Khamis, Mei 02, 2013

HUNGRY TO MAKE A CHANGE: TAKLIMAT PEMBANGUNAN INSANIAH PAP BERSAMA TNC HEAA

2 Mei - TNC Hal Ehwal Akedemik, Prof. Datuk Dr Noor Azlan Ghazali hari ini telah meluangkan masa bersama semua wakIl persatuan  termasuk PMUKM. Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang konsep kokurikulum berkredit berdasarkan kontrak pembelajaran dan  sistem pembangunan insaniah (SPI) serta iFolio. Taklimat kali ini telah dihadiri oleh Presiden PMUKM, Saudara Ahma Shukran Bin Shaharudin dan beberapa majlis perwakilan lain.

              Antara perkara yang diulas oleh TNC HEAA ialah sistem kemahiran insaniah yang baru diwujudkan sekarang, berdasarkan 8 hasil pembelajaran adalah salah satu langkah pentadbiran UKM untuk memupuk kemahiran insaniah atau softskill dalam kalangan pelajar. 8 hasil pembelajaran tersebut penting untuk mewujudkan individu yang punyai kemahiran insaniah untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan UKM. Di samping itu,  hasil pembelajaran daripada pelajar lebih dinilai berbanding dengan program apa yang diadakan.

             Selain itu, kurangkan aktiviti yang WAJIB adalah perlu untuk menyemai suasana pembudayaan ilmu yang neutral tanpa sebarang paksaan oleh itu suasana keilmuan lebih membumi. Beliau juga berkata, melakukan perubahan dalam sistem ini kerana beliau percaya sistem ini mampu memupuk kemahiran insaniah dalam diri pelajar.

             Menjawab kepada soalan wakil persatuan yang manyatakan lambakan program di UKM, beliau membalas, beliau lebih suka untuk memilih untuk banyak pilihan. Hal ini kerana, apabila lambakan program yang diadakan, akan wujud persaingan sihat antara pelajar untuk mengadakan program yang lebih hebat serta kreatif berbanding program yang lain, tetapi program yang bersyarat WAJIB harus dikurangkan.

Beliau berharap semua pelajar UKM hungry to make a changes towards better dan keluar daripada kepompong 'selesa' dengan melatih diri sendiri menjadi pemimpin serta mampu menyuarakan pendapat apabila setuju atau tidak.

AUTONOMI MAHASISWA MEREALISASI FALSAFAH VARSITI