PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Rabu, Oktober 10, 2012

TRANSRENGIT : ADUAN MAHASISWA DITERIMA BAIK PIHAK TRANSRENGIT

MPP UKM berbincang bersama En. Mahyudin
10 Oktober 2012 – Dua Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM iaitu saudari Tuan Zul Ajma bt Tuan Ahmad dan Nur Afifah Abd Rahim telah mengadakan perbincangan bersama Pengerusi Eksekutif Syarikat Bas TransRengit, Encik Mahyudin Samihun. 

Objektif perbincangan tersebut dilakukan adalah bagi mengemukakan aduan mahasiswa mahasiswi UKM mengenai perkhidmatan bas TransRengit. Selain itu, ia diadakan bagi mencapai kesepakatan dalam tindakan yang bakal diambil bagi menyelesaikan setiap isu yang dibincangkan.

Sebelum itu, kedua-dua MPP juga telah pergi ke pejabat urusan TransRengit di Shah Alam  bagi berbincang dengan pihak pengurusan namun begitu Pengerusi Eksekutifnya tidak berada di pejabat ketika itu. Oleh itu, kami telah mengatur pertemuan dengan Pengerusi Eksekutif di UKM  pada sebelah petangnya.

KAFETERIA UKM : KEBERSIHAN DAN HARGA MAKANAN

Saudara Mustapha Kamil, MPP UKM berbincang
bersama Encik Kadir
10 Oktober 2012 – Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM, saudara Mustapha Kamil Husin Abdul Kadir telah berjumpa dengan Encik Kadir, Pegawai Unit Penjanaan Jabatan Bendahari UKM bagi mendapatkan maklumat pengurusan kafeteria di fakulti-fakulti dan juga kolej-kolej.

Untuk makluman, kafeteria yang berada di fakulti dan Canselori sahaja berada dibawah pemantauan Jabatan Bendahari manakala kafeteria  di kolej-kolej beradaa di bawah pantauan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Namun, bagi pengurusan sebut harga kafeteria kolej dan fakulti diuruskan oleh Jabatan Bendahari. Encik Kadir telah memberi peluang bagi melihat sebut harga dan syarat-syarat pemilihan sesebuah pengusaha kafeteria dan antara perkara yang paling penting ialah berkenaan harga makanan dan kebersihan kafeteria. Harga makanan yang telah dipersetujui adalah berdasarkan kemampuan mahasiswa/i namun, pengusaha akan mengubahnya bagi mengelakkan kerugian dan ini berada di luar kawalan Jabatan Bendahari.

HATI-HATI MEMANDU DI JALAN RAYA

:: ISU SISWA/I ::

10 Oktober 2012 - Saudara Mohd Khamis Mohamad Sani baru sahaja selesai menziarahi sahabat sekuliahnya Hisyam Ali a.k.a Hisyam Sparta, Fakulti Pengajian Islam, Jabatan Usuluddin dan Falsafah tahun 3 yang cedera selepas mengalami kemalangan di bulatan semasa dia menunggang motorsikal ke UKM dari Sek. 1 Bandar Baru Bangi pagi tadi. Alhamdulillah hanya kecederaan ringan, mudahan Allah sembuhkan dan berinya kekuatan.


"Kepada teman-teman mahasiswa-mahasiswi yang menunggang motorsikal dan memandu kereta, berhati-hati ketika memandu di jalan raya utamakan keselamatan anda dan awasi cermin sisi anda."

Sumber : Mohd Khamis Mohamad Sani


                                                       Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

UKM: MASALAH AIR

[UPDATE ISU AIR] Maklumat daripada jurutera SYABAS: 

Salam,Prof Othman.berkenaan masalah kekurangan bekalan di UKM,unit injab syabas telah selesai servis T/ Port Stranner pada meter stand 250mm petang tadi, Alhamdullilah air dah kuat/lancar.tq cc HOD,TM, 
Terima kasih SYABAS


Sumber: Prof. Ir Othman A. Karim, TNC HEPA UKM


                                Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

Selasa, Oktober 09, 2012

BIASISWA JPA TERTANGGUH ?



9 Oktober 2012, Selasa – MPP Ahmad Shukran telah menghubungi pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Unit Kebajikan Pelajar (UKP) JPPel berikutan aduan daripada beberapa orang mahasiswa/i UKM berkenaan kemasukan wang tajaan JPA yang tertangguh. Semua mahasiswa/I UKM yang mendapat tajaan JPA (kecuali mahasiswa/I tahun 1) telah menerima kemasukan wang tajaan pada 25 September 2012 (Selasa) .



          Hasil daripada perjumpaan dengan UKP, senarai nama mahasiswa/i yang berkenaan telah dikeluarkan. Jadi, bagi mana-mana mahasiswa/i yang NO KAD PENGENALANnya tercatat pada senarai yang dilampirkan di bawah (klik di sini), anda dikehendaki :

1. Menyediakan SURAT RASMI (nyatakan nama penuh, no kad pengenalan, fakulti, kursus pengajian, sebab dan rayuan bagi permohonan semula). Alamat penerima bagi surat tersebut ialah :
                Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia
                Bahagian Pembangunan Modal Insan
                Aras 5, Blok C1, Kompleks C,
                Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya
    Malaysia

2. Surat yang telah dicetak hendaklah dihantar ke Pejabat Urusan PMUKM sebelum 11 Oktober 2012 (Khamis).
Selain itu, sekiranya masih ada rakan-rakan mahasiswa/i yang bermasalah dengan biasiswa JPA, boleh terus berhubung dengan UKP JPPel atau datang ke Pejabat Urusan PMUKM bagi menyalurkan aduan.

                                       Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti