Selasa, Januari 03, 2012

Mangsa banjir di Kelantan meningkat, 11 sekolah ditutup

3 JAN - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Pasir Puteh, Kelantan meningkat setakat pukul 4 petang semalam manakala mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di Besut dan Setiu Terengganu dan Segamat, Johor semakin berkurangan, menurut sumber BERNAMA.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri memaklumkan ini ekoran hujan turun lebat sekali-sekala sejak pagi awal semalam. Walaubagaimanapun tiada jalan utama di jajahan tersebut ditutup kepada kenderaan.

Tambah jurucakap tersebut lagi, semua mangsa banjir telah ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Sekolah Kebangsaan Kampung Nara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil.
11 sekolah di Kelantan belum boleh memulakan pembelajaran

Dalam pada itu Pengarah Pelajaran Kelantan Hussin Awang, berkata sembilan daripada sekolah terbabit adalah di daerah Pasir Panjang manakala bakinya di Gua Musang.

Hussin berkata antara sekolah di Rantau Panjang yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang, SK Sri Rantau Panjang 1, SJKC Kay Boon Rantau Panjang, SK Lubok Setol, SK Kok Pauh, SK Sri Rantau Panjang 2, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Al-Falah, dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Diniah Kampung Bongor.

"Salah sebuah sekolah yang terlibat di Gua Musang ialah SK Balar, yang terputus hubungan berikutan jalan ke sekolah itu digenangi air," katanya.

Air Sungai Golok meningkat secara mendadak

Setakat pukul 10 malam semalam, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya pada 9.89 meter (bahaya 9 meter) manakala sungai-sungai utama lain masih di paras biasa walaupun paras air dilaporkan meningkat secara perlahan.

Jurucakap balai polis Rantau Panjang memberitahu peningkatan paras air Sungai Golok secara mendadak sehingga melimpahi tebing dan melebihi paras bahaya menyebabkan kebanyakan sekolah di Rantau Panjang itu terpaksa ditutup.



Maklumat terkini info banjir di Kelantan 

Maklumat & Rujukan Lengkap Keadaan Terkini Banjir di Negeri Kelantan Darul Naim

1) Info dan Laporan Lalulintas, Mangsa Banjir, Agihan Bekalan Makanan, Taburan Hujan dan lain-lain di Portal eBanjir Negeri Kelantan (www.ebanjir.kelantan.gov.my) – Semua maklumat terkini mengenai banjir oleh pengawai bertugas yang memantau 24 jam kedaaan semasa seluruh Kelantan. Bagi yang merancang perjalanan pulang ke Kelantan boleh rujuk pada laporan lalulintas yang di tutup.

2) Info Paras Air Sungai-sungai Utama Kelantan

Web Infomasi Banjir Jabatan Pengairan & Saliran (www.infobanjir.water.gov.my) – Semua maklumat berkenanan paras air di sungai-sungai utama Kelantan. Anda boleh melihat secara live view keadaan sungai melalui Infobanjir Real-Time Flood Cameras website. Ada dua tempat kamera di pasang di Kelantan, Jeti Kastam dan Sungai Kuala Krai, tapi hanya kamera di Kuala Krai sahaja berfungsi.