SHAH ALAM: Sebanyak 35 institusi pengajian tinggi (IPT) meliputi universiti dan kolej universiti menerima pengiktirafan cemerlang menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi pada tahun 2011 (Setara '11). dengan 13 daripadanya adalah IPTA, namun tiada satu pun mencapai Tier 6.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, "Dari segi pencapaian, sebilangan besar universiti dan kolej universiti menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam Setara '11 berbanding pencapaian mereka dalam Setara '09.
"Ini menggambarkan dalam tempoh dua tahun tersebut IPT mengambil berat tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran di institusi masing-masing serta memperkenalkan inisiatif berkaitan untuk membudayakan penambahbaikan kualiti berterusan di peringkat institusi masing-masing," katanya.
Mohamed Khaled berkata, peningkatan peratus pencapaian IPT dalam tahap lima ketara daripada 38.3 peratus dalam Setara '09 dengan 18 IPT kepada 67.3 peratus (35 IPT) dalam Setara '11.


.jpg)
.jpg)



