PMUKM 2014/2015

Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti

Muhammad Sallehudin Bin Khalid

Presiden PMUKM Sesi 14/15

Universiti Kebangsaan Malaysia Varsiti Tercinta

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan

Ucapan Tun Abdul Razak

Majlis Konvokesyen Pertama UKM

Selasa, Julai 06, 2010

MPP Mahasiswa Kesal Tindakan Kebudak-budakan PC

SUMBER : Blog GMUKM

Telahan awal Wartawan GMUKM berkenaan 'perkara-perkara pelik' sepanjang MMP nyata kian terbukti dengan beberapa tindakan 'kebudak-budakan' pihak pentadbiran melalui jentera Aspirasi yang bertindak menggunakan platform Pemudah Cara (PC) MMP.

Antara 'perkara pelik' yang telah dijangka seperti memburuk-burukkan GMUKM sebagai persatuan pelajar tidak sah, berhaluan kiri, radikal, ganas dan tidak mengikut prosedur. Turut dikaitkan bersama persatuan Ikatan Studi Islami Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) yang dikatakan pro-pembangkang dan suka melawan pihak pentadbiran dengan menganjurkan 'program-program sensitif'. Terbaru, ISIUKM dikatakan salah satu 'cawangan JI di UKM' yang kini hangat diperkatakan di media-media massa.

Justeru, sepanjang MMP ini, para Pemudah Cara (PC) diarahkan untuk memantau aktiviti GMUKM di samping mengenalpasti 'figure' yang berpotensi mencetuskan isu-isu mahasiswa. Dan terbaru, Wartawan GMUKM mendapat maklumat, para Pemudah Cara diarahkan 'tidak mempedulikan' MPP Mahasiswa yang mewakili GMUKM dalam Pilihanraya Kampus, awal tahun ini.

Hal ini disahkan Pengerusi Angkatan Siswi Dinamis (AKSIS) , saudari Nabilah bt Mohamad Maiyidin yang juga merupakan MPP Umum yang sempat meninjau perjalanan Minggu Mesra Pelajar (MMP) yang bermula semalam.

" PC-PC seolah-olah diarahkan untuk tidak bekerjasama dengan MPP Mahasiswa. Setiap soalan yang diajukan, dijawab macam acuh tidak acuh saja. Bukan kita pinta untuk dilayan seperti seorang wakil rakyat, tetapi cukuplah kehadiran kita tidak dipandang sepi saja."

" Kami dipilih oleh rakan-rakan dalam PRK lepas. Kami memikul amanah dari rakan-rakan. Kehadiran kami adalah sama-sama untuk membantu pihak pentadbiran melalui PC, bagi melicinkan perjalanan program. Kami bukan hendak bikin kacau program (di) DECTAR. " sambung MPP Nabilah lagi dengan nada kesal semasa dihubungi Wartawan GMUKM.

Dalam pada itu, MPP Wan Ahmad Fahmi yang sempat menghadiri beberapa slot di DECTAR sejak semalam juga memaklumkan kepada Wartawan GMUKM, terdapat beberapa insiden yang jelas PC yang secara tidak langsung tetapi kelihatan sengaja merendah-rendahkan imej GMUKM dan ISIUKM yang dikatakan 'golongan haluan kiri' dan 'selalu melanggar peraturan' dalam sembang-sembang dengan beberapa orang mahasiswa baru. Saudara Fahmi yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian segera menegur PC tersebut untuk tidak berlaku demikian kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah dan persepsi buruk di peringkat mahasiswa yang baru ingin mengenali persatuan di UKM.


" Hanya (apa)bila kita tegur diaorang, baru PC berkenaan terdiam. Di peringkat kita sebagai MPP, walaupun kita berlainan fahaman, tetapi kita tidak mahu menceritakan berita yang buruk-buruk (ke)pada adik-adik baru masuk. Kita berpegang prinsip dan etika profesional sebagai seorang senior. Kalau diikutkan, mahu saja kita ceritakan tentang pihak satu lagi (Aspirasi) tetapi kita masih berpegang dengan ucapan NC (Naib Canselor, Dato' Prof Dr Sharifah Hapsah) yang berpesan kepada MPP-MPP supaya menjaga hubungan sesama rakan-rakan biarpun berlainan pandangan."

GMUKM yang sudah menjangkakan akan terjadi beberapa insiden 'pelik' dan 'kebudak-budakan' kini sedang mengumpul maklumat daripada MPP-MPP Mahasiswa yang hadir dalam slot-slot MMP yang kini sedang berlangsung. Untuk rekod, MPP Mahasiswa menghimpunkan empat belas orang MPP yang dibarisi tujuh orang lelaki dan tujuh orang perempuan. Blog rasmi bagi MPP Mahasiswa boleh dilawati di http://www.pm-ukm.blogspot.com

Ahad, Julai 04, 2010

MPP Mahasiswa Sambut Pelajar Baru Di Plaza Tol Bangi

MPP Umum, Muhamad Faiz Ismail berkesempatan ke Plaza Tol Bangi untuk menyambut kedatangan para ibu bapa dan mahasiswa yang baru tiba dari kampung.






Tidak ketinggalan, kelihatan Rakan MPP yang bertungkus lumus membantu MPP Faiz dalam melicinkan gerak kerja aktiviti sambutan pelajar di Plaza Tol pada pagi ini.










Terima kasih diucapkan kepada semua !

MPP Ramah Mesra Mahasiswa Baru Bersama Pihak Pentadbiran

BANGI , 4 Julai - Kehangatan Minggu Mesra Pelajar (MMP) Universiti Kebangsaan Malaysia kian terasa dengan bermulanya hari pendaftaran pelajar baru UKM pada hari ini. Di peringkat MPP Mahasiswa, beberapa agenda telah dirancang dan disusun untuk memastikan proses pendaftaran para pelajar baru pada pagi ini berjaya menjadi salah satu kaedah pendekatan MPP Mahasiswa ke hati mahasiswa UKM.

Alhamdulillah, antara program yang sempat dipenuhi MPP Mahasiswa adalah program 'road tour' bersama pihak pentadbiran yang diketuai Yang Berbahagia Naib Canselor Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.





Sabtu, Julai 03, 2010

MPP Mahasiswa Sambut Mahasiswa Sabah & Sarawak


03 Julai , LCCT Sepang - Bersempena kemasukan pelajar baru ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada 04 Julai, MPP Mahasiswa, saudara Faiz bin Ismail dan saudara Khairul Anuar bin Mat Lazim telah melapangkan masa menyambut kedatangan pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak yang bakal memasuki UKM di Lapangan Terbang Tambang Murah (Low Cost Carrier Terminal - LCCT) di Jalan KLIA S1, Sepang pada petang tadi.

Ironinya, kehadiran MPP Faiz dan Khairul Anuar bukan sekadar menyambut bakal pelajar UKM, tetapi turut menyambut kehadiran bakal pelajar-pelajar IPTA yang lain seperti UM, UPSI dan UTeM hasil kerjasama dan jalinan kerja dengan Persatuan Anak Sabah (MARSIS) dan Persatuan Anak Sarawak (SEMISSA)


Maklum balas daripada para pelajar yang baru tiba amat teruja, walaupun kelihatan keletihan kerana ketibaan mereka disambut seolah-olah baru pulang dari kemenangan. Malahan mereka juga tidak menjangkakan ketibaan mereka akan disambut oleh mana-mana pihak kerana rata-rata bakal pelajar baru ini baru pertama kali menjejakkan kaki di Semenanjung Malaysia.

"Kami terasa seperti (seorang) hero (yang) baru balik dari perang. Padahal kami tidak kenal siapa-siapa pun (di) Semenanjung " ujar Alex, pelajar lepasan Kolej Matrikulasi Labuan yang bakal memasuki Universiti Putra Malaysia dalam kursus Kejuruteraan Kimia.



Untuk rekod, dijangka seramai 3800 orang mahasiswa baru akan mendaftar diri di kolej masing-masing di kampus Bangi induk esok bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Di peringkat MPP Mahasiswa, kesemua persiapan di peringkat kolej mahupun peringkat pusat dilihat sudah diselesaikan dan pihak pentadbiran sudah bersedia menerima warga baru UKM . Justeru diharapkan semua yang telah dirancang berjalan dengan lancar.

Khamis, Julai 01, 2010

Soal Selidik Perkhidmatan Kafeteria UKM Kampus Kuala Lumpur

SUMBER : MPP Ili

Assalamua'laikum w.b.t dan salam sejahtera.

Untuk perhatian semua mahasiswa/i:)

Berhubung dengan kebajikan warga kampus Kuala Lumpur berkenaan dengan kafeteria, Pihak UKM sentiasa peka dalam memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh kafeteria di Kampus Kuala Lumpur memuaskan pelanggan semua.

Sehubungan dengan itu, soal selidik diatas boleh dicapai dari URL http://www.medic.ukm.my/kafe/ dan dibuka dari 1 Julai - 20 Julai 2010 kepada warga UKM KKL & KTSN (kakitangan & pelajar) untuk melengkapkan borang penilaian ini bagi meningkatkan lagi tahap perkhidmatan kafeteria yang terdapat di UKM Kampus KL untuk kebaikan bersama.

Semoga dengan segala penilaian dari warga Kampus Kuala Lumpur meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kafeteria.

rujukan: http://www.ukm.my/e-pelajar/akademik_content.htm#30062010-33