Rabu, Mei 09, 2012

UKM : Program ASASIpintar UKM



Tarikh: 7 Mei 2012
UNTUK HEBAHAN SEGERA

STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN

KEMASUKAN KE PROGRAM ASASIpintar UKM

BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2012/2013


1. Sukacita dimaklumkan bahawa status keputusan permohonan kemasukan ke Program ASASIpintar
Universiti Kebangsaan Malaysia bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf boleh disemak mulai
7 Mei 2012 (Isnin) mulai jam 12.00 tengah hari.
2. Calon dikehendaki menyemak maklumat tawaran dan boleh mencetak surat tawaran rasmi melalui
Infoline UKM di talian http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran.

3. Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran program
ASASIpintar UKM dalam tempoh 7 hari bekerja iaitu pada atau sebelum 15 Mei 2012.
Pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui
Infoline UKM http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran.

4. Tarikh pendaftaran pelajar baharu ke Program ASASIpintar UKM ialah pada
23 Mei 2012 hari Rabu mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

5. Tempat pendaftaran ialah di Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
6. Bagi kemasukan Sesi Akademik 2012-2013 (tahun pertama UKM menawarkan program ASASIpintar),
semua permohonan secara atas talian dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan dan
Kemasukan Pelajar (UPU) sebagai agensi penyelaras kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier.

7.
Unjuran ambilan yang ditetapkan oleh UKM bagi kemasukan ke Program ASASIpintar ialah 100 tempat sahaja.
8. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh UPU, Program ASASIpintar menerima permohonan sebanyak
5,730 permohonan dari calon Lepasan SPM/Setaraf tahun semasa iaitu calon yang menduduki peperiksaan
SPM tahun 2011.

9. Pemilihan calon yang berjaya ke Program ASASIpintar adalah tertakluk kepada memenuhi Syarat Am dan Syarat
Khas Program
iaitu:


‘Warganegara Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred A pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut;
  • Bahasa Malaysia
  • Biologi / Fizik
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Kimia
  • Bahasa Inggeris
Calon boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Akademik UKM di talian 03-8921 5336 / 5041 / 4126 atau Pusat PERMATApintar Negara di talian 03-8921 6265 / 7507.
Bahagian Pengurusan AkademikJabatan PendaftarUniversiti Kebangsaan Malaysia.

Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi:
Cik Nastura Nasir,
Penolong Pendaftar Pusat Komunikasi Korporat, UKM

Talian:
017 3198162 (Talian Bimbit),
03 8921 5151 (Talian Terus)