Isnin, September 30, 2013

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN PELAJAR, M3P


M3P 2013/2014
Hari ini (30 September 2013) bermulanya Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) UKM Bangi. Semua kelab dan persatuan mahasiswa di UKM tidak akan terlepas untuk mengambil peluang yang ada semasa M3P bagi mempromosikan kelab dan persatuan masing-masing kepada mahasiswa tahun pertama di UKM. 

Setiap tahun, pasti ada idea penambahbaikan terhadap pelaksanaan M3P. Pusanika menjadi tempat bagi semua kelab dan persatuan yang berdaftar di UKM membuka kaunter pengenalan dan pendaftaran kelab dan persatuan masing-masing.

Pada tahun ini, M3P dijalankan hampir sebulan.

Urusetia Rakan HEP : 30 September - 4 Oktober 2013
Urusetia Artisukma : 7 Oktober - 11 Oktober 2013
Persatuan Anak Negeri : 21 Oktober - 25 Oktober 2013
Persatuan / Kelab Khusus : 28 Oktober - 1 November 2013

Apa yang saya lihat, mungkin ada agenda penambahbaikan yang cuba dilakukan oleh pihak pentadbiran kepada M3P kali ini. Cumanya, ada wakil kelab dan persatuan yang menyatakan rasa tidak senang dengan penambahbaikan yang dibuat. Saya sendiri tidak dapat menjawab rasa tidak senang yang mereka adukan kerana perubahan yang berlaku tidak pernah dibincangkan bersama wakil MPP.

Insha Allah, akan ada wakil MPP yang akan berjumpa dengan pihak JPPel bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut.

Ahmad Shukran Shaharudin
Presiden PMUKM

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI