PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Selasa, Disember 03, 2013

HARI OKU : KECEMERLANGAN ANDA, KEBANGGAAN KAMI


Hari Orang Kurang Upaya Kebangsaan disambut pada 3 Disember tiap-tiap tahun selaras dengan pengistiharan Hari Kebangsaan Orang Kurang Upaya oleh Resolusi Bangsa-bangsa Bersatu.

Objektif : 

  • Memberi kesedaran di kalangan orang ramai bahawa orang kurang upaya (OKU) sebagai anggota masyarakat mempunyai hak dalam masyarakat dan tidak menganggap mereka sebagai kurang berkebolehan serta tidak berguna.
  • Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab mereka terhadap OKU dan seterusnya menggerakkan komuniti supaya meningkatkan kemudahan-kemudahan untuk OKU.
  • Mempertingkatkan kebolehan, keupayaan, kemampuan serta kemahiran golongan OKU ke arah pencapaian yang cemerlang dan sekaligus manfaatkan pembangunan negara.
  • Merapatkan lagi hubungan kerjasama di antara Kerajaan dengan pertubuhan sukarela serta sektor korporat dan komuniti di dalam usaha mewujudkan pelbagai kemudahan untuk orang kurang upaya.
  • Mendedahkan kepada orang ramai akan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan dan pertubuhan sukarela bagi OKU.
Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan asset Negara tidak ternilai. Tidak dinafikan mereka mempunyai peluang selari dengan mahasiswa lain. PMUKM akan berusaha menyediakan peluang latihan, bengkel bagi meningkatkan keyakinan dan kebolehpasaran mahasiswa OKU. Kami juga komited untuk menjadikan UKM sebagai pusat rujukan universiti cemerlang dalam menjaga kebajikan OKU.

PMUKM mengajak mahasiswa/i untuk sama-sama peka dengan rakan istimewa kita. Hormati hak-hak mereka dan yang penting sedikit bantuan anda, sangat besar maknanya.  Jom, prihatin !!

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

UKM MOBILITY DAY : MELATIH MAHASISWA BERFIKIRAN GLOBAL

Program UKM Mobiliti Day 2013 bermanfaat kepada Mahasiswa UKM.

Pemplet yang didapati daripada UKM Mobility Day
Sesi perkongsian 

2 Disember 2013, Pusanika – Program UKM Mobility Day 2013 yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Antara tetamu yang hadir Prof. Dr Imran Ho Abdullah , Pengarah Pusat Hubungan Antarabangsa, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan , Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan tetamu-tetamu daripada Australia , Korea dan Mexico.


Hari Mobiliti ini adalah program pendidikan kepada mahasiswa prasiswazah dan pascasiswazah untuk mengakses kepada program mobiliti global melalui forum , jaringan , pameran dan perkongsian pengalaman.


Melalui program mobiliti ini , mahasiswa akan diberi peluang untuk mendedahkan diri untuk meneroka kepelbagaian budaya dunia dengan berkongsi pengetahuan, pertukaran dan menerima perbezaan, menyebarkan semangat inovasi dan rangkaian, meningkatkan keyakinan diri, mengasah bakat kepimpinan, dan meningkatkan keupayaan soft skill.


PMUKM berharap seluruh mahasiswa UKM untuk mengambil peluang keemasan ini menyertai program mobiliti ini. Pengalaman menyertai program mobiliti ini sangat bermanfaat untuk digunakan pada masa akan datang.







Puteri Nor 'Adilah Binti Mohd Zarudin
MPP Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan
Biro Perhubungan dan Antarabangsa PMUKM Sesi 2013/2014

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

MPPFEP : PENAMBAHBAIKAN KHAS UNTUK KIOSK FEP

28 November, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan - Pertemuan antara bersama Ir. Ab. Ghani Wahab Osman selaku Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM telah diadakan. 

Saya telah mengemukakan cadangan berkenaan dengan masalah kebersihan Kiosk dan masalah di tempat pembuangan sampah berhampiran kiosk kepada beliau. Perjumpaan ini merupakan satu tindakan susulan yang dilakukan oleh saya selaku MPP FEP tahun ½ yang bertanggunjawab membawa suara Mahasiswa/I Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam menyelesaikan masalah ini.


Pada pertemuan kali ini saya telah mengemukakan cadangan :

- Pihak JPP dapat membina pagar di tempat pembuangan sampah di tempat letak motorsikal. Hal ini kerana,  sampah sarap yang terkeluar dari tempat sampah menyukarkan pelajar meletakkan motorsikal mereka di situ.

- Masalah kebersihan di Kiosk berpunca daripada sistem perpaipan yang tidak sistematik. Saya telah berbincang bersama  Ir. Ab Ghani Wahab Osman, dan tindakan susulan akan diambil.


Alhamdulillah, segala cadangan yang telah saya kemukakan telah mendapat respon yang baik. Terima kasih saya ucapkan kepada JPP kerana sudi mendengar suara kami.




Yang Berkhidmat,
Syahidatul Nur Amirah bt Abd Karim
MPP Fakulti Ekonomi dan Pengurusan tahun 1/2
Timbalan Setiausaha PMUKM Sesi 2013/2014


::Bersama Mahasiswa memacu Varsiti::

MPPFPI : TINDAKAN SUSULAN KEBAJIKAN MAHASISWA/I FPI




28 November, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan - Satu pertemuan telah diadakan antara saya bersama Ir. Ab. Ghani Wahab Osman selaku Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UKM untuk mengemukakan cadangan berkenaan tempat letak motosikal kepada beliau. Perjumpaan ini merupakan satu tindakan susulan yang dilakukan oleh saya selaku MPP FPI yang bertanggungjawab membawa suara Mahasiswa/I Fakulti Pengajian Islam dalam menyelesaikan masalah ini.


Antara cadangan yang telah diutarakan oleh saya kepada beliau ialah berkenaan laluan motosikal yang telah dibincangkan oleh saya dengan Ketua Penolong Pendaftar FPI pada 26 november yang lalu. Selain itu, saya juga berharap agar cadangan ini dapat dilaksanakan dengan segera kerana laluan yang digunakan oleh sesetengah pelajar boleh membahayakan keselamatan mereka.

Pada pertemuan kali ini saya juga telah mengemukakan cadangan supaya Pihak JPP dapat membina tempat Letak Motosikal Berbumbung bersebelahan Fakulti Pengajian Islam. Ini kerana pelajar sering megahadapi kesulitan terutamanya apabila hujan.




Alhamdulillah, segala cadangan yang telah saya kemukakan telah mendapat satu respon yang baik daripada beliau selaku Timbalan Pengarah JPP. Akhir sekali terima kasih saya ucapakan kepada JPP kerana sudi mendengar suara kami.

Suara Anda, Suara Kami,
Kebajikan anda, Tanggugjawab Kami.


Yang Berkhidmat,
Muhammad ‘Ammar Bin Azlan
MPP Fakulti Pengajian Islam sesi 2013/2014

Speaker PMUKM Sesi 13/14

::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::

PEC UKM 2013 : MEMUPUK GRADUAN UKM BERDAYA SAING

MPP Sallehudin merupakan salah seorang peserta Perodua Eco Challenge 2013

1 Disember, Bangi Gateway - Majlis Perasmian kereta Aster i-Bond oleh Prof Dr Ir Abdul Karim, TNC Hepa UKM telah diadakan. Pertandingan Perodua Eco-Challenge 2013 yang memasuki tahun kelima penganjuran kembali menguji pengetahuan, kemahiran serta kreativiti peserta dari 10 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia.




Sebagai kelainan, pertandingan kali ini mewajibkan setiap rekaan menggunakan nama Perodua di samping penciptaan teknologi penjimatan minyak dan reka bentuk yang kreatif. Setiap kumpulan diberikan sebuah Myvi manual bagi tujuan mereka bentuk serta modifikasi enjin yang mampu menjimatkan penggunaan bahan api.
Petikan daripada Blog Perodua Eco Challenge, UKM PEC 2013 tentang konsep kereta Aster i-Bond yang kami bawa kali ini.
Concept
The name of the car is Aster i-Bond. The car derives its concept from the intelligent structural segmented bonding (i-Bond) process of green composites for the body as well as the i-power regeneration system (i-PRES) that enables several innovative ideas to be in place such as i-engine-stop and the like. i-Bond is an i-car that identifies with a sustainable environment yet provides added safety of the impact withstanding body, hence green, bonding and caring. Its stylish aerodynamic exterior calls to mind the suave personality of James Bond of 007 fame.
Fakulti Ekonomi & Pengurusan dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina terlibat sebagai satu pasukan dalam pertandingan kali ini. Kelebihan pada pelajar dalam pertandingan seperti ini dapat memupuk minat dalam bidang automotif, semangat berpasukan, melatih mengurus masa dan tugasan dengan baik. 
Sukacita saya mahu mengajak mahasiswa/i UKM sekalian, ayuh terlibat dengan program atau pertandingan yang mampu mencabar kemampuan anda sebagai mahasiswa, situasi yang membuatkan anda wajib mengatur masa anda dengan baik.
Dua tahun berturt-turut, UKM telah memenangi perak dan gangsa dalam kategori Reka bentuk dan Kejuruteraan. Pastinya penyertaan tahun ini mempunyai banyak perubahan untuk lebih maju. Pertandingan Perodua Eco Challenge akan diadakan pada 12 hingga 14 Disember 2013 di Melaka. Sama-sama kita manyokong Pasukan UKM PEC 2013.


MPP Muhammad Sallehudin Khalid
MPP Umum Tahun 3/4
NYDP PMUKM 13/14
::Bersama Mahasiswa Memacu Varsiti::