Ahad, Januari 08, 2012

KPT perkenal biasiswa untuk pelajar ijazah sarjanamuda sains

8 Jan - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam telah memperkenalkan biasiswa baru, MyBrainSc kepada pelajar cemerlang dalam usaha memastikan negara mempunyai bekalan tenaga akademik yang mencukupi dalam bidang sains tulen seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik.

Biasiswa MyBrainSc tersebut telah menggantikan Program Biasiswa Khas Tenaga Akademik (BKTA)  ditawarkan kepada para pelajar yang layak. RM9.5 juta diperuntukkan bagi program biasiswa itu yang menawarkan 200 permohonan membabitkan 50 kuota luar negara dan 150 kuota dalam negara.

Biasiswa MyBrainSc dibuka kepada pelajar yang cemerlang yang sedang mengambil kursus Ijazah sarjanamuda (First Degree/Bachelor) ketika ini dengan mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.75 ke atas bagi lepasan Asasi, Matrikulasi, Program Persediaan, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan diploma mana-mana IPTA.

Sebelum ini Biasiswa MyBrainSc ini hanya terbuka kepada pelajar ijazah pertama yang cemerlang dalam bidang sains tulen dengan mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.75 ke atas untuk proram Ijazah Sarjana (Second Degree/Master) serta bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam negara atau universiti terkemuka dunia.

Ringkasnya, permohonan bagi biasiswa ini adalah berdasarkan 3 peringkat iaitu Phd, Sarjana dan Ijazah Pertama.

Biasiswa MyBrainSc ini memberi peluang pelajar cemerlang bidang sains tulen (Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik). Ia tidak sama dengan biasiswa sedia ada seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menumpukan pada bidang seperti perubatan, pergigian dan farmasi.

Iklan mengenai Biasiswa MyBrainSc telah dikeluarkan di akhbar arus perdana iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia mulai semalam (7 Januari 2012). Maklumat lanjut berkenaan biasiswa ini turut dimuatkan di laman sesawang http://www.graduan2u.com

Tarikh tutup permohonan adalah mulai 15 Februari 2012.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut boleh layari di https://payloan.mohe.gov.my/MyBrainSc atau hubungi;

Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 2, No 2, Menara 2,
Jalan P5/6 Presinct 5, 62200 WP Putrajaya

MyBrainSc Hotline : 03-88706363 / 03-88706450