Rabu, Julai 15, 2009

Lagi MPP GM Kesal Laporan UKM-Kini

Pengerusi GMUKM, Hisyamuddin Che Ali yang juga Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP Umum) melahirkan rasa kesal terhadap laporan blog ukm-kini yang tidak tepat dengan memutar belit isu berkaitan dengan pergerakan MPP GM “Saya kesal dengan laporan blog terbabit yang telah melakukan fitnah dan jiga dibawa ke muka pengadilan, sudah pasti penulis blog ini akan dihukum dengan undang-undang negara, ” tambahnya.


UKM-kini dalam laporannya sebelum ini menyatakan bahawa MPP GMUKM telah berpecah kerana ada yang pro kepada Aspirasi dan MPP yang mempertahankan GMUKM. Hisyamuddin juga berkata, walaupun ada MPP GM yang bersifat play safe dan bersms dengan MPP Aspirasi, tidak bermakna bahawa MPP tersebut condong kepada Aspirasi dan mengkhianati GMUKM. “Jika ada MPP GM bersifat gunting dalam lipatan, bukan sekadar ukm-kini sahaja yang menulisnya, malah saya sendiri yang akan mengambil tindakan. Masalahnya sekarang ialah laporan ukm-kini itu adalah tidak betul dan berunsur fitnah kerana MPP GM sentiasa bersatu padu malahan kami sentiasa bermesyuarat bersama bagi menyelesaikan hal pengurusan mahupun kebajikan mahasiswa,” ujarnya.

Bagi MPP Fakulti Undang-Undang pula, Phoon Kar Liang yang dihubungi sebelum ini turut melahirkan rasa terkejut terhadap laporan ukm-kini tersebut. “ Mana ada MPP GM berpecah, yang ada hanyah MPP Aspirasi berpecah terutamanya Presiden dan Timbalan Presiden yang gilakan kuasa itu”, tegasnya. “ Sepatutnya ukm-kini membuat laporan tentang isu yang lebih besar lagi, seperti isu harga kolej tinggi, kelemahan Presiden PMUKM dalam forum RTM Suara Siswa, bukannya menimbulkan isu yang tidak betul ini demi kepentingan sempit penulis blog terbabit,” ujarnya lagi.

UKM-kini merupakan sebuah blog yang baru muncul di arena blog mahasiswa UKM yang lebih banyak menulis laporan yang berat sebelah dan tidak bersandarkan fakta yang kukuh. Diperkatakan bahawa penulis blog ini merupakan penyokong GM yang mempunyai agenda peribadi bagi menjatuhkan GM dalam pilihanraya kampus akan datang.