Ahad, Januari 15, 2012

Perkembangan terkini penyediaan mesin air dan mesin fotostat di FPI.

14 Jan. 2012 - Berikut adalah situasi perkembangan mesin fotostat dan juga mesin air di FPI. Pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh saya untuk melunaskan manifesto sebagaimana yang dijanjikan kepada kalian.

Mesin air

Syarikat Permanis Sdn Bhd bakal membekalkan mesin air dan meletakkannya di Fakulti Pengajian Islam pada awal kemasukan semester dua, 2011-2012 ekoran para pelajar akan bercuti dalam tempoh seminggu akan datang.

Pihak pentadbiran fakulti juga telah bersetuju untuk meletakkan mesin air bersebelahan pintu belakang DK2 FPI.

Mesin Fotostat

Pihak fakulti dan pihak Bendahari telah turun meninjau tempat untuk meletakkan mesin fotostat di FPI. Tempat cadangan asal adalah berhadapan Singgahan Ilmu tetapi diubah tempat bersebelahan DK2 FPI.

Masalah pokok sekarang adalah kos untuk membuat tempat tersebut. Kos tempat berhadapan dengan singgahan ilmu lebih mahal daripada bersebelahan DK2 FPI.Jadi keputusannya adalah memilih tempat kos rendah. 

Tambahan,perancangan asal adalah untuk memohon mesin fotostat menggunakan kad di FPI.Tetapi pihak fakulti dan saya lebih bersetuju untuk membuat satu kawasan meletak mesin fotostat di FPI dan menawarkan perkhidmatan tersebut kepada mana mana syarikat.

Harapan saya, mahasiswa dan mahasiswi FPI bersabar menanti perubahan tersebut.Saya memahami keadaan anda semua kerana saya juga mahasiswa seperti anda. Kesusahan sama-sama kita hadapi,dan insyaAllah dengan kekuatan yang diberikan saya masih lagi berusaha untuk memastikan kemudahan untuk kita bersama.

BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI

Muhammad Ikram Bin Darus
MPP Fakulti Pengajian Islam
Naib Presiden 4 PMUKM.