Universiti merupakan suatu institusi pendidikan tertinggi di negara ini. Perkara yang terpenting dalam sesebuah institusi pendidikan sudah pasti menitik beratkan soal kualiti ilmu yang diterapkan dalam konsep insaniah pada diri setiap graduan lulusan unversiti. Ukuran kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah universiti bukan dilihat pada binaan semata-mata bahkan sejauh mana sesebuah universiti dapat memberikan manfaat kepada negara dan masyarakat sendiri. Ini juga dapat dilihat apabila ramai tokoh-tokoh cendikiawan negara yang lahir dari universiti negara kita. PMUKM mengambil pendirian tegas dalam mempertahankan institusi pendidikan dari dipermainkan oleh mana-mana pihak.
PENDIRIAN PMUKM
Tindakan seorang artis yang dilihat merendah-rendahkan institusi pendidikan negara, khususnya Universiti Kebangsaan Malaysia adalah merupakan suatu tindakan yang tidak beretika. Seharusnya kebenaran yang diberikan oleh pihak universiti bagi menjalankan sesi pergambaran di dalam kampus perlu di hargai dan di hormati , bukanlah bersikap seperti tetamu yang tidak menghormati tuan rumah. Sebelum ini, artis berkenaan telah mengeluarkan kenyataan di laman sosial twitter memberi gambaran negatif terhadap keadaan UKM khususnya bangunan-bangunan UKM yang dilihat "persis seperti rumah hantu".
Kenyataan kurang cerdik artis |
Justeru itu, PMUKM kesal dengan kenyataan artis berkenaan dan mengambil pendirian tegas atas dasar kecintaan kepada varsiti, supaya artis berkenaan MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA SELURUH WARGA UKM diatas tindakannya yang mengguris hati dan perasaan warga UKM.
Sebagai langkah serius, PMUKM bersedia membawa aduan ini kepada pihak SENIMAN untuk tindakan yang sewajarnya terhadap artis berkenaan yang dilihat tidak menjaga sensitiviti . Asosiasinya, tindakan ini adalah sebagai amaran terhadap mana-mana pihak khususnya artis di negara ini supaya tidak berulang lagi di mana-mana institut pengajian tinggi khususnya UKM.
Selain itu, PMUKM mendesak supaya artis berkenaan MENARIK balik kenyataan terhadap panggilan " mak cik kantin " yang dilihat menghina pekerja kafetaria UKM.
MAHASISWA BERSIKAP RESPONSIF
Tindakan mahasiswa yang mengkritik kenyataan tersebut perlu dilihat sebagai tindakan mempertahankan Universiti tercinta sebagai tempat menadah ilmu, maka ia tidak boleh dilihat sebagai tindakan yang beremosi. Bayangkan jika ada insan yang sangat kita sayangi dikutuk dan direndah-rendahkan di khalayak ramai oleh pihak luar, maka sudah pasti menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan maruah dan kedudukan insan yang kita sayangi ini. Seyogialah sekiranya ada kalangan warga UKM mengambil pendirian tegas terhadap perkara tersebut sebagai bukti kecintaan kepada institusi pendidikan negara.
Dangkal |
PENUTUP
PMUKM sekali lagi menegaskan pendirian , supaya artis berkenaan MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA SELURUH WARGA UKM diatas tindakannya yang mengguris hati dan perasaan warga UKM. Kami warga UKM selesa dengan bangunan "persis rumah hantu" ini dan berbangga mempunyai pekerja seperti "mak cik kantin" yang sanggup memberi khidmat kepada warga kampus.
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti