Ahad, Mac 15, 2015

KEPIMPINAN : PROGRAM MOTIVASI BERSAMA PELAJAR SEKOLAH DAN JELAJAH UNIVERSITI

14 Mac - 15 Mac 2015, PMUKM telah mengadakan program motivasi bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Junjung yang diberi nama "Kembara Sejarah Dinamika Sufi". Seramai 4 orang wakil MPP PMUKM yang diketuai oleh MPP Izzul Islam bersama MPP Siti Nor Bahijah, MPP Hafiz Ismail dan MPP Nurul Syifa' telah menjalankan program ini dengan jayanya. Jumlah peserta seramai 80 orang bersama 6 orang guru pengiring.

                                                                                                                                                  PMUKM mengetuai slot "Aku yang sekarang, Bukan yang dulu" yang mana slot ini memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang dunia Universiti dan cabaran yamg akan dilalui oleh mereka sebelum mengecapi kesenangan. Selain itu, berlaku juga "Sharing Moment" kehidupan MPP sewaktu sekolah sehingga dapat berdiri teguh di dunia universiti. Kami membahagikan kepada beberapa kumpulan agar dapat mendekati mereka dan mengetahui sendiri keinginan yang mereka inginkan. Semasa sesi luahan hati bersama pelajar, ramai diantara mereka mengatakan mereka tidak gemar belajar dan suka bermain sambil belajar. Jadi sebagai fasililator, kami menggunakan pendekatan santai agar mereka tertarik dengan cara penyampaian. Alhamdulillah komunikasi dua hala dapat dijalankan diantara peserta dan fasilitator.

Program Jelajah Universiti yang diketuai oleh MPP Zaki Shukor pula berjalan dengan lancar. Jelajah bermula dari Canselori UKM, Pusanika dan berakhir di Perpustakaan Tun Sri lanang UKM. Jelas tergambar keceriaan peserta apabila dapat melihat sendiri gambaran Universiti yang menjadi idaman kebanyakan pelajar. Alhamdulillah tepat jam 12.30 pm, program kepimpinan ini tamat dan para peserta bersama guru selamat pulang.

Program kepimpinan yang diterajui oleh saudara Izzul Islam Shuhaimi akan dilakukan dari semasa ke semasa. Jiwa kepimpinan ini perlu diterapkan agar para mahasiswa dapat membina keyakinan diri untuk terus terkehadapan.

Galeri gambar :









"Memperkasa Mahasiswa, Meneraju Varsiti"

Disediakan oleh :