahirkan rasa simpati terhadap musibah yang menimpa mahasiswa UKM. Perkara yang
berlaku ini tidak dapat dijangka malah tindakan susulan daripada kejadian yang
sebelum ini sudah dilakukan. Isu ini masih didalam pantauan serta tindakan oleh
pihak keselamatan UKM.
Malam ini akan diadakan mesyuarat
yang melibatkan pengetua kolej kediaman, JAKSA, serta bahagian keselamatan UKM.
PMUKM turut yakin beberapa solusi serta tindakan susulan akan dilakukan selepas
ini. PMUKM berharap mahasiswa UKM mampu bersabar serta menjaga tingkah laku
selaku mahasiswa yang mempunyai moral dan sahsiah yang baik.
Beberapa saranan dikemukakan
di peringkat pentadbiran UKM :
- Pemakaian kad matrik perlu diperketatkan.
- Pihak kolej kediaman perlu menyediakan peti besi di pejabat agar memberi kemudahan kepada pelajar untuk meninggalkan komputer riba buat jangka masa yang tertentu. Kemungkinan melibatkan mahasiswa untuk menyertai program yang tidak memerlukan penggunaan komputer riba.
- Rondaan bahagian keselamatan UKM perlu ditingkatkan terutama pada waktu siang. Pos kawalan keselamatan UKM di Dewan Gemilang perlu dipindahkan segera ke IZISH.
- Papan tanda “Ini kawasan Community Watch” perlu dinaikkan agar memberi peringatan kepada masyarakat kampus.
- Meningkatkan keselamatan maklumat penting di dalam komputer riba dengan melakukan gandaan simpanan data. Perhatian yang lebih kepada mahasiswa tahun akhir yang sedang menyiapkan thesis, projek tahun akhir.
Sekiranya, rakan-rakan mahasiswa
mempunyai cadangan yang difikirkan perlu perhatian lanjut, PMUKM serta pihak
pentadbiran sangat mengalu-alukan. Sebarang makluman boleh disalurkan melalui pmukm1011@gmail.com
(PMUKM), serta e-fact (Pentadbiran UKM)
Sumber :
- · http://www.ukm.my/monline/ops-kunci.html
- · http://pm-ukm.blogspot.com/2012/04/pmukm-lancar-ops-kunci.html
Bersama
Mahasiswa Merealisasi Varsiti