PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Khamis, Januari 24, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA WARGA KAMPUS UKM


Barisan pimpinan PMUKM mengucapkan Salam Maulidurrasul buat semua warga kampus UKM.

24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434H merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Tema Maulidurrasul kali ini ialah Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

Bersama menyemai rasa cinta kepada junjungan Nabi Muhammad SAW dengan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian.  



AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Rabu, Januari 23, 2013

TAHNIAH NC UKM DAN TNC HEPA UKM

Tahniah Prof. Tan Sri. Dato' Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM di atas penganugerahan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang yang membawa gelaran Dato' Seri.


TAHNIAH YBhg. Prof. Ir. Dato' Dr. Othman A. Karim, TNC HEPA UKM di atas penganugerahan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan yang membawa gelaran Dato'.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Khamis, Januari 17, 2013

SELAMAT PULANG BUAT MAHASISWA/I UKM CUTI SEMESTER 1 SESI 2012/2013


Selamat Bercuti diucapkan kepada semua mahasiswa/i

Gunakanlah masa yang terluang untuk berbakti kepada ibu bapa anda dengan sebaiknya. Jadilah permata yang bersinar bukan sahaja dalam pelajaran, bahkan kaya dengan nilai akhlak yang mulia dan suka membantu antara satu sama lain. Sesungguhnya apa yang kita lakukan pada masa terluang adalah cerminan kepada peribadi kita. Berhati-hatilah menuju ke destinasi masing- masing.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI



Rabu, Januari 16, 2013

PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II SESI AKEDEMIK 2012/2013

Pendaftaran kursus boleh dilakukan di laman web Smp Web.



TheStar : Netizens give 'listen, listen' UUM speaker an earful

PETALING JAYA: Besides harsh criticism, netizens have reacted to a video of an NGO leader snatching the microphone away from a university student by creating comical Internet memes, songs and even dance remix versions of the video.

Users ridiculed the leader for repeating the word “Listen” seven times to stop the student from speaking and for comparing the issues raised, such as free education and street protests, to the “problems” faced by animals.

“Even sharks have problems.

“Have you eaten shark fin before? Have you seen how people throw the shark back into the sea to die. See how humans are more greedy than sharks?” asked the speaker, Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) president Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin in the 24-minute video.

RESPON MPP PMUKM : Berkaitan Isu Saudari Bawani


" Saya kesal dengan tindakan memperlekeh keberanian seorang siswi untuk berkata-kata. Saudari Bawani tidak sewajarnya diaibkan di hadapan khalayak sementelah dia memberi pendapat dengan wadah yang disediakan sendiri oleh program terbabit.
Sebagai seorang yang lebih berpendidikan, saudari Sharifah seharusnya bersikap profesional dan memberi respon yang positif dan menyambut baik pandangan dari mahasiswa/i. "

Nur Afifah Abd. Rahim
Naib Presiden 1 PMUKM 12/13

Kami mahasiswa UKM menggesa Pn. Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, Presiden Suara Wanita 1 Malaysia(SW1M) meminta maaf secara terbuka kepada saudari Bawani, siswi UUM kerana bertindak secara tidak profesional memberhentikan ruang bicara siswi tersebut.


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Selasa, Januari 08, 2013

ISU KELEWATAN ELAUN OKU KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ISU KELEWATAN ELAUN OKU KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


Menurut JPPEL Unit Kebajikan Pelajar, Elaun OKU KPT akan dijangka selesai dalam minggu ini atau minggu berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh Pegawai KPT. Saya mengambil inisiatif untuk pergi sendiri ke Kementerin Pengajian Tinggi untuk mendapatkan penjelasan yang lanjut tentang permasalahan ini. Malangnya, pegawai berkenaan sedang bercuti tetapi dibantu oleh pegawai yang lain. Apa yang dimaklumkan oleh pegawai tersebut, elaun OKU KPT perlu dipohon pada setiap awal semester dan bukannya sekali sahaja seperti PTPTN atau JPA. Pegawai itu mensyorkan supaya permohonan dilakukan terus ke KPT dan bukan melalui Hal Ehwal Pelajar (JPPEL) untuk mempercepatkan proses. Antara dokumen yang perlu dihantar

1. No. akaun BIMB@CIMB
2. Keputusan terkini
3. Resit@Invois (boleh dapatkan dari Jabatan Bendahari)
4. Borang Tuntutan Bayaran Yuran Pengajian Pelajar OKU IPT
5. Borang Pendaftaran (bagi baru mendaftar)

Sebarang masalah boleh hubungi PM saya.

Sekian, harap maklum.

Mufaddal Mustansir
Pengerusi
Biro Kebajikan dan Khidmat Sosial 
Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia 


AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI

Sabtu, Januari 05, 2013

NC TURUN PADANG KE TERES EKO NIAGA FEP


4 Januari 2012 – Baru-baru ini, sebahagian masyarakat kampus khususnya dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan merungut dengan tahap kebersihan yang begitu kurang menyenangkan kepada pengunjung di kiosk-kiosk Teres Eko Niaga, FEP. Isu seperti ini tidaklah sebesar mana namun mampu memberikan impak yang negatif kerana melibatkan imej universiti. Pengurusan Teres Eko Niaga ini dikendalikan oleh Pengarah Pusat Keusahawanan dan EKS (CESMED), Prof. Dr. Mohd Fauzi Mohd Jani dan merupakan inkubator perniagaan untuk pelajar yang bertujuan untuk menyediakan pengalaman dalam dunia perniagaan yang sebenar.

Mufaddal Mustansir
MPP FEP
MPP Mufaddal Mustansir telah mengambil inisiatif menangani perkara ini dengan memohon pengemaskinian pengurusan Teres Eko Niaga melalui surat bertulis. Perincian berkenaan tahap kebersihan dan kerosakan di kiosk-kiosk Teres Eko Niaga tersebut telah dibuat dan diteliti oleh beliau. Di samping itu, beliau juga telah membuat permohonan kepada Ketua Pusat Kesihatan UKM, Dr. Roslan Abd. Jalil untuk melakukan pemeriksaan kebersihan di sekitar Teres Eko Niaga tersebut.

Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin,Naib Canselor UKM, Prof. Ir  Dr Othman A. Karim,Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UKM,CESMED dan beberapa kakitangan pentadbir yang lain serta bersama wakil PMUKM  melawat di sekitar kawasan Teres Eko Niaga, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan pagi tadi.


Naib Canselor kesal dengan keadaan persekitaran di Teres Eko Niaga kerana tidak melambangkan imej universiti. Beliau berhasrat agar pihak pengurusan CESMED untuk mengambil tindakan yang segera. Selain itu, seperti isu yang dibangkitkan oleh wakil PMUKM berkaitan dengan penyalahgunaan kawasan sudut pidato. Tan Sri meminta agar gerai itu dialihkan kerana menganggu masyarakat kampus untuk menganjurkan Sudut Pidato.

Jumaat, Januari 04, 2013

PERATURAN PELEKAT KENDERAAN UKM TAHUN 2013/2014

Kuat Kuasa Penggunaan Pelekat

Pelekat kenderaan UKM tahun 2013/2014 berkuatkuasa pada 01 Januari
2013. Pelekat kenderaan boleh diperolehi seperti berikut :
  •       Kampus Bangi - Pejabat Keselamatan, Wisma Aman
  •      Kampus KKL - Pejabat Keselamatan, KKL
  •      PPUKM - Pejabat Keselamatan, PPUKM

Kelayakan Mendapatkan Pelekat

Harga sekeping pelekat RM2.00. Kelayakan seperti berikut:
  1. Seorang staf UKM - 2 keping pelekat berwarna kuning/merah. (sama ada untuk 2 kereta atau 1 kereta dan 1 motosikal atau 2 motosikal).
  2. Pelajar - 1 pelekat warna biru (kereta atau motosikal)
  3. Pembantu Penyelidik atau ‘Research Assistent’ (RA) - pelekat sementara dikeluarkan mengikut tarikh perkhidmatan (lantikan surat tawaran diperlukan)    
  4.  Pekerja Sementara(pekerja kafeteria, UNIKEB, bank, Pos Malaysia, PALAPES, SUKSIS, SISPA, Kontraktor) – 1 pelekat warna coklat.

Cara Memohon

Pelekat hanya akan dikeluarkan setelah kenderaan didaftarkan melalui
laman sesawang e-trafik kecuali Pekerja Sementara. Dokumen yang
diperlukan untuk mengambil pelekat seperti berikut:

  1.        Staf UKM - Kad Kampus.
  2.      Pelajar dan RA :
a)    lesen yang masih sah.
b)    Kad Matrik dan Kad pemilik motosikal.
c)    Geran Asal atau salinan geran.(Jika geran mempunyai nama tidak
sama dengan pelajar, perlu membawa surat KEBENARAN dari
penama pada geran kenderaan tersebut)




AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI